Sejak tular drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling semakin menjadi dikenali dan sering mendapat perhatian.
Namun baru-baru ini, timbul isu yang kurang enak didengari apabila ada segelintir netizen tergamak meninggalkan komen-komen buruk terhadap ibu kandungnya iaitu dikatakan ‘orang gaji’ menerusi satu tinggalan komen telah menjadi buah mulut ramai.
Anna Jobling memberikan reaksi mengenai perkara tersebut. Katanya, dia berasa pelik kenapa perlu hina mak orang macam itu?
Dipetik dari temubual bersama OhBulan!, Anna akui terkilan dengan sikap sesetengah individu yang tidak menghormati keluarganya terutama ibu.
Kata aktres berumur 22 tahun ini, ibunya tidak pernah mengusik dan mengendahkan hal orang lain namun menjadi sasaran buli siber.
“Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?
Ads
“For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.
“Apa yang kamu akan rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?” katanya.
Ditanya keadaan ibu, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata wanita yang sentiasa menjadi tulang belakangnya itu langsung tidak terkesan dengan komen ‘pedas.’
Ads
“Alhamdulillah, ibu saya seorang wanita yang kuat. Dan dia tak kisah pun. Dia hanya memberi fokus penuh pada saya. So you know what… buatlah apa yang kamu nak buat.
“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak buat apa-apa. Mungkin sebab saya merupakan seorang figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya.
“Kenapa tak komen tentang kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut… mereka akan sentiasa bercakap.” tambahnya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus turut tersentuh dengan sokongan peminat yang tidak putus memberi kata-kata semangat.
“Peminat saya baik-baik. Mereka faham saya macam mana dan saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka.” jelasnya.
Ciuman terakhir seorang ayah, empat tahun menanti, si kecil ‘datang’ sekejap saja. Tiada yang lebih dinantikan oleh pasangan suami isteri selain kehadiran cahaya mata dalam kehidupan mereka. Empat tahun menunggu dengan penuh harapan, doa yang tidak pernah putus, akhirnya mereka dikurniakan seorang bayi yang dinanti-nantikan.
Namun, kebahagiaan itu hanya sementara. Si kecil yang lahir ke dunia ini hanya sempat berada dalam dakapan mereka sekejap sahaja sebelum pergi buat selama-lamanya. Sewaktu bayi itu dilahirkan, air mata si ibu mengalir bukan kerana kesakitan, tetapi kerana rasa syukur dan bahagia.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Mr Wan Cai Official di Facebook, seorang lelaki dilihat penuh kasih sayang memberikan ciuman terakhir di dahi anaknya. Dengan hati yang luluh, dia menatap wajah si kecil yang tidak sempat melihat dunia buat kali pertama.
Perpisahan ini sungguh memilukan, begitu menyentuh perasaan hingga tiada kata mampu menggambarkan kepedihan seorang ayah yang kehilangan cahaya mata yang telah lama dinantikan.
Difahamkan, bayi syurga itu merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah empat tahun menanti kehadirannya. Namun, takdir menentukan mereka tidak berpeluang membesarkan si kecil seperti yang diimpikan.
Ketika jenazah anaknya dikafankan, si bapa hanya mampu memandang dengan tatapan kosong, seolah-olah tenggelam dalam kesedihan yang sukar diungkapkan.
Video yang dikongsikan ini turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar diberikan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang begitu berat.
Dalam pada itu, terdapat juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman serupa, di mana mereka terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi yang sekian lama dinanti. Kepergian yang tidak dijangka ini pastinya menjadi satu ujian besar bagi mereka yang mengalaminya.
Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.
Namun begitu, sama ada suka ataupun tidak kita harus menerima cabaran dan dugaan yang datang dalam hidup kita dengan penuh redha dan berlapang dada.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang ibu redha kehilangan zuriat tersayang. Bayinya baru berusia satu bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu.
Ralat terpancar diwajah ibu sambil memangku anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir. Redha dengan setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Mr Wan Cai Official kisah sedih ini. Moga ikhtibar.
“Tak terbayang dugaan yang di hadapi oleh ibu ini. Diuji dengan kehilangan anak tersayang asbab tersdak susu.”
“Anak syurga berusia 1 bulan ini di beri susu badan sebelum si ibu tertidur kerana kepenatan.”
“Tersedar dari tidur si ibu melihat bayinya berada dalam keadaan lemah. Adik Zakuan kemudiannya di bawa ke hospital Klang menggunakan ambulan.”
“Namun Allah lebih menyayanginya. Adik Zakuan di sahkan meninggl dunia selepas 30 minit cuba di selamatkan.”
Sesetengah orang beranggapan kerja suri rumah cukup mudah, tak hairanlah ada yang melabelkan wanita ini bertuah kerana hanya ‘goyang kaki’ di rumah. Sedangkan mereka tidak tahu seawal dinihari wanita ini sudah bersengkang mata menyediakan keperluan suami dan anak.
Kerja tidak terhenti walaupun anak ke sekolah, suami ke pejabat. Sebaliknya bersambung dengan urusan lain seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Lewat malam tatkala ahli keluarga lain sudah beradu, dia masih lagi berjaga, menyediakan keperluan suami dan anak untuk esok harinya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Mungkin ada yang memiliki ijazah dan kelulusan tinggi, namun semuanya ditolak ketepi dek kerana keluarga menjadi keutamaan. Cemburu dihati adakalanya melihat rakan seangkatan bergembira di luar namun, syukur kasih sayang keluarga itulah kebahagiaan sebenar buat suri rumah.
Wahai suami, sesekali beri ruang buat permaisuri hati anda untuk bersendirian seketika. Dengan kata lain ‘berdunia’ dengan orang luar. Tidak luak masa yang ada jika mengizinkan isteri melakukan apa yang dia minati. Lihatlah betapa bahagia dan gembiranya hati isteri anda.
Perkongsian dari saudari Syahirah Omar cukup padu dan patut dijadikan panduan buat semua terutama suami di luar sana dalam menghargai pengorbanan isteri anda.
Aku terpanggil untuk menulis depressi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “kangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Allah Allah Allah?
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita focus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! “
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah ?
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak. Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN.
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza. Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza. Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya. Semua yang diatur pasti ada hikmahnya. Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Banyak lagi sebenarnya. Nantilah aku sambung lagi ok?❤ Apa yang Suri rumah perlu buat untuk bangkit semula. Kau tunggu ok? Sementara aku nak karang tu, Kau banyak baca ” La hawlawala quwata illa billah,” Tak ada daya dan kekuatan melainkan Allah saja. Please take care ok?
Salam sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...