“Kesiannya, Kenapa Ni?”-Insiden Anak-anak Sekolah Jatuh Ke Dalam Laut Gara-gara Jeti Roboh, Undang Sebak Warganet!

Share

Tular di media sosial beberapa rakaman menunjukkan jeti roboh sehingga mengakibatkan pelajar-pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian jatuh ke dalam air.

Mujur beberapa orang guru bertindak pantas dan berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, tiba-tiba runtuh.

 

 

Merujuk kepada  perkongsian daripada beberapa individu di laman Twitter, kejadian tersebut berlaku di Sk Pababag Semporna ketika murid sekolah dan guru sedang bersiap sedia menuju ke sekolah.

Menerusi video-video yang dikongsikan juga, dapat dilihat di mana orang dewasa termasuklah guru-guru terjun ke dalam air untuk menyelamatkan murid sekolah yang jatuh bersama buku dan beg sekolah  mereka.

Setuju Jeti Dibina Segera

Memetik perkongsian di Harian Metro mengenai insiden ini, Ketua Umno Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan berkata, beliau sudah memaklumkan kejadian itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri berkaitan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set

dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP

ARTIKEL MENARIK

 

 

“Alhamdulillah kebetulan Timbalan Perdana Menteri datang ke Sabah, jadi kami kemukakan video kejadian itu supaya peruntukan segera diberikan.

“Beliau (Timbalan Perdana Menteri) setuju supaya jambatan dan jeti dibina secepat mungkin,” katanya.

Manakala meninjau di salah satu posting facebook yang dikongsikan  oleh salah seorang penjaga kepada murid yang terlibat turut menceritakan kerisauan keadaan anaknya yang tidak pandai berenang namun bersyukur  guru-guru dan pelajar yang tahu berenang telah membantu anak dan mangsa  yang lain dengan selamatnya.

Sumber : Harian Metro, Twitter @jonjonahah dan FB Mei Mey Hamid

.

 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN