Hati seorang bapa luluh apabila mengetahui anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini disiasat polis selepas didakwa membunuh rakan sekolah sendiri dalam kejadian tragis kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.
Bapa Suspek Tikam Pelajar Luah Kesedihan
Dalam temu bual bersama China Press, lelaki berusia 40 tahun itu mengakui masih sukar menerima hakikat bahawa anaknya mampu bertindak sedemikian. Menurutnya, remaja itu seorang yang pendiam dan lebih suka memendam perasaan.
“Saya tidak sangka dia mampu melakukan perkara seperti ini. Anak saya seorang yang pendiam dan introvert,” katanya sebak.
Bapa itu turut mengakui, tiada kata maaf yang mampu menebus kehilangan nyawa pelajar perempuan berusia 16 tahun itu.
“Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,” katanya lagi sambil menahan tangisan.
Ads
Siasatan Polis Kes Tikam Pelajar
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan penahanan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman pada bahagian badan.
Beliau menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis kini sedang mendapatkan laporan forensik dan keterangan daripada rakan-rakan sekelas mangsa bagi melengkapkan siasatan.
Detik Sebelum Kejadian Tragis
Mengimbas kembali detik sebelum kejadian, bapa remaja itu berkata pagi tersebut bermula seperti biasa. Dia menghantar anaknya ke sekolah tanpa menyedari sebarang perubahan sikap.
Ads
Katanya, anaknya tidak menunjukkan tingkah laku luar biasa meskipun prestasi akademiknya agak lemah dan kadangkala kurang memberi tumpuan dalam kelas. Namun, anaknya bukan jenis yang gemar menimbulkan masalah.
“Anak saya tidak pernah bercerita tentang mangsa kepada saya sebelum ini,” katanya.
Penyesalan Dan Kesan Emosi Seorang Bapa
Tambah lelaki itu, insiden ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan mematahkan semangatnya sebagai seorang bapa.
“Anak saya seorang yang pendiam dan introvert. Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah sama ada dia dibuli atau tidak, dia tidak akan memberitahu saya.
Ads
Saya tahu berkata apa-apa sekarang sudah tidak berguna. Tiada apa yang boleh mengembalikan anak perempuan mereka,” katanya penuh kesal dan sebak.
Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengarah Ejen Ali tak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai, dipercayai alami sakit ‘misteri.’ Polis mengesahkan kematian pengarah animasi terkenal, Ejen Ali, yang ditemui lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.
Pengarah Ejen Ali Tak Bergaduh Dengan Isteri Sebelum Terjun Ke Sungai, Dipercayai Alami Sakit ‘Misteri’
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati mangsa bertindak keluar dari kenderaan secara mengejut sebelum hilang dari pandangan.
“Tidak ada gaduh (dengan isteri). Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar sebelum terjun ke sungai,” katanya.
Mangsa yang dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 42, difahamkan mengalami ‘sakit misteri’ sebelum terjatuh ke dalam sungai pada kejadian petang Selasa lalu.
Semalam, laporan media menyebut mayat Andi ditemukan di tebing sungai berdekatan lokasi dia dipercayai hilang. Difahamkan, beliau dan isterinya sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu ketika insiden berlaku.
Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa sehari selepas laporan mengenai kehilangannya dibuat, sekali gus menamatkan operasi pencarian.
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.
1.Nyanyian Lagu
Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak. Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.
2.Minta Bantuan
Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.
Waktu Yang Tidur Yang Tetap
Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang dipelajari sepanjang hari. Jadi pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.
Hafal Cerita
Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.
5.Soal Jawab
Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya, mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”
Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di