Tidak dinafikan kehadiran haiwan peliharaan sedikit sebanyak mengubat hati yang kesunyian. Sebab itulah ramai di antara kita memilih untuk menjaga haiwan seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya.

Aktiviti bersama haiwan peliharaan ini adakalanya sangat menghiburkan dengan telatah mereka yang lucu.

Tetapi baru-baru ini, tular sebuah video seorang wanita bersama haiwan peliharaannya bernama Abu.

Malah Abu dilihat dijaga seperti anak kecil, dipakaikan pampers dan diberi susu.

Apa yang lebih pelik, haiwan ini jarang dijadikan haiwan peliharaan di rumah namun wanita ini dan keluarganya sangat gembira dengan kehadiran Abu.

Abu atau nama penuhnya Abu Barbodos adalah seekor kambing biri-biri jenis baka Barbados Belly. Menurut wanita yang juga merupakan pemilik Abu, Suhana Othman dia sama sekali tidak terfikir akan membela haiwan itu seperti anak sendiri.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Namun bagi wanita berusia 41 tahun ini, dia mengangap pertemuannya bersama Abu sebagai takdir yang terindah.

Menceritakan kembali detik pertemuannya dengan Abu, menurut Suhana sewaktu dia dan keluarga pulang ke kampung di Felda Ulu Penggeli, Kluang Johor, dia terjumpa seekor anak biri-bir yang terkapai-kapai selepas kematian ibunya.

“Ayah minta saya tolong selamatkan Abu. Saya tinggal di bandar, duduk pula di taman perumahan. Saya kata pada abah , saya tak boleh jaga. Tapi ayah kata, tolong bagi susu je. Masa tu sayu tengok Abu tiada ibu, siapa yang nak susukan?”

IKLAN

“Keluarga Kami Lebih Ceria.” Selepas 13 Tidak Menguruskan Anak Kecil, Wanita Ini Tiba-Tiba Kena Jaga Bayi ‘Kaki Empat’

“Selepas berbincang dengan suami dan anak, kami setuju untuk bawa abu balik ke rumah. Tak apalah, kami sama-sama ambil tanggungjawab. Bawa dia balik dulu. Macam mana nak buat, itu fikir kemudian.”

“Masa saya ambil Abu, umurnya tak sampai sebulan lagi.”

Jadi penjagaan Abu adalah seperti menjaga anak kecil.

Menurut suhana, pada mulanya dia agak kekok menjaga Abu memandangkan sudah 13 tahun tidak menguruskan anak kecil.

Sejak kehadiran Abu, rutin hariannya berubah apabila perlu bangun pada waktu malam untuk memberi susu dan menukar lampin.

IKLAN

“Hari pertama Abu datang ke rumah, kami pakaikan lampin pakai buang macam bayi. Saya pun banyak belajar dengan Abu. Saya hanya ada anak tunggal, anak pun dah berumur 13 tahun.”

“Suasana hidup kami dah berubah, seolah-olah ada bayi. Cuma yang ini bayi berkaki empat. Kita bangun malam buat susu. tukar pampers jam 3 pagi.”

Ceritanya lagi, Abu tidak mahu ditinggalkan sendirian. Jadi Abu tidur di dalam bilik bersama anaknya.

“Kalau tinggalkan diruang tamu, abu akan cari seseorang untuk temankan.”

Disoal mengenai hikmah pertemuannya bersama Abu, Suhana berkata;

“Hadirnya Abu ini saya tidak tahu apa hikmahnya. Tapi saya fikir, allah pilih kami untuk jaga Abu pasti ada hikmahnya. Alhamdullilah sejak ada Abu, keluarga kami lebih ceria.”

IKLAN

“Sekarangsemua benda buat sama-sama. Kami jadi lebih gembira. Abu pula seekor haiwan yang periang.”

Sejak videonya tular di aplikasi TikTok, Abu sudah mempunyai pengikutnya sendiri.

Malah kata Suhana, ada individu turut menghubungi Suhana untuk berkunjung ke rumahnya dan berjumpa dengan Abu.

“Ini pengalaman pertama saya. Jadi saya hasilkan video untuk abadikan kenangan. Saya minta anak buat akaun TikTok untuk Abu. Kami sendiri tak sangka video Abu akan viral.”

“Jiran yang tidak pernah lepak pun datang lepak sekarang sejak ada Abu. Setiap malam ada appoiment, orang nak datang jumpa Abu.”

“Keluarga Kami Lebih Ceria.” Selepas 13 Tidak Menguruskan Anak Kecil, Wanita Ini Tiba-Tiba Kena Jaga Bayi ‘Kaki Empat’

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Keluarga Kami Lebih Ceria.” Selepas 13 Tidak Menguruskan Anak Kecil, Wanita Ini Tiba-Tiba Kena Jaga Bayi ‘Kaki Empat’

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI