Memilih 2 September 2022 untuk majlis akad nikah, pasangan penyanyi Shahir Zawawi selamat diijabkabulkan bersama pasangan, Jaskin Jaludin, 30, pada jam 9.10 malam di Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya.
Perkenalan yang bermula menerusi laman sosial Instagram sekitar Mei lalu, Shahir atau nama sebenar, Ahmad Shahir Zawawi, 34, dia terlebih dahulu mendekati (approach) isterinya di laman sosial tersebut dengan tujuan untuk mencari pasangan hidup.
Menariknya, Jaskin tidak mengetahui Shahir yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu seorang selebriti yang dikenali ramai.
“Saya kenal isteri pada bulan Mei tahun ini, lepas raya menerusi laman Instagram. Saya mengaku yang saya tegur dia dulu (di Instagram). Masa itu memang kami dua-dua dalam fasa nak cari pasangan untuk settle down.
“Kami kenal, borak-borak dan dua minggu selepas itu kami ambil keputusan untuk jalani kursus kahwin secara online. Hanya selepas itu baharu kami keluar bertemu janji dan Alhamdulillah dari situ saya lihat kami ada keserasian dan keselesaan apabila bersama.
“Saya terpaut pada hati isteri, dia seorang yang suci hatinya. Kalau siapa kenal dia, tahu dia macam mana orangnya. Lagi satu dia pun lucu orangnya.
“Kita nak pasangan yang bukan sekadar isteri tapi dia juga sahabat, dia juga teman gelak ketawa, Alhamdulillah semua ciri-ciri itu ada pada dia.
“lsteri tidak tahu saya seorang artis sebab dia tidak tengok AF” kata Shahir.
Ads
Berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka, Jaskin yang merupakan seorang pemilik butik di Puchong, Selangor ini berkata, dia mengalirkan air mata sebaik mereka sah bergelar suami isteri kerana terlalu sebak dan tidak menyangka bahagia akhirnya datang menyapa dirinya.
“Saya menangis sebab saya tak rasa pun saya akan berkahwin dan akan dapat merasai momen seperti ini. Tentang kisah perkenalan kami, memang saya tak tahu pada mulanya yang Shahir seorang artis. Lepas saya dapat tahu, saya terus bertanya pada dia betulkah awak ini artis? sebab saya memang tidak menonton program AF.
Ads
“InsyaAllah, saya sudah bersedia dengan liku-liku bergelar isteri kepada seorang selebriti dan saya tiada halangan untuk Shahir berduet atau berpasangan dengan mana-mana artis wanita untuk perkembangan kerjayanya,” kata wanita kelahiran Tawau, Sabah itu.
Merancang untuk melakukan ibadah umrah pada hujung tahun ini, Shahir berkata isterinya ada memohon doa ketika awal tahun lalu di Mekah, sekiranya dipertemukan jodoh, dia ingin kembali ke Tanah Suci dengan membawa suaminya sekali.
“Kiranya dia ingin menunaikan janji selepas segala doanya dimakbulkan Tuhan. Untuk perancangan bulan madu lain, kami dua-dua suka pulau dan laut, mungkin kami akan ke destinasi sebegitu tapi tak tahu di mana lagi.
Ads
“Bercakap mengenai perancangan anak pula, kami tidak merancang. Sekiranya Allah kurniakarn rezeki awal, kami terima,” kata Shahir lagi.
Shahir dan Jaskin atau lebih mesra disapa Ekin bakal diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini bertempat di lokasi sama.
Menariknya, Shahir bakal mempersembahkan lagu baharu nyanyiannya, Halal yang diciptakan khas buat suri hatinya itu di hadapan tetamu dalam maj|lis itu nanti.
Sumber : Media Hiburan
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak berasa geli apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Lebih malang lagi apabila tiba-tiba jatuh dari syiling rumah. Mahu ada yang terpekik satu rumah!
Kehadiran cicak ini menggangu sehingga ada yang sanggup memasang perangkap untuk hapus kaloni ini.
Jika dahulu biasanya kita guna gam kasut atau gam gajah yang menjadi pilihan perangkap cicak. Kini ada cara yang mudah dan murah.
Menerusi perkongsian oleh Muhammad Sanusi ada penyelesiannya yang boleh jadi panduan.
Beliau hanya menggunakan tip mudah dan murah iaitu hanya kotak & double sided tape. Kos anggaran hanya RM2.00 ajer.
Hanya guna kotak & double sided tape.
Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak drpd kotak & double sided tape.
Ini caranya:
Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?) Kos: lebih kurang RM2. Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran. Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Potong kotak ikut size yg sesuai & mudah nak letak di lokasi
Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mrdiy murah.. RM2 lebih
Dapat siapkan 8 set
Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Kita mahu anak-anak beradab dan berakhlak mulia. Semua mahukannya. Tetapi kita boleh jadi terlupa bahawa adab bukan hasil syarahan, pembacaan, jauh sekali leteran.
Ada tiga kualiti diperlukan untuk menghasilkan akhlak yang baik, misalnya menurut Imam Birgivi (1573m), seperti nukilannya di dalam kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah.
Pertama: Kebolehan berfikir yang baik. Akal yang boleh memproses, untuk mempertimbangkan baik dan buruk. Jika akal lemah, atau akal melampau, ia mengganggu proses.
Kedua: Berkeinginan. Iaitu wujudnya dalam diri seseorang ini kehendak. Mahukan sesuatu. Dorongan untuk mendapat. Jika seseorang itu hilang keinginan, dia tiada dorongan untuk mendapatkan manfaat daripada memilih kebaikan.
Ketiga: Upaya bantah dan marah. Untuk berakhlak dan beradab, seseorang itu perlu wujud dalam jiwanya kalau berlaku sesuatu yang dia tidak setuju dia bantah, dan lawan. Dengan kualiti ini, barulah boleh akhlak baik dihasilkan dalam bentuk menolak akhlak buruk dan kejahatan.
Macam mana kita hendak mengadabkan anak-anak kalau semasa mereka membesar, kita rosakkan kebolehan berfikir mereka.
Bukanlah dengan menabur Ajinomoto ke dalam makanan mereka, tetapi dengan tidak berbual, paksa hafal, anak-anak tengah suka bermain (yakni sedang berfikir kreatif, menyelesaikan konflik), kita hentikan permainan dan suruh mengadap teks. Bantut habis kebolehan berfikir yang lahir sebagai fitrahnya hari itu.
Kemudian, anak berkeinginan tetapi keinginannya kita nafikan. Ikut cakap aku sebab aku orang tua. Rambut belah tepi, baju kena warna ini, sekolah kena macam ini, ambik subjek pilihan mak ayah, belajar bidang kebanggaan orang tua, kahwin nanti pun jodoh emak ayah pilihkan, dah kahwin pun mak ayah campur tangan cuti sekolah ke mana. Anak tidak berpeluang berkeinginan.
Anak marah, kita marah dia balik. Murid tak setuju dan lawan, belum apa-apa kita biadabkan dia. Sehingga mati sifat melawan, sifat membantah.
Seribu syarahan agama, pergi bagai dipuput bayu. Tak lekat pun di jiwa sebab tiada pelekatnya. Karakter tidak dibentuk. Yang dibentuk ialah akademik, akademik, akademik. Kita laungkan akhlak penting, tetapi semua perancangan dan perlaksanaan adalah matawang akademik.
Perkongsian Nur Hidayah, balu kepada Allahyarham Abam Bocey meraih perhatian ramai.
Dia meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.
Menerusi perkongsian tersebut, ibu anak sorang ini berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.
“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya.
“Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.