Keringkan Daun Parsley Begini Caranya, Barulah Boleh Di Simpan Lama!

Share

Daun parsley ini antara herba yang paling popular di negara barat berbanding daun sup. Ianya banyak digunakan dalam masakan Itali seperti pasta dan spagetti serta sebagai hiasan sajian yang istimewa.

Manakala aromanya yang segar  memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.

Salmon Grill

 

Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.

Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di rumah.

Namun bagi kita yang sekali sekala menyediakan masakan Barat sepertinya itu, apa perlu dibuat jika terdapat lebihan daun parsley ini?

Ketahui cara terbaik untuk menyimpannya sebagaimana yang dilakukan oleh Mamak Haji  di dalam facebooknya yang sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!


Langkah Demi Langkah

1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.


 

2. Cuci dan keringkan seketika.


 

3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.


 

4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


 

IKLAN