Biasa kita dengar orang pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan penyakit seperti demam, batuk, selesema, sakit-sakit badan dan sebagainya. Bahkan ada juga yang datang berjumpa doktor kerana tidak tahan menanggung rasa pijar yang berpanjangan.
Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin di akaun facebook miliknya berkongsi pengalamannya dikunjungi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akibat tangan yang terasa pijar selepas menyambal walau telah dicuci berkali-kali dengan air namun tetap terasa pijar.
Bagi menghilangkan rasa pijar tersebut, diakui ada sahaja petua-petua orang dulu boleh dipraktikkan namun perkongsian penuh daripada Dr Kamarul ini didatangkan berserta dengan faktanya sekali.
Ujarnya kesalahan utama bila ingin menghilangkan rasa pijar di tangan adalah bukan semata-mata dicuci dengan air bersih. Namun ada yang perlu dilakukan dan untuk mengetahui lanjut ikuti perkongsian penuh daripadanya di sini.
Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan di masa akan datang dan sekali gus bolehlah ‘merawat’ rasa pijar dengan lebih mudah dan berkesan.
Ini perkongsiannya.
CILI MENGANDUNGI CAPSAICIN & INI YANG MEMBUAT RASA PIJAR
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Ads
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
SUSU: susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
MINYAK: jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
CUKA: capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
ALKOHOL: capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
LOSYEN: gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Mendapatkan berat badan yang ideal selain ibu-ibu kena bersenam, faktor pemakanan juga perlu diambil perhatian.
Ada beberapa jenis makanan dan minuman baik diambil sepanjang tempoh berdiet. Pengambilan makanan yang tepat akan membantu diri kita untuk lebih mudah mengawal berat badan.
Salah satunya, adalah dengan mengamalkan minum air barli sebagaimana yang dikongsikan infonya oleh Puan Aisyah di akaun fbnya. Jom semak.
Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.
Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau.
Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimat.
Ok jom tengok cara buat air barli, ( boleh guna sukatan sendiri)
AIR BARLI ( cantikkan kulit + kuruskan badan)
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu ( kalau nak manis)
Cara Buat :
1. Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang.
2. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.
Ekstra tip:
1. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat.
2.Jangan lupa panaskan sebelum minum.
3. Kalau mengandung tak payah rebus kayu manis ceylon.
Sumber : Aisyah Badar Bajrai
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penangan Filem Munafik bukan hanya kepada kaki wayang sahaja, malah ramai selebriti yang tidak ketinggalan untuk menonton filem arahan Syamsul Yusoff ini.
Termasuklah juga Datin Seri Shahida yang berkongsi hal tersebut di laman instagramnya baru-baru ini.
Tampil cukup santai dan ringkas dengan jaket dan tudung sarung siap, isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri ini ditemani 3 anaknya.
Di dalam perkongsian tersebut, Datin Seri Shahida sempat berseloroh mengenai penampilannya yang memakai baju tidur memandangkan panggung wayang tersebut berdekatan dengannya.
“Pakai baju tidur, kemudian sarung sahaja jaket. Senang kan balik terus tidur,jangan pelik ada 3 calor brown,kelabu dan pink.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida jujur mengakui cerita tersebut amat menyentuh hatinya. Bukan sahaja beliau, bahkan anak-anak turut menangis.
“Saya jarang tengok filem melayu dan jarang juga tengok wayang kecuali bawa anak-anak tengok cerita kartun. Sejujurnya filem ni sangat menyentuh hati saya,setiap lontaran kata amat memberi makna.
“Saya belajar hari ni daripada skrip yang terus menusuk ke hati ‘Allah izin belum tentu Allah Redha’…’Hidayah takkan datang kalau tidak dicari’.
“Saya menangis menonton bukan kerana sedih dengan jalan ceritanya tapi kerana rasa berdosanya saya selama ini kerana tidak menjadi hamba yg baik dan cinta kepadanya. Anak-anak saya turut menangis bersama.