Keluarga Ni Pilih Ranting Jadi Hiasan Dalam Rumah, Impaknya Wow & Dramatik. Boleh Cuba!

Share

Kalau sudah namanya kreatif, bab menghias kediaman tentu menarik dan unik jadinya. Buat apa pun nampak hebat dan istimewa.

Umpamanya ibu ini yang menghias kediamannya dengan menggunakan ranting-ranting pokok.

Bergambar dengan berlatarkan ranting pokok sakura.

Mungkin tidak semua berani menghias kediaman dengan ranting-ranting dan ada yang merasakan pelik atau sukar pula untuk diurus.

Menggunakan ranting pokok bunga kertas

Namun bila terlihat seni dekorasi hasil sentuhannya, ada yang telah jatuh hati dengan konsep yang diketengahkan olehnya.

Disudut rumah menggayakan ranting pokok bunga melati.

Lama dah minat tapi dulu tak tunjuk sangat sebab anak kecil-kecil lagi.

Pun begitu, sejak buat kerje bridal 10 tahun lepas banyak buat decoration majlis guna ranting.

Dapat olah minat kat pelamin je dulu, rumah tak dapat lagi. Sebab masa tu arwah suami macam tak suka.

Sejak arwah suami meninggal tahun lepas, baru bawak masuk segala ranting ke dalam rumah.

Anak-anak sentiasa sokong apa je yang mamanye suka setakat ni. Bahkan bila mereka nampak ranting, diorang tolong ambikkan.

Tip cari ranting yg tahan lama.
1. Pastikan bila kita kopek kulit dia, batang dalamnya warna putih/cerah. Yang tu dia sangat liat dan tahan lama.

2. Bersihkan dan spray cat clear.

3. Lepastu baru spray cat yang kita suka.

Ekstra info : Cat clear tu bertujuan untuk elakkan bubuk.

Sumber : Nani’s Makeover

IKLAN