Sekarang ni kalau pergi mana-mana, anda takkan terlepas dari mengisi maklumat anda atau menggunakan QR kod sebelum memasuki tempat itu. Ini sebagai langkah untuk dihubungi jika ada berlaku sebarang kes COVID-19 di tempat yang kita pergi.
Salah satunya aplikasi dari kerajaan sendiri iaitu MySejahtera.
Selalunya kalau kita nak masuk sesebuah premis, misalnya kedai makan, setiap dari kita kena scan dulu kan? Sekarang ni tidak lagi! Dengan menggunakan aplikasi MySejahtera, anda boleh masukkan beberapa nama orang lain terutamanya ahli keluarga dalam aplikasi kita sekiranya tidak mempunyai aplikasi tersebut.
Jom ikut langkah satu per satu seperti yang dikongsikan oleh Wan Aizat ini!
1. Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada ‘More’. Click kat situ.
Ads
2. Nanti akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Tekan kat Manage Dependents.
3. Then, akan keluar mcm dalam gambar ni. Add dependents kat bahagian bawah. Boleh letakkan sekali parents yang tak ada smartphone kalau kita selalu bawak parents kita keluar. Isi nama semua dengan relation.
Ads
4. Make sure nama semua betul.
Bila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar ‘i’m with…’. Click nama yang ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in kat bawah.
Ads
Jadi, selamat dah ‘check in’ nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?
Sekali lagi nak diingatkan ye, ‘Add Dependents’ ni untuk yang tak ada smartphones macam parents or anak-anak. Kalau yang dah ada MySejahtera tu, check in guna aplikasi sendiri.
Sumber: Wan Aizat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Semoga Bermanfaat!
Kredit : Petua Orang Dulu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.
Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.
Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah lebat buahnya.
Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.
Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.
Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.
Begitulah.
Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.
Pastinya berita kematian berkaitan wabak covid-19 yang dilaporkan baru-baru ini mengejutkan dan membimbangkan kita semua.
Dan memetik laporan akhbar Berita Harian, Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. Beliau beliau tidak mempunyai sejarah sakit kronik dan kematiannya memang berpunca dari COVID-19.
Berikutan kejadian ini, Ustazah Asma’ Harun turut mencoretkan rasa hati dan saranan buat kita di akaun fbnya agar menggunakan dan memanfaatkan masa kuarantin di rumah dengan memperbanyakkan membaca al quran.
Ini perkongsiannya.
Allahu Akbar, Innalillahi wa inna ilaihi Raajiun. Moga arwah di kalangan para solihin.
Kematian yang membawa hiba seluruh negara. Kematian yang mengejutkan mereka yang masih lena, leka, santai dan mamai.
Ujian dan Musibah ini..
Bagi yang beriman, akan menguatkan keimanan.
Yang sabar, semakin tinggi kesabaran.
Yang bergantung padaNya menjadi semakin kuat tawakkalnya.
Yang solat semakin menambah kekhusyukannya.
Yang baca AlQuran dan zikrullah semakin merasai kemanisannya.
Yang bangun malam, semakin awal bangun dan berlama bersamaNya.
Yang berusaha makin kuat ikhtiarnya.
Yang kufur nikmat, yang tidak kenal tuhanNya, yang masih enggan kembali padaNya, yang masih berat untuk berzikir berdoa sujud padaNya, yang masih enggan taat dan tinggal laranganNya.. Maka semakin bertambah ketakutan, kemarahan, menyalahkan, mencaci maki, resah gelisah dan membenci.
Sahabat semua, kita di kelompok mana saat ini ?
Dalam apa jua keadaan, tetap teguhlah kita dengan kesabaran dan solat, yakinlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Qs Al Baqarah : 153)
Apapun berlaku biarlah kita hanya antara dua sahaja, iaitu antara syukur dan sabar, tiada yang ketiga. Kerana keduanya itu adalah sifat orang mukmin yang membuatkannya makin dekat dengan Allah dan makin baik dan belas kasih dengan manusia.
Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.” (Qs. Hud: 11)
Setiap subuh, baca Yaasin dan Addukhan.
Setiap malam, baca alMulk dan Assajadah.
Siangnya, bacalah alWaqiah dan Arrahman.
Baca dan hafal 10 ayat awal surah alKahfi.
Dalam tempoh kuarantin ni, cuba habiskan baca surah alBaqarah dan Ali Imran. Kepada siapa yang beriman pada hari kebangkitan iaitu alam Akhirat pasti akan baca dua surah ini.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)
Atau baca sahaja sebanyaknya alQuran atau mana surah yang mudah bagi yang tiada masa duduk dengan alQuran. Ketika bekerja dan jalankan tugas, maka basahkan sahaja lidah dengan mengulang mana² surah yang dah dihafal walaupun hanya alfatihah dan 3 qul.
Allahu Akbar.. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan pengampunanNya. Kembali dalam Husnul Khatimah.. .