Setiap hari ada sahaja dugaan dan ujian hidup yang perlu ditempuhi. Ada suka ada duka silih berganti dan hingga membuatkan ada diantaranya berasa resah gelisah untuk melalui kehidupan.
Pun begitu, yakinlah walau apa pun perkara yang menimpa diri, insyaAllah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap yang positif.
Selain itu, disarankan juga fikirkan tiga perkara yang membuatkan kita rasa bersyukur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Bangun pagi, bersyukur. Sudah selesai solat, mandi semua, kita mula berfikir tentang kerja, tentang itu tentang ini.
Mulalah resah. Mulalah gelisah. Kawan-kawan, ini antara tips bagaimana nak happy dan bahagia walau kehidupan kita setiap hari ada cabaran dan halangan.
1. Fikirkan 3 perkara yang sentiasa buat kita bersyukur. Sebagai contoh; masih ada ibu bapa, ada keluarga, ada team yang best, masih ada jalan untuk selesaikan masalah. Syukur itu benda wajib dibuat setiap hari sebelum kita pergi ke tempat kerja.
2. Buat itu setiap hari pada setiap pagi. Pandang dan fikir benda yang positif kemudian bersyukur. Masuk hari ke-22, biasanya dalam membentuk perkara yang nak dijadikan sebagai tabiat, buat sesuatu perkara yang sama selama 21 hari akan menjadikan perkara itu masuk ke dalam rutin kita.
Ia akan jadi kebiasaan.
3. Apabila dah jadi kebiasaan, apa sahaja cabaran yang datang, kita akan happy. Kita akan nantikan sangat benda stress, kita suka ada benda yang challenge kita dan kita tahu semua itu akan up kita ke level yang lebih tinggi dari sekarang.
Ingat balik, dari kita bersyukur tadi, kita dah berjaya susun mind set jadi lebih hebat.
Hebat benar Allah. Dari sebab kita bijak bersyukur, Allah jadikan kita ini kuat. Minda kita hebat dan kita tahu mana yang penting mana yang tak.
Mana yang kita jentik mana yang kita kena pakai tentera. Semua itu Allah yang beri belaka. Yang penting, kita bersyukur.
Begitulah.
Sumber : Khairul Hakimin Muhammad,
Bahagia dengan bersyukur.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pernah Hamil Luar Rahim, Sebelah Tiub Pecah Dan Terpaksa Dibuang, Kini Sari Yanti Menanti Hari Menimang Cahaya Mata
Menanti kelahiran zuriat pastinya debaran di hati hanya Tuhan yang tahu. Biarpun pengalaman dua kelahiran sebelum ini, namun Sari Yanti mengakui 8 tahun tidak menimang cahaya mata memang terasa sedikit perbezaan.
“Kalau dulu saya mengandung usia masih muda, ini dah masuk 34 tahun memang sangat terasa perbezaannya. Memang cepat letih dan banyak duduk di rumah sahaja. Malah, kalau bercakap lama sikit pun sudah termengah-mengah.
“Banyak benda tidak boleh buat kerana sikit-sikit pening, dan kena banyak rehat. Walaupun begitu, saya anggap ini normal untuk ibu mengandung. Lagipun ini bukan kali pertama saya mengandung. Jadi sudah faham situasi tersebut.
“Kalau mengandung dulu saya boleh outsation dan shooting kerana stamina masih kuat tetapi yang ni kena banyak duduk di rumah. Sejak awal kahwin saya memang memasak dan apabila mengandung ni walaupun penat tetapi saya tetap buat rutin ini kerana Jep rajin makan di rumah.
Akui Sari lagi, ini merupakan kandungan kedua selepas berkahwin dengan Jep.
“Yang pertama dulu saya mengandung luar rahim selepas sebulan berkahwin. Mungkin tiada rezeki lagi waktu itu . Lagipun memang saya tidak tahu mengandung luar rahim. Cuma asyik berlaku pendarahan setiap hari dan kerap keluar masuk hospital.
“Doktor memang dah agak dan selepas itu gugur. Satu tiub pecah dan doktor terpaksa buang. Sedih juga waktu itu kerana takut saya susah nak mengandung lagi. Saya sudah ada dua anak, jadi kesian pada Jep kerana ini kali pertama dia bakal menimang cahaya mata.
“Namun Alhamdulillah tak lama selepas itu saya mengandung lagi dan dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Alahan ada juga tetapi tidaklah teruk sangat. Yang kelakarnya bukan saya yang mengidam tetapi Jep yang lebih-lebih.
“Soal jantina kami tidak kisah yang penting sihat dan selamat semuanya. Jepp pun tak nampak keterujaan yang melampau, dia selalu tenang sahaja. Begitu juga soal membeli barang keperluan bayi, saya lebih banyak beli online kecuali barang-barang yang besar barulah akan beli bersama Jepp. Cuma anak-anak saya yang excited dan mahukan baby boy. Soal lokasi bersalin, belum putuskan lagi, tunggulah bila nak melahirkan nanti saya akan ke hospital yang terdekat,”seloroh Sari.
Jarang melihat kelibat mahupun cerita ibu comel ini di kaca tv mahupun media cetak, akui Sari dia memang suka low profile sejak dahulu lagi.
“Lagipun tak ada benda yang boleh dikongsikan kerana sudah lama tak berlakon. Jadi saya lebih selesa low profile. Selepas bersalin nanti pun mungkin saya akan lebih banyak berada di rumah menumpukan perhatian kepada anak dan suami.
Ada Sebabnya Ibu Ni Suka Buat Morning Walk Dengan Anak-anak. Jadikan Semangat Untuk Kita Pula Follow!
Jika ditanya, apakah aktiviti menarik anda lakukan bersama anak-anak setiap pagi hujung minggu?
Mungkin tidak ada aktiviti khusus, jadi apa kata kita jadikan inspirasi seperti wanita ini. Lakukan morning walk bersama anak-anak rupanya bukan saja dapat bersenam, malah Ada yang lebih menarik daripada itu.
Hal ini dikongsikan oleh seorang ibu diakaun fbnya. Jom semak
Ramai tanya saya berapa ribu langkah kena buat untuk morning walk. Dulu saya addicted nak dapat dalam 10 000 langkah. Sekarang saya dah tak buat dah. Saya spend my morning walk routine untuk menghargai ciptaan Allah.
Saya pandang langit! Pandang pokok! Pandang manusia lain! Pandang tanah! Pandang bunga! Banding pula dengan ciptaan manusia. Saya biarkan anak anak explore dunia keliling mereka tanpa sempadan. Saya nak mereka perhati dah hargai sekecil kecil ciptaan hingga sebesar besar ciptaan.
Di situ nanti, ada neuron neuron baru tercipta dalam otak, buat otak mereka aktif untuk cari jawapan. Mereka akan gerakkan tubuh badan mereka. Sedut oksigen dengan lebih segar. Terdedah kepada cahaya matahari sumber Vitamin D baik untuk sistem badan manusia. Semua ini sangat saling kait mengait.
Dahulu… Saya seorang kanak kanak yang bebas membesar di kampung, explore dengan cara kita sendiri..terdetik..kasihan juga anak anak di bandar, dikurung dalam rumah, dikepung dengan gadget dan mainan ciptaan manusia, main kejap dah boring…main lama jadi addicted!
Inilah cara saya besarkan anak anak di bandar. Kami alternate masuk keluar taman taman di sekitar KL. Biarkan anak anak explore potensi diri mereka sendiri.
Alhamdulillah..Zafran dah banyak inch loss. Zafrul makin banyak soalan yang menguji tahap intelektual umi dia dan Wana yang semakin kurang tantrumnya.
Setiap pagi weekend anak anak dah addicted untuk morning walk. Akan tanya minggu ini nak ke mana… Alhamduillah..ini cara saya kurangkan ketagihan anak anak mengadap smartphone.
