Ads

Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac 2026! Semakan Mulai 10 Pagi, Ini Cara Semak Online & SMS

Keputusan SPM 2025 akhirnya akan diumumkan pada 31 Mac 2026, detik yang pastinya paling mendebarkan buat ribuan calon, ibu bapa dan guru selepas melalui fasa peperiksaan yang penuh cabaran, harapan dan doa.

Bagi anak-anak yang menunggu keputusan, setiap saat terasa panjang. Bagi ibu ayah pula, inilah masa untuk terus menjadi penyokong paling kuat di sisi mereka.

Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac 2026! Semakan Mulai 10 Pagi, Ini Cara Semak Online & SMS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan SPM 2025 akan diumumkan secara rasmi pada hari Selasa, 31 Mac 2026.

Seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2025 Diumumkan

Pengumuman ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana SPM bukan sekadar peperiksaan biasa, tetapi antara titik penting yang membuka laluan anak-anak ke peringkat pengajian lebih tinggi, latihan kemahiran atau bidang kerjaya yang diminati.

Dalam suasana ini, sokongan emosi daripada keluarga sangat penting agar anak-anak dapat menerima keputusan dengan hati yang lebih tenang.

Bagi calon sekolah, keputusan SPM 2025 boleh diperoleh di sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

KPM juga memaklumkan pihak sekolah perlu memastikan urusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

Keputusan SPM 2025 Diumum 31 Mac 2026! Semakan Mulai 10 Pagi, Ini Cara Semak Online & SMS

Ads

Calon Persendirian Boleh Hubungi JPN

Bagi calon persendirian pula, mereka boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Langkah ini memudahkan calon mendapatkan maklumat tanpa kekeliruan, lebih-lebih lagi pada hari keputusan SPM 2025 diumumkan nanti.

Semakan Online dan SMS Turut Disediakan

Selain hadir ke sekolah, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah lain yang disediakan oleh KPM.

Semakan pertama ialah secara dalam talian melalui pautan berikut:

https://myresultspm.moe.gov.my

Portal ini membolehkan calon mendapatkan slip penuh keputusan SPM 2025 secara digital.

Ads

Perkhidmatan ini dibuka mulai jam 10.00 pagi pada 31 Mac 2026 sehingga jam 6.00 petang, 6 April 2026.

Selain itu, calon juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip:

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran

dan menghantarnya ke nombor 15888.

Sistem SMS ini turut diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 31 Mac 2026 sehingga jam 6.00 petang, 6 April 2026.

Ibu Ayah, Inilah Masa Jadi Penenang Hati Anak

Saat keputusan SPM 2025 diumumkan, sudah tentu ada anak yang tenang, ada juga yang terlalu gementar.

Ads

Dalam waktu beginilah peranan ibu ayah sangat besar. Raikan usaha anak yang sudah bertungkus-lumus selama ini.

Keputusan yang baik diraikan dengan rasa syukur, manakala keputusan yang kurang seperti diharapkan pula perlu diterima dengan lapang dada dan diiringi perancangan baharu.

Anak-anak perlu tahu bahawa keputusan peperiksaan bukan penamat segalanya. Masih banyak ruang untuk bangkit, memperbaiki diri dan memilih haluan hidup yang sesuai dengan kebolehan masing-masing.

Kadangkala, satu pelukan dan kata-kata yang lembut daripada ibu ayah jauh lebih bermakna daripada apa juga.

Syabas Buat Semua Calon SPM 2025

KPM turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2025.

Semoga keputusan yang diperoleh nanti menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Buat semua calon, semoga urusan anda dipermudahkan. Apa pun keputusan yang diterima nanti, teruslah melangkah dengan yakin.

Di sebalik setiap usaha yang jujur, pasti ada jalan yang Allah aturkan dengan sebaiknya.

BACA LAGI : 5 Makanan Otak Yang Disyorkan Pakar Untuk Anak SPM

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Bahasa Isyarat Malaysia dalam Kurikulum Persekolahan 2027! Langkah Inklusif yang Penting...

Bahasa Isyarat Malaysia bakal diperkenalkan kepada pelajar arus perdana melalui Kurikulum Persekolahan 2027 bagi mewujudkan sistem pendidikan lebih inklusif serta meningkatkan kefahaman terhadap golongan OKU.