Kek Ros Santan Yang Sedap, Gebu & Elok Kejadiannya. Cara Buat Pun Mudah Je, Wanita Ni Kongsi Resipinya!

Share

Buntu nak sediakan menu apa untuk anak-anak dan keluarga petang ini. Apa kata ibu-ibu buat menu yang simple je, contohnya kek Ros Santan ni.

Warnanya pun memikat hati, buat anak-anak tertarik nak mencubanya. Rasanya yang sedap dimakan bersama secawan kopi atau teh memang terangkat.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sambil buat kek, sambil berselawat. Alhamdulillah, elok gebu kejadiannya. Semerbak harum bau ros. Potong sesiap tapau sikit untuk jiran, selebihnya bawak ke rumah mak mertua.
Kek Ros Santan ni sedap dinikmati bersama secawan kopi atau teh tau Kek ni senang je tau. Khas buat mereka yang nak buat kek mudah dan cepat, boleh follow resepi saya ni ok hihi.

KEK ROS SANTAN MUDAH
Bahan-bahan :
250gm Tepung Vanilla Sponge Mix
250gm Telur (lebih kurang 5 biji telur saiz B)
60ml Santan
60ml Minyak Jagung
1 camca teh Esen Ros
Sedikit Pewarna Pink

Cara-cara :
Satukan semua bahan kecuali minyak dan pewarna. Pukul guna mixer secara maksimum selama 4 – 5 minit hingga kembang.

Kemudian masukkan minyak jagung. Pukul sederhana hingga sebati. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu tau.

Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna pink. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam loyang yang telah digris dan dialaskan dengan baking paper.

Saya guna loyang saiz 8′ Bakar pada suhu 180°C api atas bawah selama 35 – 40 minit bergantung oven masing masing.
Bila kek dah masak, terus keluarkan dari loyang. Biar kek sejuk atas redai. Dah sejuk bolehlah potong dan dihidangkan.


Nota : Ini cara buat kek MUDAH. Tak perlu kalut nak sukat gula sebab kita guna tepung sponge mix siap siap dah. Saya guna santan kotak tambah sedikit air. Minyak jagung boleh guna minyak masak. Kek ini juga boleh dikukus. Sekian, terima kasih.

IKLAN