“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.
Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan,” coretnya.
Maaf.
Kali ni aku tak dapat tolong.
Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan.
Moga Allah permudahkan urusan mu.
Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.
“Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh Pak Hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Salam takziah utk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah.
Moga roh pak hamid ditempatkan bersama org2 yg beriman.
😔 https://t.co/net2oTUAmn
Pastinya kita semua menyedari usia kita dari tahun ke tahun kian bertambah, namun sering kali juga ada yang alpa untuk mempersiapkan diri meniti usia dan sekali gus memberi makna dan manfaat pada setiap kali pertambahan umur dari tahun ke tahun.
Sedar manusia ini sering lupa dan perlu diberi nasihat serta peringatan. Oleh itu ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah untuk peringatan bersama.
Nasihat saya umur 40, kepada umur 25
1) Spend masa dengan anak lebih dari dengan kawan-kawan. Anak akan berada dengan kita sampai tua. Kawan belum tentu.
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Kalau kita tak didik anak jadi anak soleh yang mendoakan kita, macamana nak dapat saham berkekalan kan.
2) Spend duit untuk Mak Ayah lebih dari yang kita nak, walau mereka tak minta. Takkan zakat 2.5%, Mak Ayah kita pun layak banyak tu je.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ. قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]
3) Spend masa untuk bersenam. Kalau dah biasa masa muda, dah tua lebih mudah.
4) Jangan percaya cakap kawan, masa muda enjoy, tak payah jaga makan. Orang umur 35 mati sakit jantung pun ada.
5) Jangan lupakan Al Quran. Bacalah walau satu page sehari. Jangan sampai Allah tak nak dengar suara kau tu baca ayat Dia.
6) Kawan biar beribu, betul. Tapi kalau kawan tinggalkan kau bila kau susah, maafkan dia tapi jangan lupakan dia sampai mati.
7) Kawan yang tetap ada masa susah, kenang jasa dia sampai syurga. Doakan dia dalam diam.
8) Hargai pasangan yang baik. Itu rezeki Allah PALING BESAR untuk kau.
9) Berbelanja tak salah tapi simpanan jangan lupa.
10) Jaga-jaga gaya hidup nak impress orang. Tanya dalam hati, nak redha Allah ke, ke redha manusia.
Ekstra nasihat :
Masa umur 25, ada anak tapi asyik kerja, kerja, kerja. Tahu-tahu anak dah besar. Mujur anak masih nak rapat dengan kita sekarang. Adik-adik yang dah ada anak, habiskan lah lebih masa dengan anak-anak sekarang. Masa adalah perkara paling berharga yang kita boleh beri pada anak.
Yang benar,
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
40 tahun.
Waktu untuk berubah.
Musim hujan begini, pastinya tidak terlepas daripada demam dan selesema. Terutama bagi mereka yang mempunyai antibodi tak kuat. Jika anak-anak anda jenis yang sukar nak makan ubat, pasti ini mendatangkan masalah.
Susu kunyit salah satu kaedah tradisional yang dikongsikan oleh Sue Bertley menerusi laman facebooknya bagi menghilangkan batuk, selesema atau penyakit ringan lain terutama yang melibatkan saluran pernafasan. Mungkin kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu praktikkan kepada anak-anak yang tak suka makan ubat.
Jom cuba:
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung atau susu Farm Fresh/GoodDay/ DutchLady)
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (optional)
Cara-cara:
Didihkan sedikit air dalam periuk.
Tumbuk isi kunyit hingga hancur dan perah jusnya.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu dan kacau hingga sedikit berbuih. Ambil sedikit serbuk Lada Hitam, masuk dalam susu tu.
Kacau seketika, kemudian, masukkan jus kunyit. Setelah sebati, tutup api.
Tip tambahan
Masukkan madu sebagai perasa
Langkah berjaga-jaga:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami-suami selalu perasan tak isteri kita selalu mengadu sakit badan, sengal-sengal pada bahu dan badan? Kalau isteri anda selalu alami masalah ni, ada baiknya anda sebagai suami lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa sakitnya.
Sesekali ringankan tulang untuk urut isteri kita. Bukan hanya redakan redakan tekanannya tetapi juga boleh buang angin dan lancarkan sistem dalaman tubuh.
Kalau lebih rajin lagi, suami boleh tolong sediakan jamu manjakani homemade ni di rumah. Senang sahaja cara nak buatnya. Gentel-gentelkan sahaja. Manjakani yang baik untuk dalaman wanita ini membantu membuang angin dan menghilangkan rasa sakit badan. Jadi jom sediakan jamu ini untuk isteri kita.
Perkongsian cara hendak membuat jamu ini dikongsikan oleh saudari Ida Shahida di facebooknya. Jom kita cuba.
Bahu yang terasa berat, belakang rasa pedih-pedih dan sengal. Badan anda mungkin banyak angin. Selain melakukan urutan, boleh juga cuba jamu manjakani ni sebagai cara alternatif bagi menghilangkan rasa sakit badan.
BAHAN-BAHAN:
5 biji manjakani
2 inci halia
1 sudu makan halba
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMBUATNYA:
1. Tumbuk manjakani sampai halus.
2. Masukkan halba dan tumbuk lagi sampai halus.
3. Kemudian masukkan lada hitam. Tumbuk lagi.
4. Seterusnya masukkan halia dan bawang putih. Tumbuk sampai lumat dan sebati.
5. Akhir sekali, ambil secubit bahan tumbuk tadi dan gentelkan bulat. Keringkan.
6. Bila sudah kering, bolehlah makan dan amalkan setiap hari.
Jamu ini boleh dimakan 1 hingga 2 biji sehari.
Selamat mencuba
Kredit: Ida Shahida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di