Pengalaman merasai kesakitan hingga menyebabkan kesan yang serius tentunya akan memberi impak kepada diri seseorang. Begitu juga kisah seorang anak muda ini apabila terus nekad untuk berhenti menghisap pod (rokok elektronik) apabila paru-parunya mengalami kebocoran yang memaksa ditebuk serta merta!

“Apa yang berlaku membuatkan saya serik dan menjadi titik permulaan untuk berhenti menghisap pod (rokok elektronik),” kata Faizin Azmi.

Kisah Faizin telah mendapat perhatian selepas dia berkongsi pengalamannya dimasukkan ke hospital  hingga dadanya ditebuk menerusi Twitter.

“Kerana Pod, Dada Saya Ditebuk…”- Anak Muda Ni Kongsi Padah Hisap Pod, Jadikan Iktibar!

Memetik berita yang dikongsikan myMetro, difahamkan Faizin, 24, kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas mengalami ‘spontaneous pneumothorax’ atau paru-paru bocor mengejut kesan ketagihannya terhadap pod.

Mengimbau kembali di hari kejadian, ujarnya “Kira-kira jam 9 pagi kelmarin (Khamis), saya terjaga daripada tidur dan ke tandas. Ketika itu, saya berasa dada sempit dan ingatkan terseliuh otot (muscle sprain) jadi sapu minyak angin tetapi sempat beritahu emak sebelum tidak sedarkan diri.”

“Selepas terbangun, hari sudah petang dan saya sedar dada sudah ditebuk dan dipakaikan tiub pada badan. Apa yang saya ingat ketika itu adalah saya dipakaikan alat bantuan pernafasan dan dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke hospital sekarang,” katanya.

“Kerana Pod, Dada Saya Ditebuk…”- Anak Muda Ni Kongsi Padah Hisap Pod, Jadikan Iktibar!

IKLAN

Faizin berkata, keadaannya kini bertambah baik cuma masih perlu berehat dan mendapat rawatan di hospital. Dimaklumkan juga di dalam wad, dia ditemani ibubapanya.

Tinggi, Kurus & Perokok Tegar Berisiko Alaminya

“Menurut doktor, pneumothorax berlaku akibat cecair daripada pod yang saya hisap tersumbat di dalam paru-paru dan mereka yang tinggi, kurus dan perokok tegar adalah individu berisiko mengalaminya.

Saya akui seorang penghisap pod tegar dan menjadikannya (pod) alternatif selepas berhenti merokok kira-kira tujuh tahun lalu.

IKLAN

“Pernah juga terfikir untuk berhenti sebelum ini namun agak sukar kerana saya sendiri sudah merokok sejak berusia 14 tahun jadi sudah lama ketagih.

“Apa yang berlaku ini mungkin ada hikmahnya dan saya bersyukur diberi peluang kedua oleh Allah untuk hidup. Semoga ia menjadi asbab saya berhenti (menghisap pod) buat selamanya,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Heriot-Watt, Putrajaya di akhir perbualan.

Sumber : Twitter :@FaizinAzmi & myMetro

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Kerana Pod, Dada Saya Ditebuk…”- Anak Muda Ni Kongsi Padah Hisap Pod, Jadikan Iktibar!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI