Kisah kanak-kanak ini viral di laman sosial media selepas dia mengutuskan surat terbuka yang mempersoalkan hukum sama ada budak-budak harus solat di saf belakang.
Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak yang memperkenalkan dirinya sebagai Nadzrul Zarfan Sharul Azry menulis surat tersebut kepada imam, pengerusi dan juga ahli jawatankuasa surau berdekatan rumahnya.
Menurut Nadzrul, dia dihalau dari duduk di saf depan dan terpaksa berada di saf ketiga. Malah, dia turut membandingkan layanan yang diterimanya semasa berada di Mekah dan Madinah. jelas Nadzrul, ketika di tanah suci tiada layanan sedemikian malah dia juga pernah berpeluang untuk menunaikan solat betul-betul di hadapan Kaabah.
Surat terbuka itu akhirnya mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang membalas surat terbuka itu di laman Facebook rasmi miliknya pada 5 Disember 2019 lalu.
Assalamualaikum wbt.
Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat
Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.
Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.
Ads
Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340). Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)
Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.
Ads
Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.
1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.
2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya. 3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).
Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:
Ads
1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.
2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.
3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.
4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.
Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.
Yang benar,
Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Orang selalu ingat bab menghiasa rumah ni selalunya orang perempuan lebih arif dan kreatif. Sebenatrnya tidak, semuanya terletak pada minat dan juga kerajinan. Seperti lelaki ini, walaupun tidak menggunakan modal yang besar, namun kediaman mereka tampak menarik dengan idea kreatifnya. Bajet deko di bawah RM100 benar-benar dimanfaatkannya.
Moga bermanfaat buat anda yang tengah cari idea untuk deko rumah dengan bajet yang rendah.
Total utk casing wayar dkt dinding ni dh lupa la pulak, tp anggaran bwah rm30. Spe yg nk berwainscotng bajet tu bg pndapat sy elok guna csing wayar ni sb klu bli kt shopee pnya tu dia lembik, so nk lurus dan ukur tu mcm susah. Tu pndapat sy lah, bg yg pro tu no komen😅Masih nmpk kosong lagi 😪. Insyaallah ada msa klu org rumah ajk g kdi eco rm2 😊 nk cri daun try buat pokok viral tu😊. Doa2 kn lh mnjdi ye 😅
Kita cuba try test campak sini😁. Deco2 bajet utk si isteri yg tersayang😘. Kot ada sesiapa tercari2 idea utk rumah flat yg plan rumah masuk2 trus dapur tu blh lah intai deco2 bajet sy ni😊.
Utk somi2 yg xberkemampuan nk menyediakan brangan hiasan rumah ribu2 tu blh cuba cara ni, CASING WAYAR yg bermodalkan bawah rm100. Insyaallah org rumah akn hargai stiap usaha kita wlupun ia nya xsemewah mcm org lain😊. Semoga mnjdi inspirasi utk💑.
SebelumSelepasJeng jeng jeng 😁 utk pntu dan dinding tu modal dlm RM 32Spe dduk rmah flat atu pansapuri lama mst dh fham plan rumah mcm mna😅. Org msak kita boleh hulur je leher dri ruang tamu dh nmpak😂. Lupakan niat nk bersliding door 😄, nk letak lngsir krang terbakar pulak rumah sb dkt dgn dapur msk😆. So sy buat wall tu gna csing wayar yg bermodalkan rm 30Cat belang putih tu bru buat td 😁 sb tgok mcm kosong je. Ada rzeki nt nk pusing2 kt fb mna thu ada fram yg sesuai utk ruang makan😘Sy dekat kn skit view dapur. Tmpt sidai kain tu buat guna railing baju je, rail tu pn dh lma ptah x pkai jd sy ambk dan ptong bg sma rata. Alhamdulillah jadi lah jugak 😊Ni rare sikit 😄 modal sy bli benang tebal tu je rm 3.50. Mentol dgn wayar dh ada sb dlu mmg mniaga kt expo pacak kemah. Yg bakul tu nk g cri kt luar mcm mls😅. Yelah xkn sb bakul je nk kluar. Dgn ketidak sengaja ny sy belek2 dlm almari makeup org rumah sy ternmpak bakul celak dia kah kah kah 😆😆😂. Yg fham tu fham jelah ye😆😆😆
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehilangan insan yang tersayang ibarat separuh jiwa dibawa pergi bersama. Bukan mudah menerima kenyataan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Apatah lagi perginya sekelip mata sahaja. Bukan tidak reda namun hati belum boleh menerima sepenuhnya. Lebih memilukan bila mana anak-anak kecil yang belum mengerti mula bertanyakan di mana ibunya.
Inilah situasi yang dialami oleh saudara Khairul Abdullahbila mana istyeri yang disayang dijemput Ilahi. Dalam perkongsian terbarunya, lelaki yang terkenal dengan gelaran Super Daddy ini memuat naik gambar arwah isterinya bersama anak bongsunya. Nukilan ini membuatkan ramai tersentuh hati. Anak bongsu aku ni paling mirip mak dia. Keduanya kongsi banyak ciri yang sama. Senyum dan gelak hampir sama terutamanya bila gelak besar, sebijik copy mak dia. Budak kecik ni paling rapat dengan aku. Dia tak punya ingatan dan memori bersama mak dia. Dia cuma kenal melalui gambar dan video. Dia tak merindu mak dia macam abang-abang dia. Dia cuma tahu aku, ingatan dia hanya berkisar pada aku sahaja. Bila dia dah mula bercakap dan pandai mengingat, hanya aku sahaja yang ada setiap masa dengan dia. Jadi aku adalah ‘everything” buat dia.
Tapi bagi aku, dia adalah “everything” yang ditinggalkan oleh arwah mak dia untuk aku. Tengok senyum dia sudah cukup buat hilang rindu aku. Selepa mak dia meninggal orang mula tanya, pada siapa nak aku serah bayi kecil yang baru berusia 7 bulan ini. Mana mampu aku sebagai lelaki membesarkan bayi sekecil itu. Ohhh, tidak sama sekali aku bagi pada sesiapa pun. Anak aku, darah daging aku, amanah aku, tanggungjawab aku. Tak sesekali aku bagi pada sesiapa walaupun mak aku sendiri apatah lagi orang lain. Aku dah janji dengan mak dia yang aku akan jaga dengan dua tangan aku sendiri. So, I keep my word. Dah lebih 2 tahun dah pun aku besarkan dia dan abang-abang dia bersendirian. It’s tough, but it’s ok. Cuma sesekali aku terasa seperti sedang menunggu isteri aku belum balik dari out station yang sangat lama. Aku rindu. #superdaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu anak dua dinobat pelatih terbaik keseluruhan PLAK. Sarjan Siti Fairuz Abdullah, 32, yang dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Ibu Anak Dua Dinobat Pelatih Terbaik Keseluruhan PLAK
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan,”katanya.
Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.
“Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.
Ibu kepada dua anak itu berkata, cabaran utama semasa menjalani latihan selama sembilan bulan di Pulapol adalah berjauhan daripada anak-anak tersayang.
Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.