Kes Zara Qairina: Laporan bedah siasat ambil Masa,”Paling lambat mungkin dua bulan…”- peguam. Proses bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, semalam berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Kes Zara Qairina: Laporan Bedah Siasat Ambil Masa,”Paling Lambat Mungkin Dua Bulan…”- Peguam

Peguam yang mewakili keluarga arwah, Shahlan Jufri, berkata beliau berada di lokasi dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam atas permintaan keluarga bagi menyaksikan sendiri keseluruhan prosedur.

“Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada ‘tangan-tangan’ tertentu, semua itu tiada.

Kes Zara Qairina: Laporan Bedah Siasat Ambil Masa,”Paling Lambat Mungkin Dua Bulan…”- Peguam
Hamid bercakap kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

“Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan,” katanya kepada pemberita di pekarangan HQE malam tadi.

Menurut Shahlan, laporan penuh hasil bedah siasat akan dikeluarkan oleh pasukan forensik mengikut tempoh yang ditetapkan pihak berkuasa. Namun, masa yang diperlukan sukar dipastikan dan berkemungkinan mengambil masa sehingga dua bulan.

“Kalau tanya proses itu berapa lama, saya tidak tahu dengan tepat. Biasanya, paling cepat atau paling minimum mungkin dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan.

“Ini kerana ia membabitkan beberapa orang pakar dan semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan post-mortem report itu,” jelasnya.

Ads

Beliau menambah, pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh oleh doktor forensik, dan hanya beliau bersama pasukan berkenaan berada di dalam bilik bedah, manakala anggota polis lain hanya berada di luar.

“Di dalam bilik forensik, doktor itu saya tengok macam mana dia (jenazah arwah) diperiksa, diperiksa secara menyeluruh.

“Beberapa orang anggota polis juga masuk, tetapi yang masuk ke dalam bilik bedah hanya saya dengan pasukan forensik. Sebab memang itu keinginan keluarga arwah Zara.

Kes Zara Qairina: Laporan Bedah Siasat Ambil Masa,”Paling Lambat Mungkin Dua Bulan…”- Peguam
Jenazah Zara Qairina diusung keluar dari Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 malam dan dibawa masuk kedalam kenderaan polis untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, di Sipitang. – Foto MOHD ADAM ARININ

“Saya berada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi. Kalau tanya berapa lama periksa post-mortem bagi keluarga, saya tidak pasti sebab bergantung kepada pihak berkaitan,” katanya.

Ads

Proses itu melibatkan empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, dengan bantuan jurufoto forensik dan jurufoto polis.

Selesai bedah siasat, jenazah dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula di lokasi sama.

Terdahulu, Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Kinarut pada 16 Julai lalu.

Sumber: Berita Harian

Ads

Baca artikel lain juga: DNA Tidak Akan Musnah Walaupun Mayat Sudah Lama Dikebumikan: Pakar Forensik

Ibu Zara Qairina Menangis Ketika Proses Pengecaman, Peguam Nafi Video Tular & Kutipan Dana Yuran Guaman

Kronologi Kes Zara Qairina, Tragedi Yang Meruntun Jiwa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads