Usai sang isteri tercinta selamat dikebumikan, Shuib berkongsi perjalanan hidupnya bersama bidadari syurganya itu.

Dalam ‘live’ di Instagram tersebut, Shuib kelihatan tidak dapat menahan sebak menceritakan liku-liku kehidupan yang ditempuhi bersama isterinya yang tercinta. Bermula dari awal perkahwinan sehinggalah hari ini, satu persatu ‘keistimewaan’ Siti Sarah yang diungkapkan oleh Shuib.

“Kenapa 11 Tahun Sahaja, Tapi Saya Reda Allah Sayang Dia.” ‘Rasa’ Isteri Masih Ada, Perkongsian Shuib Meruntun Emosi!

“Isteri saya bukan milik saya. Dia milik Allah dan Allah sayang sangat kat dia. Allah pinjamkan kat saya sekejap je, dalam 11 tahun. Tapi 11 tahun yang sangat luar biasa untuk saya.

“Saya bermula dari tak ada apa-apa, saya nikah dengan dia, saya hutang mas kahwin, Saya tak ada kereta, dia yang ambik saya kalau nak pegi jalan. Saya pindah rumah pertama, duduk dengan isteri saya. Bukak puasa duduk atas surat khabar, beli kat bazar Ramadhan. Dia sanggup bersusah senang bersama ketika diri saya masih tidak mempunyai apa-apa.

“Kenapa 11 Tahun Sahaja, Tapi Saya Reda Allah Sayang Dia.” ‘Rasa’ Isteri Masih Ada, Perkongsian Shuib Meruntun Emosi!

“Saya cakap dengan dia, sabar. InsyaAllah I akan bagi yang terbaik untuk you. Tapi dia cakap dengan saya, I akan ikut you. Apa pun jadi, I akan ada belakang you. I akan support you.”ujar Shuib dengan nada sebak.

Shuib akui kena kuat kerana dirinya adalah ketua keluarga, namun dia reda dengan pemergian isteri.

“Saya bersangka baik dengan Allah, Dengan kejadian Siti Sarah, Allah buka ramai mata dan sampaikan pesanan kasih sayang. Kita jadi bersatu padu untuk mendoakan Sarah ‘menang’ tapi akhirnya Allah yang ‘menang’.

“Kenapa 11 Tahun Sahaja, Tapi Saya Reda Allah Sayang Dia.” ‘Rasa’ Isteri Masih Ada, Perkongsian Shuib Meruntun Emosi!

“Kita sekadar meraih simpati untuk ambil ‘barang’ milik Dia. Isteri saya sedang berlari-lari disyurga kini Aamiin.  Cuma ingin saya kongsikan, bila jadi suami kita adalah ketua. Kita kena jadi imam, kena solat jemaah barulah isteri rasa dia adalah pengikut kita.

“Ada kebaikan yang saya kongsikan ini kepada semua. Allah sangat sayang kita jadi jangan jadi manusia sombong. Doakan saya kuat, doakan juga untuk anak saya di hospital. Berkasih sayanglah dengan pasangan. Belum terlambat untuk hidupkan sunah, berjemaah. 

“Kenapa 11 Tahun Sahaja, Tapi Saya Reda Allah Sayang Dia.” ‘Rasa’ Isteri Masih Ada, Perkongsian Shuib Meruntun Emosi!

Dalam pada itu, Shuib meminta orang ramai menjaga kesihatan dan jangan keluar rumah.

“Memang benda nak jadi  tapi terpulang, kalau dah kena memang takkan sanggup untuk lalui apa yang saya lalui kini. Ini bukan masa untuk berteka-teki.

“Dulu pernah gaduh dengan isteri sebab saya keluar jumpa kawan.Dia tak bagi kerana takut covid. Tapi Allah nak jadikan jalan cerita,  pembantu turun bawah dan bersalam dengan kawan dia ketika buang sampah, dan daripada situlah kami kena jangkit covid. Saya yakin dan pasti tak ada yang tak sayang isteri. Tak ada yang tak sayang ahli keluarga. Pastikan apa yang saya alami tak jadi pada anda semua.

 

‘Selalu doa pada Allah untuk melindungi ahli keluarga kita. Saya mohon maaf pada semua yang bagi ucapan.Tak mampu nak balas lagi.  Saya tengah nak biasakan diri tanpa ada orang rumah (isteri). Jutaan terima kasih atas doa dan apa yang anda semua buat, baca yassin, buat sedekah, buat solat hajat dan sebagainya.

https://www.instagram.com/shuibsepahtu/

Sumber: Shuib

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI