Bagi seorang wanita, bapa memain peranan sebagai pelindung ataupun “rumah”. Juga dikatakan bapa adalah cinta pertama setiap wanita. Namun, ada juga bapa yang tidak menjalankan peranannya dengan sempurna malah mendoakan bahala ke atas anaknya sendiri.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang digelar sebagai Afina, 18, telah memuatnaik sebuah video yang mendapat sejuta jumlah tontonan. Konten video tersebut adalah “screen shot” perbualannya bersama bapanya ketika Afina meminta izin bapanya untuk bertunang. Balasan bapanya membuat dirinya dan warganet tergamam.
Video tersebut dimuatnaik dengan kapsyen, “Dia dah lah tak jaga i, i even tak expect dia akan cakap macam tu…apa-apa jelah i thought u are my rumah…i takda niat nak rude but hm”.
“Kalau awak ingkar cakap abah ni…abah doakan awak tak selamat dunia akhirat”
Kecewa dengan kata-kata bapanya, Afina turut membalas dengan pendapatnya bahawa ungkapan “abah” hanya sekadar panggilan untuk seorang bapa.
Ads
Kemudian, Afina terus digelar sebagai anak derhaka oleh bapanya.
Menurut temubual bersama mStar, Afina merupakan anak tunggal dan tinggal bersama datuk dan nenek di kampung. Dia juga mengaku bahawa dirinya dan bapa tidak rapat sejak kecil lagi, hasil daripada penceraian orang tuanya.
Dikatalan juga, Afina telah menguruskan kehidupannya sendiri sejak kecil termasuklah mencari pendapatan untuk menanggung perbelanjaan hariannya.
“Saya sedar juga, saya baru 18 tahun… thats why saya decide untuk tunang bukan berkahwin. Walaupun masih di usia remaja, apa yang saya lalui sekarang ni dah standing orang yang berumur. Semua benda pun saya tanggung sendiri di usia muda ni. Lagipun ayah tak mahu tanggung saya belajar. Sia-sia saja dapat sijil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Tapi lebih baik saya bekerja, lagipun saya nak naik pangkat juga,” ujar Afina yang kini bekerja dalam bidang pengendalian makanan (F&B) di sebuah hotel lima bintang.
Ads
Warganet yang lain turut meluahkan rasa sedih dengan situasi yang dialami Afina serta memberi sokongan kepadanya di ruangan komen tersebut.
“Ya Allah kak… stay strong. Doa kat Allah semoga lembutkan hati ayah awak.
“Pakcik kira beruntung sebab anak pakcik minta izin kahwin daripada dia kahwin lari.. kena ingat anak pakcik tu nak bina masjid.
Ads
“Kenapa dia nak doakan buruk-buruk pula”
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Kami dari Keluarga ingin mendoakan yang terbaik untuk adik Afina dan semoga hati bapanya dilembutkan.
Mendengar sahaja perkataan kanser, pasti menyebabkan rasa gerun di hati. Apatah lagi kanser ini menyerang tak kira tua atau muda, lelaki mahu pun perempuan. Bahkan penyakit kanser juga dikatakan menjadi penyebab kematian yang tertinggi, iaitu kedua selepas menyakit jantung di negara kita.
Dianggarkan satu daripada 10 lelaki, manakala satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.
Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.
Beliau berkata, kematian akibat kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus, manakala punca kematian keempat di hospital KKM iaitu 11.56 peratus.
Tiga jenis kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di negara ini ialah kanser kolorektal iaitu 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus), manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus) diikuti kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).
“Kanser juga adalah antara 10 sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital, masing-masing 5.17 peratus di hospital KKM dan 5.37 peratus bagi hospital swasta.
“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2020, apabila jumlah semua kematian akibat kanser digabungkan, ia menyumbang sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan kematian, menjadikan kanser sebagai penyebab kematian kedua penting selepas penyakit jantung Ischemic Heart Disease (17 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.
Khairy berkata, kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit selepas lima tahun menghidap kanser adalah 11 peratus bagi kanser paru-paru, manakala kanser kolorektal (51.1 peratus); kanser serviks (51.6 peratus); kanser payudara (66.8 peratus) dan kanser prostat (73 peratus).
Cegah Dengan Amal Hidup Sihat
Beliau berkata, tahap kanser semasa penyakit itu dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit, selain kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.
Ini kerana, katanya, satu pertiga daripada kematian akibat kanser dikaitkan dengan lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.
“Pencegahan adalah amat penting. Sehubungan itu, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah agar orang ramai cenderung ke arah pembudayaan hidup sihat dalam mengurangkan berisiko.
“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah salah satu teras utama di dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksanakan KKM bermula pada 2021.
“Pengambilan tembakau adalah faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser. Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta,” katanya.
Penjagaan & Rawatan
Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari aspek kepakaran serta akses.
Beliau berkata, selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan.
Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 orang di KKM, manakala 14 lagi di hospital universiti dan 78 orang di hospital swasta, selain tujuh orang sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.
Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di hospital universiti dan swasta (27).
“KKM belum mempunyai Pusat Rawatan Kanser di utara dan Pantai Timur. Pesakit dari Pantai Timur perlu ke Kuala Lumpur atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi pesakit dari utara, Hospital Pulau Pinang hanya mempunyai tenaga kepakaran tetapi tidak mempunyai perkhidmatan radioterapi, justeru perlu menyumberluarkan rawatan radioterapi ke hospital swasta,” katanya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis.
Namun jika ibu bapa melihat masalah kencing malam pada anak berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, berusahalah untuk merawatnya kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Punca kencing malam
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka jika melakukan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
11. Boleh juga amalkan petua menggunakan lemon dan madu untuk mengurangkan anak kencing malam. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan minta anda terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. .
Selamat mencuba.
sumber: sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak kalau anda salah cakap depan kanak-kanak contohnya terkeluar bahasa kesat, kena ‘cover’ balik? Semata-mata tak nak ayat yang keluar dari mulut kita tadi tu ditiru oleh mereka.
Bayangkan lah, itu baru perkataan tau, belum lagi habit kita yang lain tanpa sedar kita rupanya anak-anak ni menilai apa yang kita buat selama ini dan apabila dah terbiasa, mereka juga akan meniru apa yang kita lakukan.
Untuk elak berlakunya perkara sedemikian, Parenting Coach, Mohd Fhais Salim berkongsi antara adab kita yang anak akan cepat tiru. Harap selepas ini ibu ayah dah tak terlepas habit ini depan anak-anak ye!
15 adab kita yang anak akan cepat tiru
1 – Panggil orang
2 – Bercakap
3 – Mengarah
4 – Sebut tolong
5 – Ketika makan
6 – Marah orang
7 – Hormat orang tua
8 – Sabar
9 – Mulut laser
10 – Senyum
11 – Ucap terima kasih
12 – Meminta maaf
13 – Mendengar
14 – Toleh
15 – Mengamuk
Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Nak mudah tengok cara kita marah anak. Sampai satu masa pasti anak akan guna cara yang sama untuk marah adik atau kawan dia. Seram kalau nampak cara dia marah😬
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.