Nostalgia kek dulu-dulu mesti ada yang merindui akan rasanya. Biarpun menggunakan bahan-bahan yang ringkas, namun rasanya cukup enak dan tidak muak dimakan. Jadi buat anda yang teringin merasai kembali kek orang lama, jom kali ini kita sediakan Kek Oren yang ringkas dan gebu untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.
Bahan A
5 Biji telur grade A (Jika gunakan telur grade B jadikan 6 biji)
270 gm Tepung Naik sendiri
1 sudu besar Ovalet
180 gm Gula kastor
Bahan B
250 gm Butter (biarkan lembut tanpa perlu dicairkan)
3 sudu besar oren sunquick
Caranya
1. Mix kesemua Bahan A sampai gebu- Guna speed laju
Ads
2. Haaa gebu tara ni ampa stop sat mixer, Masukkan butter dengan Oren Sunquick. Mix balik dalam 3 minit.. stop mixer masuk dalam loyang 10 inchi
Ikan tonggol adalah sumber protien yang digemari ramai untuk hidangan seisi keluarga.
Di negeri pantai timur ikan ini dikenali juga sebagai ikan ayor. Memang enak di makan buat singgang. Ada juga dimasak ikan kicap atau goreng begitu aje.
Namun, ikan tonggol terdapat dua jenis iaitu isi putih dan hitam. Untuk mengenali antara dua jenis agak sukar kerana rupanya hampir sama.
Bagaimana pun perkongsian ini menarik apabila mendedahkan cara untuk kenali dua jenis ikan ini.
Hanya merujuk kepada sirap ikan kita dapat mengetahui jenis ikan tonggol.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Buat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.
Yang sirip panjang – Tongkol Hitam(Ayor Itam)
Yang sirip pendek – Tongkol Putih(Ayor Puteh)
IKAN TONGGOL HITAM TAK GATAL.
Hitam lagi sedap dari putih.
Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.
Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor puteh. Makan yang ayor hitam.
Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.
Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa lebih kurang je.
Sumber: Nik Mohamad Khairi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Putu Perak antara kuih warisan tradisional negeri Perak yang kekal digemari sehingga ke hari ini. Bagaimanapun agak sukar untuk ‘menemui’ kuih putu perak ini kecuali balik ke kampung. Itu pun hanya boleh didapati pasar pagi.
Untuk membuat putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Jika tiada kain kasa, daun pisang juga boleh digunakan. Aroma daun pisang menjadikan kuih putu perak jadi lebih enak dinikmati.
PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam
1 cawan gula halus (gula dikisar)
1 sudu kecil garam
BAHAN INTI PUTU
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam secukupnya
*Satukan kelapa dan garam. Gaul sebati.
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
2. Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikiti. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.
3. Pastikan tepung peroi dan bukan lembap. Kita akan tapiskan tepung itu.
4. Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari supaya tepung boleh ditapis.
5. Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
6. Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.
7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan.
8. Kukuskan putu selama 10 minit.
TIP
– Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
– Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan.
– Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
– Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.
Cendol, merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.
Jom semak bagaimana cara penyediaannya.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.