“Kerja Tempat Tinggi, Mak Ayah Risau…”- ‘Iron Lady’ Kongsi Cerita Antara Kerjaya & Keluarga, Buat Ramai Terinspirasi!
Wanita juga boleh menjalankan tugas yang baik dalam pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh lelaki. Ini tidak mungkin boleh disangkal lagi, apatah lagi bila baru-baru ini viral di media sosial berkenaan satu video TikTok yang dikongsikan dengan menunjukkan NDT Technician wanita menjalankan tugas menukar lampu di puncak Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah keberanian dan ketenangan wanita tersebut yang digelar sebagai ‘iron lady’, rata-rata berpendapat bahawa tugas itu agak bahaya serta berisiko tinggi untuk dilakukan oleh orang perempuan.
Bukan itu saja, dari video yang dikongsikan itu juga menampakkan wanita berkenaan dengan selamba melambai ke arah drone yang merakam proses kerja-kerja pembaikan menara tersebut.
Sukakan cabaran, Dulu Takut Tempat Tinggi
Mengenali lebih dekat wanita hebat ini bersama KELUARGA, rupa-rupanya ‘Iron Lady’ atau nama sebenarnya Normalia Sidek ini bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki yang comel, kini berusia 3 bulan.
“Kerja saya bermula dengan hobi, saya suka memanjat tebing. Awalnya saya kerja bidang fesyen dan kemudian tukar bidang ke rope access technician. Kemudian saya upgrade bidang saya daripada technician kepada inspector dalam non destructive testing (NDT).
“Sebenarnya diri saya sukakan cabaran, meskipun hakikatnya saya dulu seorang yang penakut. Jadi saya kerja dalam bidang ni saya dapat lawan dengan rasa takut di tempat tinggi.
“Dulu 3 tingkat pun dah gayat. Tapi bila saya hari-hari bermain di tempat tinggi, ianya sudah jadi biasa. Sekarang saya dah tak fikir takut tapi lebih fikir hendak siapkan kerja cepat,” ceritanya panjang lebar.
Akui Keluarga Risau
Apabila diajukan soalan berkenaan penerimaan awal ibu ayah bila anak gadis mereka membuat pilihan kerjaya yang nyata punya risikonya besar apabila setiap hari berada di tempat tinggi, ini jawabnya.
Ads
“Saya ingat lagi mula-mula dulu, ya keluarga risau dengan bidang kerja yang saya lakukan ini. Apa tidaknya penuh berisiko, tapi alhamdulilah famili akhirnya faham apa yang anak dia nak buat dalam kerjayanya. Cuma sampai ke hari ini famili selalu berpesan untuk kerja berhati-hati”.
“Manakala suami, alhamdulillah dia seorang yang supportive. Tiada halangan daripadanya apatah lagi kami bekerja di dalam bidang yang sama. Soal membahagikan masa antara menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan isteri pula tidak menjadi masalah.
“Memandangkan saya bekerja secara freelance jadi masa saya yang arrange. Alhamdulilah masa dapat diurus dengan baik. Jika ada keadaan tak diduga, misal kata anak kurang sihat ke atau sebagainya, jadi saya atau suami boleh bergilir-gilir menjaganya.
“Saya juga bersyukur saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang positif . Walaupun bekerja di dalam team yang didominasi oleh kaum lelaki tapi,kawan-kawan amat supportive. Ini secara tidak langsung menjadi kerja yang saya lakukan ini menyeronokkan saya,” ceritanya lagi.
Berkongsi lanjut, ibu muda ini turut berpesan kepada anak remaja yang berminat dengan pekerjaan sepertinya untuk dijadikan kerjaya pilihan.
“Saya sarankan bolehlah terlebih dahulu mengambil lesen certificate (IRATA). Kemudian terus maju ke hadapan dan cari circle yang positif . Banyak cabang boleh dikembangkan dalam bidang rope access dan salah satunya rope access banyak digunakan di plantar minyak offshore yang pastinya menjanjikan pendapatan yang lumayan buat mereka,” ujarnya ikhlas dengan bersemangat diakhir perbualan.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebahagiaan rumahtangga, semuanya bermula dari suami isteri. Bagaimana mereka mencorakkan hubungan mereka supaya kekal sweet walaupun pelbagai rintangan yang perlu dilalui.
Sedangkan nak berjaya pun perlu menuntut ilmu, apatah lagi untuk perkukuhkan lagi keluarga kecil yang dibina, sememangnya perlu juga ilmunya. Semak apa 4 sifat yang perlu ada untuk suami isteri seperti yang dikatakan oleh Ustaz Wan Akashah dalam Keluarga Talk bertajuk “Dah Lama Kahwin Tetap Sweet”.
“Niat kita berkahwin tu bukan hanya untuk sementara waktu. Tapi niat tu ialah kita nak membawa isteri & anak kita sampai ke Syurga.
“Sebab tu biar kita sweet sampai kita meninggal.. Kerana itu bila kita ada wanaitu niat begitu untuk membentuk keluarga yang bahagia,keluarga yang sweet dengan sendirinya akan membawa sampai kita hilang nyawa..
“Kerana itu kadang-kadang kita lihat pasangan baru berkahwin bila nawaitu/niat tak betul, dia akan separuh jalan sahaja. Bila ada krisis dalam rumahtangga itu biasa,ujian dan cabaran itu biasa, Akan berlaku cabaran daripada anak, ujian daripada anak, ujian dari suami, ujian dari isteri, ujian dari jiran tetangga, daripada keluarga suami/isteri, itu memang akan dihadapi oleh semua pasangan.” katanya dalam video tersebut.
Sebab itu pentingnya kita ada empat sifat ini untuk kekal sweet :-
#1 Sentiasa memaafkan pasangan kita- Sentiasa amalkan sifat
#2 Sabar- apa jua keadaan, kadang awal kahwin sebagalnya perfect, tapi dalam keadaan itu ada datangnya ujian lain, jadi sabar.
#3 Redha – Redha dengan ketentuan Allah SWT
#4 Sentiasa syukur
Tambah ustaz lagi, kalau sifat ini ada pada suami, InsyaAllah, sweet till Jannah.
Boleh tonton video penuh Keluarga Talk episod bersama Ustazah Siti Bahiyah & suaminya Ustaz Wan Akashah di bawah ini
Untuk yang tertanya-tanya siapakah wanita ini yang tandatangan suratcara pelantikan Perdana Menteri ke-8 #PM8 pagi hari ini. Dr Syahr Musafir menerusi facebooknya memuat naik sedikit perkongsian mengenai biodata wanita berkenaan.
Inilah Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.
Yang Amat Arif Tan Sri dilahirkan di Kota Bharu, #Kelantan pada 02 Julai 1959.
Pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah.
Mesra dipanggil Mak Ku.
Adalah wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019.
Menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.
YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. #DaulatTuanku
Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.
Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):
“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),”
Sejak kebelakangan ini, isu suami berkahwin dua menjadi bualan hangat di media sosial dalam kalangan warganet. Ianya juga menjadi isu yang sensitif dikalangan masyarakat mahupun artis apabila seorang demi seorang artis membuat pengakuan bahawa ramai yang ‘mencuba’ suami mereka.
Rentetan daripada itu, pelakon pelakon Namron telah berkongsi pengalamannya pernah didekati oleh wanita lain ketika berhubungan dengan isterinya.
Mengulas lanjut, Namron menegaskan bahawa dirinya tidak gemar untuk memiliki dua wanita dalam hidupnya kerana dia akui tidak mampu.
Sekaligus, Namron menyangkal ayat yang menyatakan ‘lelaki semua sama’.
“Sekarang kan banyak isu yang orang kata lelaki ni semua sama saja, kalau nak bermadu semua lelaki suka nak beristeri dua.
“Saya cuma nak katakan bukan semua lelaki macam itu. Ramai lagi lelaki yang memilih untuk seorang dah cukup. Saya salah seorang yang macam itu, sebab saya rasa saya tak mampu untuk ada dua orang dalam hidup saya. Seorang itu dah cukup dah untuk saya. Tak perlu ada dua orang. Itu pandangan peribadi saya,”
Malah, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan menyifatkan bahawa poligami atau bersikap curang itu adalah pilihan.
“Saya tak setuju sebab saya tak macam itu dan benda ini semua adalah pilihan kita. Ada orang dia nak macam tu (poligami), mungkin dia ada sebab dia. Bagi saya pula, saya tiada sebab untuk saya ada dua atau tiga atau empat orang isteri,” ujarnya.
Menurut Nomron, pandangannya ini adalah disebabkan pengalaman yang dilaluinya di mana berdepan dengan penceraian ibu dan bapanya sejak kecil.
“Mungkin… saya ada sejarah hubungan ibu bapa saya bercerai waktu saya kecil lagi. Krisis rumah tangga diorang berpisah dan saya hidup dalam family yang macam tu. Jadi, saya hidup dengan mak saya sebab tak dapat daripada kasih sayang seorang ayah.
“Saya dapat rasa ada banyak benda yang tak best sepanjang saya membesar. Saya kenal ayah saya dah umur 17 tahun, baru saya jumpa balik. Itupun sebab saya pergi cari dan sepanjang saya membesar saya tak dapat kasih sayang, perhatian dan tak faham apa itu kasih sayang seorang ayah.
“Sampai saya nak berkahwin, nak ada anak pun saya takut. Mampukah saya nak jadi seorang ayah? Sebab saya tak ada ilmu dan tak ada contoh untuk saya belajar,” jelas Namron.
Sehubungan itu, Namron menganggap isterinya itu adalah kurniaan Allah atas doa yang dimintanya dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik mungkin.
“Saya dapat isteri saya ini, Allah bagi sebab saya minta. Saya ada teman wanita tapi putus, asyik tak serasi ja dengan perempuan. Sampai saya minta setiap kali solat untuk bagilah aku seorang perempuan yang mana aku sayang dan cinta dia serta dia juga sama. Minta betul-betul sampai menangis saya minta.
“Tuhan hadirkan isteri saya dalam hidup saya. Saya memang nampak bahawa ini adalah pemberian Allah pada saya sebab saya berjanji kalau saya dapat seorang perempuan seperti yang diminta, saya akan menjaga dia, takkan tinggalkan dia, akan jaga sebaik-baiknya,” kongsinya lagi.
Semoga pandangan Nomron ini membuka mata para lelaki di luar sana yang cuba untuk berpoligami.