Kerabu Daun Selom. Resipi Sayur Mudah Disediakan & Rasanya Cukup Enak!

Share

Tercari-cari menu sayuran apa yang ingin dihidangkan kepada keluarga, apa kata sediakan sahaja kerabu Daun Selom ini. Bukan sahaja mudah disediakan dan apa yang penting rasanya juga cukup menyelerakan dan kaya dengan khasiat.

KERABU DAUN SELOM

Bahan-bahannya :

2 ikat daun selom

300 gm kelapa parut (putih saja) – disangai

5 ulas bawang merah – dimayang

4 biji cili padi

100 gm udang kering

4 biji cili merah

300 gm tauge

2 biji limau nipis – diambil jusnya

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Cili merah dan cili padi dikisar, airnya ditapis dan dibuang.
  2. Gaulkan daun selom, udang kering serta kelapa parut yang telah disangai dan dikisar.
  3. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dimayang, cili padi dan cili merah yang telah dikisar serta jus limau nipis.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Kreadit : Resipi dibawakan dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar.

 

IKLAN