Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Keputusan itu dibacakan Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada 5,6,7,8 dan 9 Disember depan.
Terdahulu, Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, jam 9.15 pagi, dengan memakai baju kurung berwarna hitam dan tudung merah jambu.
Ads
Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lalu.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Ads
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Peguam-peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Ads
Hadir sama, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam, Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri punya cara tersendiri mencipta memori bersama. Begitu juga dalam menghargai dan memanjakan pasangan bagi membolehkan hubungan lebih erat.
Demikian juga dengan pasangan sama cantik sama padan Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri. Tidak dinafikan, setiap kali memuat naik gambar atau video bersama, kasih sayang antara mereka berdua cukup ketara. Sang suami sangat memanjakan isterinya, ada saja cara dilakukan.
Namun baru-baru ini Nedim atau nama sebenarnya Mohamed Nedim Mohd Nazri ini berkongsi sekeping gambar isteri kesayangannya itu sedang mengetip kuku kakinya.
Ingat lah wahai Isteri ku , Duniya ku …
Kalau ada terbau apa2 , Itu lah syurga mu sayang ❤️😁.
Demikian kapsyen yang dimuat naik Nedim sehingga mendapat reaksi ramai termasuklah isteri kesayangannya. Nora turut memberi komen dalam status suami kesayangannya itu.
Betullah tu apa yang Nora cakap, syurga isteri di tapak kaki suami. Tidak hairanlah, ramai yang memuji tindakan pelakon berusia 39 tahun itu dan turut berkongsi pengalaman yang sama.
Bukankah Nabi mengalakkn kita berbuat begitu?malah Nabi juga mengalakkn para isteri utk merapikan misai dan janggut suami.
Pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai perubahan dalam hidup. Kalau dulu hidup bermewah-mewah, namun kini terpaksa melakukan pelbagai kerja demi mencari sesuap nasi.
Kalau dulu, segalanya di depan mata, namun kini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkannya.
Kalau dulu hidup penuh glamor, anak seni yang mendapat jolokan Ratu Dangdut Malaysia ini terpaksa berniaga demi kelangsungan hidup. Bermula 29 Jun yang lalu, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin memberanikan diri memasak dan menjual nasi minyak dan nasi ayam berkenaan bagi menambah pendapatan keluarga.
ibu tunggal kepada enam cahaya mata dalam pada itu tidak menyangka percaturannya untuk berniaga makanan tersebut menampakkan hasil. Amelina mula aktif mengiklankan cabang rezeki baharunya menerusi Instagram, nasi minyak versinya terdiri daripada lauk ayam masak merah, salad dan pecal timun.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza.
“Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut. Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha.
“Malah mujur peminat saya membantu. Merekalah beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order’. Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” katanya.
Akui Amelina lagi, tidak pernah terlintas dalam fikirannya suatu hari dia akan berniaga makanan hasil air tangan sendiri.
“Satu perkara yang saya tak pernah fikir adalah nak berniaga daripada ‘air tangan’ sendiri. Dahulu memang tiada keyakinan sebab selalu pegang mikrofon sahaja takut kalau pegang sudip tak sedap. Tapi, Alhamdulillah kata pelanggan yang rasa sedap nasi minyak, sesedap suara saya,” ujarnya lagi.
Paling mengharukannya apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi tetap berkeras nak membeli dan menyokong.
“Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Amelina berkata, buat masa ini dia hanya menetapkan Selasa untuk tempahan nasi ayam, manakala Khamis dan Jumaat pula nasi minyak.
“Setakat ini jadilah buka tempahan dua hari dalam seminggu. Itupun, rezeki saya sampat tak menang tangan.
“Saya pun berserah dalam hal berniaga. Allah sudah tetapkan rezeki masing masing.
“Apa yang lebih utama biarpun pek pembungkusan kedua jenis nasi ini biasa, apa yang lebih utama adalah rasa. Biar berbaloi beli.
“Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini. Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
Menamakan jenis menu makanannya daripada judul lagu dangdut pernah dipopularkannya, Amelina mendedahkan yang dia memasak pada mulanya atas dasar mencuba nasib.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
“Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Amelina kini berjauhan dengan empat anaknya yang bersekolah dan tinggal bersama ibunya di Nilai, Negeri Sembilan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikuatkuasakan. Hanya dua anak tinggal bersamanya saat ini.
Sedekah juga perbuatan yang sangat disukai Allah S.W.T selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
Namun siapa sangka sedekah ini lebih berkat apabila diberikan kepada orang yang terdekat dengan kita termasuk isteri dan ahli keluarga.
Sebagaimana perkongsian saudara Taufiq Razif meluahkan terharu apabila isterinya mendoakan rezeki buat dirinya. Dia pada mulanya hendak memberi sedekah kepada pengemis tetapi tidak berjumpa dengan golongan itu. Akhirnya memberi kepada isterinya.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.
Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.
” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat “
Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :
” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri “
Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta. ” Nah duit sayang “ ” Eh kenapa abang? “
” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri “
Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak.
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!
Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri. p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...