Kenal Dulu Mana Jantan & Betina Kalau Nak Menyemai Betik. Barulah Pokok Ditanam Berbuah & Bukan Berbunga Je!

Share

Kebiasaannya jika kita membeli sebiji buah betik dan bila dimakan rasa buahnya manis mulalah terdetik di  dalam hati, kalau disemai benih buah betik tersebut bagus juga. Mesti bila berbuah nanti rasanya juga manis dan enak seperti buah yang dimakan. Boleh lah kita beranggapan, baka dari buah yang baik tentu hasilnya pun baik.

Pun begitu, bila berhajat untuk menyemai biji betik, anda perlu kenal terlebih dahulu biji benih jantan dan betina. Ini kerana hanya biji benih betina sahaja yang ditanam untuk memastikan pokok tersebut akan mengeluarkan buah.

Untuk mengetahui lanjut tentang pemilihan biji benih betik yang mudah, jom baca perkongsian daripada Ardi Tani.

Ini perkongsiannya;

Nak tanam benih ni jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina yang mana jantan seawal biji benih lagi.

Ini biji benih dari separuh buah betik..yang belah kiri warnanya hitam dan yang belah kanan warnanya hitam pudar sikit. Kebiasaannya yang hitam gelap betina dan yang hitam pudar jantan.

Untuk hasilkan buah kita semai yang belah kiri.
Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah kanan tu..
Jom tanam Betik…Betik pun nak Beli harganya dah mahal juga sekilo.

Sebelum semai saya basuh buang selaput luar dia dan jemur bagi kering.

Selepas itu baru semai di dalam lubang tray jenis tinggi dengan menggunakan medium cocopeat lama campur cocopeat baru


Apabila anak benih telah mengeluarkan daun dan akar penuh begini adalah masa terbaik untuk dipindahkan ke polybag.

Sumber : Ardi Tani 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN