Berinai bukan sahaja untuk pengantin, bahkan kita kaun wanita ini tidak dinafikan suka sangat berinai kuku untuk nampak cantik.
Selain itu penggunaan inai daun dikatakan bukan sahaja warnanya lebih menarik, malah kekal lama bahkan bagus untuk merawat masalah kuku.
Oleh itu, untuk yang ada menanam pokok daun inai, rupa-rupanya ada proses yang kita boleh buat untuk membuat stok daun inai agar dapat disimpan lama.
Cara ini juga dalam masa yang sama dapat memudahkan untuk dipakai pada bila-bila masa dengan terjamin warna inai tersebut lebih cantik dan elok warnanyanya.
Nak tahu lanjut, begini cara yang dikongsikan oleh Dell Desi. Jom semak untuk kita tambah ilmu.
Alhamdulillah.. Di buat sewaktu pkp bermula.. Siapa yang ada daun inai terlalu lebat daunnya, boleh lah di buat begini.. Proses mengambil masa anggaran 3 minggu ikut cuaca. Caranya mudah saja..
Ads
Petik daunnya dan keringkan di tempat redup dan kering.. Jgn sekali terkena matahari.. Keringkan sehingga daun betul2 kering..
Dh kering , ayak kan. Cari mata pengayak yg kasar. Agar daun yg halus2 gugur dan buang.
Ads
Ambil daun yg besar2 je utk kualiti warna yg cantik pada kuku.. Setelah ayak , kisar kan dgn pengisar kering.
Selepas di kisar , ayak lagi. Ambil serbuk yg halus dan buang yg kasar2 dan tulang daun.. Dah siap.. Simpan di suhu bilik utk tempoh yg lama. Boleh juga di jual jika suka..
Cara utk mendapatkan inai yg cantik dan menarik warnanya , satukan serbuk inai bersama air teh pekat.
Teh timbang kilo sgt sesuai atau mana2 serbuk teh. Kalau jenis uncang , beli yg jenis kaw2.. Di gaul bersama sedikit nasi yg di lenyek dan sedikit limau kasturi..
Guna semalaman atau sehingga mendapat warna yg di inginkan.. (Inai ini adalah cara2 org dulu2 guna inai) yg x sanggup buat , beli je yg segera.
Air Fryer cukup memudahkan urusan ibu-ibu di dapur. Bukan itu je, ia juga menjimatkan masa selain dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Tetapi selepas digunakan pasti kena cuci bersih-bersih kan.
Inilah masalah yang ibu-ibu hadapi apabila menggunakan Air Fryer di rumah. Terutama sekali selepas memanggang ikan atau ayam.
Bahan masakan yang melekat menyukarkan ibu-ibu nak mencuci.
Jom baca perkongsian dari puan Huda Zainal cara mencuci air fryyer dengan mudah.
Benda paling azab nak cuci dekat dapur, bonda rasa cuci air fryer. Especially lepas panggang ayam. Aduh dia punya melekat tu memang susah nak tanggal. Lepas tengok youtuber Melissa Maker deep clean oven dia. Terus tercetus idea nak cuba dekat air fryer ni. Subhanallah, cuma dengan guna cuka. Seriously senang yang amat. Tak adalah istilah tangan sado nak menyental.
Bonda guna cuka dan span cuci pinggan je dekat kerak-kerak wiring rack tu. Cepat je tertanggalnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila usia dah mencecah separuh abad, kedutan di wajah dan keadaan fizikal sudah mula terbatas ekoran sakit sendi dan sebagainya akan mula dialami.
Namun, ada selebriti tempatan yang sudah berusia hampir 50 tahun tetapi masih kekal awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.
Bukan sahaja daripada segi rupa, tapi fizikal pun masih bertenaga dan masih mampu nak bergelar teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas.
Apa agaknya rahsia mereka? Jom kita bongkar..
Maria Farida
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, model dan ahli perniagaan, Maria Farida.
Maria Farida yang berdarah kacukan memulakan kerjaya seninya menerusi filem berjudul Bisikan Cinta pada 1995.
Selepas itu, namanya mula menjadi perhatian dan mula dihujani dengan tawaran lakonan.
Maria mendedahkan rahsia awet mudanya iaitu sentiasa menjaga kesihatan, tidak merokok, berfikiran positif dan jangan kuat mengumpat!
Ziana Zain
Penyanyi yang memiliki vokal tinggi, Ziana Zain boleh dikatakan antara selebriti yang tampak muda berbanding usianya.
Memiliki empat orang anak, Ziana sehingga kini masih aktif dalam bidang nyanyian. Selain wajah yang tidak banyak berubah, vokalnya juga kekal sama dan masih mampu mencapai nada tinggi dengan sempurna.
Pernah ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan, Ziana mengakui dia mengamalkan petua-petua lama antaranya, tidak minum minuman berais, minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi dan mengurangkan pengambilan nasi.
Amy Mastura
Seorang lagi selebriti yang kekal awet muda pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah.
Dedah bintang filem Puteri Impian itu, rahsia untuk kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Amy juga kekal bersikap menceriakan suasana dengan lawak secara spontan sehingga ke hari ini.
Rozita Che Wan
Pada usia 49 tahun dan memiliki tiga orang anak, termasuk si sulung yang mencecah usia 26 tahun, dramatis Rozita Che Wan atau Che Ta kelihatan muda berbanding usianya.
Selain gaya fesyen yang sentiasa ‘trendy’, Che Ta juga mengamalkan petua untuk kekal langsing dan tampak muda. Antaranya, makan nasi sebesar penumbuk dua kali sehari dan lebihkan sayur-sayuran.
Bukan itu sahaja, Che Ta juga rajin memanjakan diri di rumah dengan melakukan lulur dan rawatan wajah menggunakan bahan secara semula jadi seperti kuning telur.
Nasha Aziz
Pelakon dan supermodel terkenal Nasha Aziz antara selebriti yang sering mendapat perhatian. Masakan tidak, pada usia 51 tahun, Nasha masih laris sebagai pelakon dan kekal menjadi pilihan utama pereka fesyen di pentas peragan.
Ramai yang menyangka kecantikan bintang filem Talbis Iblis itu bertahan kerana dia tidak pernah berkahwin, namun hakikatnya Nasha banyak berkorban demi mengekalkan ‘keremajaannya’.
Selain menjaga kesihatan diri, Nasha mempunyai banyak pantang larang antaranya, hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan begitu jarang mengambil nasi.
Sheila Majid (57 tahun)
Penyanyi kecil molek, Datuk Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid juga antara yang masih kekal muda sehingga kini.
Bakat Shiela mula dikesan penerbit, Roslan Aziz pada 1982 dan penyanyi itu mengambil masa selama tiga tahun sebelum keluar dengan album pertama berjudul Dimensi Baru.
Selain menyanyi, Sheila juga pernah berlakon dalam filem Ali Setan dan membawa watak Tipah. Dialog ‘Tipah tertipu bang, tipah tertipu’ cukup diingati sehingga dijadikan lagu oleh kumpulan Ruffedge.
Tidak mengambil sarapan berat dan sentiasa bersenam menjadi rahsia awet muda yang diamalkan Ratu Jazz ini.
Tidak malu berkongsi cerita mengenai pengambilan jamu sejak kecil lagi, akui Tya Ariffin yang merupakan isteri kesayangan Asyraf Khalid ini, ibunya sudah ‘memaksa’ dia mengambil jamu sejak berumur 6 tahun lagi. Sementelah kedua orang tuanya adalah penjual jamu di Palembang. Tetapi jamu untuk kanak-kanak tidak sama seperti untuk orang dewasa.
“Ayah saya adalah penjual jamu manakala ibu pula pengamal tegar jamu. Jadi, kami adik-beradik memang harus makan jamu sejak dari kecil lagi. Dulu, saya selalu lihat ibu buat sendiri rumusan jamu dan paksa saya makan sejak umur enam tahun sampailah sekarang,” ujar Tya lagi yang kini mengeluarkan produk jamu Mutyara Beauty.
Biar baru berusia 24 tahun, namun bagi Tya penampilan dan penjagaan diri harus bermula dari awal lagi. Justeru, pemilihan produk jamu adalah atas minat dan juga melihat potensi produk berkenaan.
“Mungkin orang lihat produk yang saya pilih berbeza dengan kebanyakan selebriti lain yang lebih gemar memilih produk komersial seperti tudung, minyak wangi dan kosmetik. Saya mahu mengubah skeptikal golongan remaja dan wanita moden hari ini yang melihat jamu hanya sesuai untuuk wanita berusia semata-mata.
“Jika dahulu, ibu-ibu yang memakan jamu terpaksa menyediakan sendiri ramuan . Selepas dicampur, ditumbuk, dikisar dan dikupas secara tradisional. Tetapi untuk produk ini, saya modenkan dan tukar dalam bentuk cecair selain dijual dengan harga mampu milik bagi memudahkan wanita hari ini yang terlalu sibuk dengan kerjaya untuk mengamalkan jamu.
“Sebelum ini orang anggap jamu hanya untuk orang tua dan wanita selepas bersalin sahaja. Tetapi mereka tak faham sebenarnya khasiat semula jadi jamu bagus untuk semua wanita tidak kira peringkat umur.
“Mutyara Beauty boleh diminum seawal usia berusia 16 tahun, anak dara, ibu muda dan semua wanita yang mementingkan penjagaan dalaman dan menghargai diri serta orang tersayang,” kongsinya sambil mengakui belum terfikir untuk hamil lagi memandangkan anaknya, Arif masih memerlukan perhatian dan mahu melihat dia membesar dan matang sebelum menambah anak lain.
Cukup rapat dengan anaknya, tidak hairanlah ke mana sahaja Tya pergi pasti akan ada Arif Jiwa Asyraf disisinya.
“Arif masih menyusu badan, jadi sukar untuk berenggang dengan saya. Sebab itulah saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Tidak ada masalah dalam merancang masa bersamanya. Malah lebih mudah bisnes sendiri kerana masa itu kita boleh rancang sendiri.
“Soal bahasa pertuturan, kalau diikutkan Arif lebih kepada bahasa Indonesia kerana pembantunya juga dari sana. Manakala Asyraf lebih suka berbahasa Melayu dan Inggeris manakala saya pula bahasa Indonesia.
“Tapi bagus juga sebab Arif boleh belajar banyak bahasa termasuklah bahasa Jawa dan sebagainya. Tetapi pada saya, kami mahukan yang terbaik untuk keluarga dan bersyukur dengan apa yang kami peroleh. Jadi, jalani kehidupan seadanya.
“Malah saya dan suami tidak pernah memaksa Arif sebaliknya apa yang dikongsi di Instagram itu adalah keletah dia yang dirakam secara semula jadi. Saya tidak paksa dia untuk senyum atau buat perkara yang dia tidak mahu,”jelas Tya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...