Bagi orang yang kreatif, memang ada saja idea untuk hasilkan sesuatu. Kadang-kadang bila tengok kerusi terbuang pun sudah boleh mendatangkan sesuatu idea yang hebat. Macam wanita ini, hasilkan sofa kayu dengan menggunakan kerusi makan yang dibuang orang. Ikuti perkongsiannya.
“Saya jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang sudah buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
Beli kain, spray clear dan span (span tu saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping), stepler, kayu, paku, tukul besi dan gergaji.
Cara Buat:
Langkah 1 :Ambil kerusi yang rosak dan buangkan spannya.
Langkah 2 : Potong bahagian tempat duduk seperti di dalam gambar.
Langkah 3 : Buat untuk 2 kerusi dan letakkan pada kedudukan seperti di dalam gambar.
Langkah 4:
Ads
Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7 :
Ads
Langkah 8:
Langkah 9 :
Langkah 10 & 11 :
Ads
Langkah 12:
Siap!
Ekstra Info
Menarik idea ini bukan? Oleh itu, kalau ada kerusi makan yang sudah patah atau rosak, jangan terus dibuang tapi boleh praktik idea ini. Super kreatif dan jimat!
Sumber : Mastura Mohd Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim cuti sekolah ini apa kata mak ayah dedahkan anak dengan pelbagai eksperimen sains yang besar manfaatnya buat anak-anak kecil kita.
Selain mengasah daya kreatif anak-anak, percubaan sebegini buat anak lebih berani malah membantu anak lebih berdaya saing sehingga ekperimen yang dijalankan berhasil.
Jadi ini antara eksperimen yang boleh dicuba buat anak-anak di rumah. Bantu mereka jadi berani dan kreatif.
Berikut adalah beberapa eksperimen sains yang seronok dan mudah untuk anak berumur 7-10 tahun. Setiap eksperimen ini menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah:
1. Volcano Mini (Gunung Berapi Mini)
Bahan-bahan:
Baking soda
Cuka
Pewarna makanan (optional)
Bekas kecil (seperti botol atau cawan)
Cara-cara:
Letakkan baking soda ke dalam bekas kecil.
Tambahkan sedikit pewarna makanan jika mahu.
Tuangkan cuka ke dalam bekas yang mengandungi baking soda dan lihat “letupan” berwarna yang terjadi.
Apa yang berlaku: Reaksi kimia antara baking soda (sodium bikarbonat) dan cuka (asid asetik) menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan buih “letupan” keluar dari bekas.
2. Slime DIY (Slime Buatan Sendiri)
Bahan-bahan:
Gam putih (PVA glue)
Bicarbonate soda (baking soda)
Penyelesaian salin (saline solution)
Pewarna makanan (optional)
Cara-cara:
Campurkan gam putih dengan sedikit pewarna makanan dalam mangkuk.
Tambahkan sedikit baking soda dan kacau hingga sebati.
Akhirnya, tambah penyelesaian salin sedikit demi sedikit dan teruskan kacau hingga slime terbentuk.
Apa yang berlaku: Penyelesaian salin membantu mengubah tekstur gam menjadi slime yang kenyal dan boleh dimainkan.
3. Eksperimen Magnet dan Logam
Bahan-bahan:
Magnet
Pelbagai jenis bahan (kertas, plastik, logam seperti paku, duit syiling, dan lain-lain)
Cara-cara:
Ambil magnet dan cuba tarik objek-objek yang berbeza.
Anak boleh cuba mengasingkan bahan yang boleh ditarik oleh magnet (logam) dan yang tidak boleh (seperti plastik atau kayu).
Apa yang berlaku: Magnet hanya akan menarik bahan yang mempunyai sifat magnetik, seperti logam besi dan keluli.
4. Labu Terapung (Floating Pumpkin)
Bahan-bahan:
Labu kecil atau buah oren
Air
Garam
Cara-cara:
Isi mangkuk besar dengan air.
Letakkan labu atau buah oren ke dalam air dan lihat sama ada ia terapung.
Kemudian, tambah garam sedikit demi sedikit ke dalam air dan lihat apa yang berlaku pada labu tersebut.
Apa yang berlaku: Apabila garam ditambah, kepadatan air meningkat, menyebabkan labu terapung lebih tinggi kerana air menjadi lebih padat.
5. Tiang Air (Water Pillar)
Bahan-bahan:
Air
Pewarna makanan
Satu gelas dan beberapa bekas kecil
Penyedut minuman
Cara-cara:
Isi beberapa bekas dengan air berwarna menggunakan pewarna makanan.
Gunakan penyedut minuman dan letakkan di dalam gelas, kemudian ambil air dari bekas lain dan lihat bagaimana air berpindah melalui penyedut.
Apa yang berlaku: Ini menunjukkan konsep “capillary action” atau tindakan kapilari di mana air bergerak melalui saluran sempit (seperti penyedut minuman).
Sabun pencuci pinggan
Air
Minyak bayi
Tiub buih (bubble wand)
Cara-cara:
Campurkan air dengan sedikit sabun pencuci pinggan dan sedikit minyak bayi untuk menghasilkan buih yang lebih tahan lama.
Embunkan tiub buih di luar rumah dalam cuaca sejuk dan cuba buat buih. Lihat bagaimana buih boleh beku di udara jika suhu cukup rendah.
Apa yang berlaku: Di dalam cuaca yang sangat sejuk, buih akan membeku dan menghasilkan bentuk kristal ais yang menarik.
Eksperimen-eksperimen ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang sains dengan cara yang praktikal dan menyeronokkan!
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelazimannya apabila kita nak memasuki rumah kita mesti tahu ada adab yang tidak boleh dipandang ringan.
Ustaz ini memberi panduan adab untuk masuki rumah atau rumah baru.
Ikuti perkongsianya.
Pagi ni saya nak share 5 adab bila kita masuk ke rumah yang baru kita diami.
Kena ambil tahu benda ni, terutamanya bagi yang nak pindah ke rumah baru.
Kebetulan pagi ni pun, ada seorang kenalan minta buat ‘apa-apa’ yang patut sebab dia dan keluarganya tak lama lagi akan naik rumah baru.
Pertama : Memberi salam.
Abdullah bin Umar pernah berkata :
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.
“Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah; Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin – Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.”
Kedua : Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka pintu rumah.
“Apabila seseorang masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata; Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’
Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.”
Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.
“Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarah”.
Hadis Riwayat Muslim (780).
Keempat : Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah.
“Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah.
Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.”
Hadis Riwayat al-Bazzar.
Kelima : Membaca Bismillah apabila menutup pintu rumah.
“Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).”
Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya.
Itulah 5 adab yang sangat bagus la kalau kita boleh amalkan bukan saja masa nak masuk rumah baru, tetapi juga setiap kali kita masuk ke rumah kita, duduk di rumah dan bila nak keluar dari rumah.
Kredit: Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perampas suami orang dalam kehidupan kita memang wujud. Jangan kata dalam drama sahaja, realitinya banyak kes yang semacam ni bertebaran di sekeliling kita.
Suami atau perampas, sama-sama bersalah dalam hal ini. Drama Jangan Benci Cintaku yang bersiaran setiap petang ternyata amat menyentuh naluri seorang isteri.
Watak ‘ Husna’ dipersalahkan bulat-bulat. Tulisan wanita ni, Nieza Termizi, memang padu. Banyak benarnya. Bagi yang dah mula terjatuh hati pada suami orang sila baca ni. Cepat-cepat sedar diri.
Sejak tak ada TV hampir 4 tahun lepas, saya dah jarang layan drama. Kadang-kadang mengganggu emosi sampai boleh masuk ke dunia sebenar kita.
Minggu lepas bersepah cerita pasal ‘Husna’ si perampas suami orang di medsoc. Saya pun buat sedikit homework. Cerita apa ni? Haha..
Kawan-kawan,
Memang wujud ‘Husna’ di dunia sebenar.
Jangan terkejut kalau ada ‘Husna’ yang kata,
“Allah yang datangkan perasaan sayang aku ni pada suami orang. Perasaan ni wujud sebab Allah yang bagi”
Astaghfirullah..jika begini alasan, saya yang bukan ustazah ni menyangkal sungguh-sungguh. Mengapa sandarkan perasaan yang wujud untuk suami orang itu dari Allah SWT? Bukan dari hawa nafsu sendiri atau dari hasutan syaitan kah?
Ya..memang Allah yang wujudkan perasaan cinta. Tetapi bukan semua yang kita perlu ‘layan’ itu benar. Ada yang datang dalam bentuk ujian. Apabila rasa yg datang itu salah secara fitrah, maka ia pasti akan ditambh hasutan iblis. Kalau kita tahu mana yang betul mana yang salah, kita tak akan ikut sewenang-wenangnya “rasa hati” yg sudah ditambah rencah oleh iblis laknatullah.
Allah izinkan semua perkara yang berlaku atas muka bumi ini. Yang baik dan yang buruk. Tapi setiap satunya adalah pilihan kita. Nak ikut nafsu atau nak ikut iman.
Jika benar, semua perkara maksiat akan disandarkan pada takdir Allah. Sama seperti golongan LGBT atau suka kaum sejenis.
“Allah yang wujudkan perasaan ni pada kami. Semua berlaku sebab Allah yang bagi”
Begitukah?
Sedangkan Allah dah bagi garis panduan. Yang halal tu jelas. Yang haram itu juga jelas.
Saya pernah dengar ceramah ustaz ketika saya di zaman remaja dulu. Ketika itu kita semua dibayangi indahnya cinta monyet. Masih segar di ingatan saya sampai sekarang. Ustaz kata,
“Perasaan cinta dan sayang kamu pada girlfriend/boyfriend itu semua HARAM. Zina bukan hanya pada mata, tangan, mulut dan kaki. Tapi zina juga wujud dalam hati. Rasa cinta dan sayang yang halal hanya wujud selepas kamu sah menjadi pasangan suami isteri”
‘Husna’ tidak dapat lepaskan perasaan itu bukanlah kerana Allah yang bagi perasaan itu kekal dalam hatinya, tapi kerana tidak mahu mengakui perasaan yang wujud itu HARAM. Terus-menerus menurut hawa nafsu dan ikut perasaan.
Mintalah pertolongan Allah dalam urusan hati. Cepat-cepat istighfar dan taubat jika benar hati telah terpikat pada suami orang. Fitnahnya jauh lebih besar dan dasyat jika diteruskan. Lari jauh-jauh. Kalau boleh, sejauh kutub utara dan kutub selatan. Sejauh langit dan bumi.
Pesanan buat ‘suami orang’
Jangan mudah memaniskan bicara pada wanita bukan mahram mu. Kadangkala kita cuma mahu mengusik, mahu berbual, mahu kenal-kenal. Tak sedar, ada hati yang rasa diperlukan. Ada diri yang rasa diberi perhatian. Ada pula yang sedang memintal harapan dan menaruh impian.
Demi Allah, saya tidak menolak poligami.
Namun, periksa semula bagaimana cara yang sebetulnya mengikut sunnah nabi. Adakah dengan berhubungan di belakang isteri?Adakah betul dengan bermesej atau berdating secara sembunyi-sembunyi? Bila bertemu berdua maka adalah yang ‘ketiga’.
Berbincang dengan isteri. Adakah menjadi keperluan untuk berpoligami? Emosi isteri bagaimana? Kemampuan pula sudah diperiksa? Masa depan dan perasaan anak-anak sudah diambil kira?
Fuhh…membebel panjang pula saya pasal kisah ini. Harapnya tersampaikan apa yang terbuku di hati.
InshaAllah Husna Husna yang wujud dalam dunia saya semuanya baik-baik. Seperti maksud namanya juga