Rumah ku Syurga ku. Tak kisah rumah kecil atau besar asalkan ia boleh mendai tempat berteduh dan berkasih sayang seisi keluarga itu sudah memadai.
Kena sentiasa bersyukur apa yang kita ada,walaupun sekecil kecil rumah yang penting kita bangga dengan sendiri dapat membeli rumah dengan hasil titik peluh kita sendiri. Dengan kata lain, ikut kemampuan diri kita setakat mana yang mampu. Demikian juga dengan puan Mazida Zakariya yang berkongsi dekorasi kediamannya menerusi grup Deco Rumah Ku Syurga Ku baru-baru ini.
Ads
Ads
Ads
Dari luaran nampak biasa sahaja. Tetapi melangkah masuk, pasti mata terpegun dengan dekorasi setiap ruang yang ada. Kediaman yang dibeli dua tahun lalu itu di dekorasi sedikit demi sedikit. Namun pemilik kediaman ini amat menekankan faktor kekemasan dan kebersihan. Tidak hairanlah, setaip ruang tampak cukup cantik, kemas dan bersih. Luaran rumah saya hanya biasa saja. Ada sahabat tnya saya macmana saya boleh pilih rumah macmni..luaran pagar dgn grill barang lama..xcntik lngsung.. Mcm rugi ja sya beli..ini saja yg saya mmpu beli..rumah sekarang ni mahal..dah 2 tahun sy beli. Alhamdulilah walaupun luaran macm biasa saja.. Saya cuba utk deco rumah saya sedikit demi sedikit..dan sya pastikan bersih dan kemas sentiasa.. saya berniaga dan pekerja kilang.. Saya meniaga kek cheese waktu time cuti shift. Saya bersyukur sangat2 dapat membeli rumah walaupun rumah kecil..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) selain ada yang menggunakan plastik serta beg sampah sebagai perlindungan diri menyebabkan ramai yang bersimpati dan membantu dalam mengatasi masalah tersebut.
Justeru, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Sebuah gerakan dilancarkan oleh sekumpulan anak yatim dan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang, Selangor bagi memanfaatkan masa lapang susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu.
Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
“Projek ini bermula dengan panggilan seorang doktor perubatan dari sebuah NGO yang terlibat membantu tugas barisan hadapan pada jam 1 pagi. Bekalan PPE sudah amat meruncing.
“Para doktor sudah sampai ke tahap menggunakan plastik sampah dan apron pakai buang tukang masak untuk melindungi diri. Ramai juga barisan hadapan yang telah dijangkiti,” ujar Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dalam satu kenyataan.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mendesak rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia, maka proses pengimportan barangan memakan masa yang lama.
“Malam itu juga gerakan ini dilancarkan dan alhamdulillah 2,000 unit yang diminta dapat disiapkan dalam masa dua hari namun habis diedarkan kepada barisan hadapan tidak sampai satu hari,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah pengeluaran PPE telah melonjak kepada 3,000 unit sehari. Penghasilan dilakukan sepenuhnya di rumah kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP di Sungai Ramal Baru tanpa melanggar PKP yang telah ditetapkan.
Proses pembuatan secara Do-It-Yourself (DIY) tidak semestinya secara sambil lewa sebaliknya ia menuruti kaedah pembuatan yang diperakui sebagai amalan pengeluaran yang baik (good manufacturing practice – GMP). Sehubungan itu, kebersihan dan pengawalan kualiti produk turut diutamakan.
Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah dua kali ganda lebih tebal dan kukuh berbanding di pasaran yang ditempah khas dari kilang.
“Anak-anak RPWP sangat gembira dengan aktiviti begini. Di samping dapat mengisi masa lapang di rumah ini, kerja tangan mereka turut berperanan sebagai barisan sokongan kepada wira-wira negara di barisan hadapan.
“Lebih-lebih lagi, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan dan pengilangan,” tambah Saiful.
Projek Pelangi PPE ini menyasarkan sejumlah minimum 100,000 unit. Kini mereka telahpun berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit. Sumbangan dari orang awam mampu menggandakan lagi keluaran bagi mencukupkan keperluan bagi petugas kesihatan kita yang semakin mendesak.
Untuk rekod, Projek Pelangi yang dijalankan warga RPWP bermula pada tahun 2015, sewaktu inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Untuk menyumbang boleh terus ke laman sesawang www.projekpelangi.com dan menyokong crowd funding Bantuan PPE (COVID-19) ataupun berhubung terus di talian 016-360 5047.
Wanita mana yang tak suka bila mana apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Demikian kisah wanita ini yang sudah lama ingin memilik pantri-nya sendiri.
Hasil kerja tangan suami tersayang, akhirnya apa yang dihajati tercapai. Perkongsian tersebut dimuat naik di laman Facebook Esm Shafizawati Bt Nazirrudin beserta beberapa keping gambar menunjukkan proses pembuatan pantri itu beserta dengan hasilnya.
Menurut Shafizawati, suaminya menggunakan ruang bilik stor bawah tangga untuk membuat pantri berkenaan yang mengambil masa 4 hari.
Dalam perkongsian tersebut, dia menujukkan gambar sebelum dan selepas pantri yang diimpikannya itu disiapkan. Memang cantik dan kemas kerja tangan suaminya! My Dream Pantry
Sis share masa proses dulu ye. Esok sis share yang dah siap letak barang.
Asalnya ni bilik store bawah tangga. Bila sebut store paham je la kan..banyak barang yg nak kena 5s. So malam ni tak boleh tido, kena kemas sampai siap.
Alhamdulillah. Dapat dah pantry..yeayyy. Terima kasih bang haji.
My Dream Pantry Alhamdulillah, selama 4 hari bertungkus lumus dari sesi presentation, membeli meterial, proses buat dan menyusun akhirnya yang diidamkan ada depan mata. Walaupun dapat pantry bawah tangga tapi sis rasa seperti wanita terbahagia. Terima kasih suamiku.
#Alhamdulillah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat perbezaan api dapur gas yang telah lama digunakan, dulunya berwarna biru dan kini berwarna merah bahkan nyalaan juga kecil tentu tidak puas hati dibuatnya. Tak akan sebab ini hendak dibeli yang baharu.
Oleh itu, cubalah lakukan service yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari.
Ini perkongsiannya.
Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.
Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.Semua orang boleh lakukannya.
Barang-barang yang diperlukan.
1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.
Step-stepnya ada setiap gambar ya.
STEP 1 : Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
STEP 2 : Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
STEP 3 : Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
STEP 4 : Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
STEP 5 : Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.
EKSTRA INFO
Ini ada contoh retakan pda bahagian fire starter. pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.
Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
Taraaaaaa..Sudah siap di servis.Dapur ini
telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu
bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah
terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang
baru ya.
Selamat mencuba.
Sumber : Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.