Kek Special Rai Keluarga, Ni Cara Buat Untuk Beginner. Lepas Ni Tak Perlu Beli Dah,Jimat!

Share

Menyediakan kek yang dibakar ringkas, kiranya ramai  antara kita boleh menyediakannya.

Namun bila inginkan kek yang nampak lagi hebat bersalut coklat umpamanya, pasti memerlukan resipi special dan skil untuk hasilkannya.

Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian daripada Norlailanazira Mohd Agos.

Bahan-bahan untuk buat ganache coklat :

300g dark compound ( coin boleh, bar pun boleh)
150g susu cair / susu full cream / dairy whipping cream (anchor)
1 sudu buttercup atau marjerin

Sukatan untuk susu cair tu 150g tapi pilihlah salah satu jenis sahaja. Kalau dah pakai susu cair , tak payah pakai susu full cream. Kalau budget lebih, boleh pakai anchor.

Cara-cara :

Double boil coklat dan butter, dah cair masukkan susu gaul sebati. Boleh curah atas kek pilihan anda.

Saya lebih suka curah ganache atas kek masa ganache tu masih suam. Kalau dah sejuk nanti adunan jadi pekat dan susah nak tutup keseluruhan kek. Masuk dalam piping bag pun lebih mudah bagi beginner.

Sumber : Norlailanazira Mohd Agos via MAHN

IKLAN