“Keluarga Yang Baik. Matang Demi Anak-Anak.” Dua Daddy Satu Ibu, Netizen Puji Jejai & Fasha Sporting Rai Majlis Anak Bersama.

Share

Semalam berlangsungnya sambutan hari jadi Putera Rayfal Ramli Rizal Ashram, anak sulung aktress Fasha Sandha. Majlis bertemakan watak animasi berwarna merah hitam, berlangsung meriah di Kizsport & Gym, Ampang.

Seperti kebiasaan saban tahun setiap kali sambutan raya mahupun aktiviti anak-anak, pasti Jejai tidak pernah miss untuk turut serta. Namun tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran Aidil yang kini sah menjadi suami Fasha.

Hubungan baik antara 3 selebriti ini menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen memuji keharmonian keluarga ini kerana boleh berbaik demi anak-anak.

Walaupun hubungan antara Fasha dan Jejai sudah berakhir dan pelakon cantik itu sudah pun membina kebahagiaan sendiri, namun, demi anak-anak mereka tetap bersatu meraikan hari yang bermakna untuk zuriat mereka.

Sebelum itu Fasha Sandha terlebih dahulu memuat naik beberapa keping gambar Rayfal ketika lahir dan pada setiap ulang tahun kelahirannya. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Fasha dan Jejai masih menyambut hari lahir anak mereka walaupun sudah berpisah.

Rata-rata netzien memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh Jejai dan Fasha yang tidak berbalah demi anak. Bahkan, ada yang mengharapkan selebriti lain mengikut contoh pasangan ini.

Matang demi anak-anak

zyetin Inilah kematangan dalam kehidupan, walaupun dah tiada kena mengena,fasha still upload photos anak dengan ayah dan kenangan masa lalu, itulah ayah tiada siapa yang boleh pisah mereka kan, yg lepas biarkan ia berlalu, hari mendatang kena tempoh dengan tabah, selamat hari lahir rayfal, semoga jadi anak yang soleh, saya tabik pada fasha ,semoga berbahagia selalu.

sweet_authentiq11 Bagusnya @fashasandha tak putuskan hubungan anak dgn babanyer.. N @itsaidilaziz sgt awesome sbb sporting. Moga kalian dirahmati Allah

sueusoff @rosliahnana sebak sy tgk gbr diorg bertiga dgn ayhnya…

ayn.dmt Alhamdulillah semoga sentiasa dirahmati Allah SWT …aduhaii terharu pulak tengok..❤️?

kamelilias Ya allah berkatilh insan2 ini.punya hati yg cantik baik ikhlas.lihat inilah nilai sebenar sebuah silaturrahim.moga anda semua mendapat kebaikan didunia dan diakhirat amin….

zaiemma_06 Tanggungjawab sebagai ayah tu kuat.. ??.. X mcm separuh.. Dah cerai anak pn d abaikan.. Jejai n fasha sgt matang demi anak2.. ??

Hubungan dengan ayah kandung tak terputus

einamuor Terbaik bro @itsaidilaziz n sis @ fashasandha bapanya raykal is coming. Eratkn hubungan silaturahim….

azreennnnnnnn_ Walaupun dah berpisah, hubungan dgn ayah kandung tetap takkan terputus..tetap wajib bagi Jejai untuk bg nafkah pada anak2 dia..Sanah Helwah Rayfal..moga besar nanti jadi anak yang berguna, baik, Soleh dan seorang anak yang menyenangkan orang tua kamu.

Air dicincang takkan putus

nurha.shoppe @rizalashramrnt is clearly a very good father to his kids…Alhamdulillah..???

pesonaayu Wow. Respect. Jejai pun ada. Alhamdulillah. Semoga segalanya dipermudahkan Allah.

mahana_n.asyikin Abgnya rayfal dan jemima pon ada.. Air dicincang xkan putus.. Ais dikisar jd abc.. Happy birthday rayfal.. Moga jd ank soleh kebanggaan keluarga, abg dan adik yg penyayang..

qaseh_zarra Happy birthday Rayfal… Untung dia thn ni dpt celebrate dgn big family. Ada Dada, ada Ayah, Ada Ibu, Ada Abg Rayqal, ada Adik Jemyma… Moga family @fashasandha
sentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Aamiin…

Keluarga yang baik

alwanisofiaabdullah Ok done airmataku menitis.. Moga semua menemui kebahagiaan masing2?

s.a.z.a Love sgtt tgk smua pic dlm ni.. Different fmily but still one happy fmily.

izzah_abdulwahid Bagusnya fasha ,jejai pun ada…keluarga yg baik.

Dalam pada itu, Jejai turut memuat naik ucapan berbentuk surat buat anak sulungnya itu. Seperti tahun-tahun sebelum ini, daddy Rayfal dan Jemyma tak pernah miss menulis surat ‘cinta’ untuk anak-anaknya.

bibiana.gabriel Happy birthday Rayfal. Semoga menjadi anak yg terbaik utk kedua org tua mu dan semoga ikatan adik beradik lebih erat di dunia dan akhirat. Tiap tahun daddy buat surat ‘cinta’ untuk anak2. I guess im not the only one who waits for it?.

ziahrahim Same here, been waiting for your posting for Rayfal…alhamdulillah and aamiin to all your doas…Happy Birthday Rayfal..

zatil.hidayah Same goes here…always waiting for ur love letter to ur kids..very sincerely from ur heart…happy birthday putra rayfal❤️❤️❤️

emma_merahputih so lucky to have this letter from daddy..

yunn.amin_ Finally dpt gak baca surat daddy, smlm usha xde lg hehe, tung dpt daddy mcm ni, happy birthday Rayfal ??

muzz_636 Mmg kita tggu every year.. Happy birthday Rayfal.. Semoga menjadi anak yg baik dan anak yg soleh..

nadiahazuan happy besday rayfal.. slalu baca surat2 dri daddy utk anak2.. sweet msg yg mana bila besar nanti or if u dah xde.. diorg still boleh baca lagi and know how much daddy love you kids.

neytapitt Salam always looking forward for this lovely letter from a dad yang mempunyai hati yang mulia to his lovely kids semoga Allah swt sentiasa memberkati @rizalashramrntsekeluarga amin amin

Sumber: IG fashasandha rizalashramrnt

IKLAN