Kek Pandan Kampung Masak Atas Dapur Gas, Rasanya Sedap & Gebu. Ni Resipi & Cara Buatnya!

Share

Teringin untuk menikmati rasa kek pendan namun tiada oven di rumah? Usah abaikan keinginan anda untuk merasai keenakan rasa kek pandan tersebut. Jadi apa kata anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Azrina Rina ini.

Memandangkan dia juga membakar kek di atas dapur gas, dan hasil kek yang dimasak nampak cukup menyelerakan, gebu gebas. Jadi boleh lah anda mencubanya. Sekurang-kurangnya tertunai  juga rasa teringin hendak makan kek pandan walau di rumah tiada oven. Selamat mencuba.

Ini perkongsiannya;

Kek pandan kampung beserta resepi dan cara masak guna dapur gas:


A)
Sukatan cawan:
5 biji telur gred B
1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)
1sb ovelate (beli online di sini)
1/2 cawan santan pekat kara
Sedikit pewarn hijau epal
Sedikit perisa pandan
*1 1/2 cawan gandum
*1 sk baking powder
*1/2 cawan tepung jagung
(bahan bertanda * diayak ye)
200G unsalted butter lurpark dicairkan (beli online di sini

)
Saya guna buttercup sahaja

1. Masukkan semua bahan-bahan (A).
2. Kemudian aduk guna mixer sampai gebu.
3. Kemudian masukkan butter (suam) yang telah dicairkan. Kacau sebati guna senduk sahaja.


4. Lapik periuk guna pelapik besi kemudian letakkan loyang kek di atasnya.


5. Bakar dengan api kecil dalam 45 minit. Jangan letak air dalam periuk nanti jadi kek kukus pula.

Siap untuk dinikmati.

Sumber : Azrina Rina via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN