
Kes Zara Qairina, lima remaja dibenar ikat jamin RM5,000 nafi guna perkataan mencela. Lima remaja yang dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggunakan kata-kata menghina terhadap arwah Zara Qairina Mahathir.
Kes Zara Qairina: Lima Remaja Dibenar Ikat Jamin RM5,000 Nafi Guna Perkataan Mencela
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, kesemua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain perlu membayar deposit sebanyak RM1,000.
“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima remaja itu didakwa bertindak secara bersama-sama dengan mengeluarkan perkataan mencela terhadap mangsa di sebuah sekolah di Papar antara jam 10 hingga 11 malam pada 15 Julai 2025.

Nor Azizah menjelaskan hanya maklumat tersebut boleh didedahkan kepada umum kerana perkara lain yang berkait dengan prosiding dilindungi oleh perintah larangan mahkamah.
Terdahulu, suasana di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dilihat terkawal dengan pemantauan rapi anggota keselamatan. Sebuah van polis yang membawa kesemua tertuduh meninggalkan kawasan perkarangan mahkamah pada pagi tadi dengan kawalan ketat, sebelum menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan.
Sumber: Harian Metro dan Harian Metro 1
Baca artikel lain juga: Lima Remaja Didakwa: Pasukan Peguam Wakili Ibu Zara Qairina Hadir Sebagai Pemerhati
Datuk Ram Singh Wakili 1 Daripada 5 Tertuduh Kes Zara Qairina
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di