Jika ada tanya berapa ribu langkah jalan… Saya tak ada jawapan. Average kami spend masa untuk explore nature lebih kurang 45 minit ke 2 jam.
Saya percaya, beberapa tahun lagi…morning walk akan jadi budaya orang Melayu. Dah nampak dah movementnya.
Sumber : Rafiza Idayu
Nak Isi EA Form, Kena Tahu Gaji Yang ‘Start’ Kena Potong Cukai Bulanan. Begini Caranya.
Kelaziman pada bulan Mac, adalah bulan untuk para pekerja mengisi borang EA. Ia merupakan borang penyata gaji / saraan setahun bagi pekerja-pekerja swasta.
Borang ini sangat penting kerana di dalam penyata itu ada dinyatakan segala butiran dan maklumat berkenaan gaji, bonus, ganjaran atau kemudahan yang diberikan oleh majikan.
Contohnya seperti, syarikat beri kemudahan kereta, caruman EPF, bayaran cukai yang ditolak daripada gaji (pcb) setiap bulan dan zakat. Setiap butiran akan ditulis dalam borang tersebut.
Selain itu, borang ini juga penting untuk memohon pinjaman kereta atau rumah, pihak bank akan minta sediakan borang ini. Oleh yang demikian, kita simpan borang ini untuk kegunaan bagi sebarang pinjaman atau kegunaan pada masa akan datang.
Bagaimana pun, tentu ada yang tertanya berapa permulaan gaji akan di potong cukai bulanan (PCB). Nak tahu lanjut ikuti perkongsian saudara Ir Abdul Rahman Bahasa.
BERAPA GAJI YANG START KENA POTONG CUKAI BULANAN (PCB)?
Mesti ada yang tertanya-tanya, berapa sebenarnya gaji yang start kena potong PCB?
Adakah fresh graduate yang dapat gaji RM 2,000 akan dikenakan potongan PCB?
Baik. Hari ni aku nak share pasal benda ni.
Ikut laman web LHDN: mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. So, bila korang ada fail cukai, maka PCB bulanan akan di potong dari gaji korang.
Korang boleh refer kat link ni: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=2
So, ini bermakna penggajian RM 34,000 setahun bersamaan dengan RM 2,833.34 x 12 bulan.
Jadi, adakah individu yang bergaji bulanan RM2,833.34 akan dikenakan cukai? Jawapannya of course lah TIDAK. Sebab apa?
Sebab RM 2,833.34 adalah gaji bersih setelah ditolak EPF. So, berapa gaji basic yang diperlukan untuk dapat gaji bersih RM 2,833.34 ni?
Basically, Gaji basic RM 3,184 adalah gaji basic minimum yang akan dikenakan potongan PCB. Tak percaya? Jom kita kira:
Gaji pokok = RM 3,184.00
Tolakan EPF (11%) = (RM 350.19)
Gaji Bersih = RM 2,833.81
RM 2,833.81 x 12 bulan = RM 34,005.72
Jadi, kalau gaji basic korang RM3,184 sebulan, BUJANG and TAK KAHWIN lagi. Maka korang akan dikenakan potongan PCB.
Berapa banyak kena potong? RM 1.00 je sebulan.
Below dari RM3,184. Tak akan dikenakan potongan PCB OKAY!.
Macam mana pulak dengan:
• Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja?
• Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja dan ada anak sorang?
• Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja?
• Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak sorang?
Mengikut Lampiran 1-Jadual PCB yang di published oleh LHDN (link: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Jadual_PCB_2018.pdf
Gaji minimum yang akan start potong PCB untuk:
• Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja: RM 4,001 (Potongan PCB bulanan: RM 50.40)
• Pekerja yang dah berkahwin, tapi isteri / suami tak bekerja dan ada anak sorang: RM4,166 (Potongan PCB bulanan: RM 50.25)
• Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja: RM3,141 (Potongan PCB bulanan: RM1.00)
• Pekerja yang dah berkahwin, isteri / suami berkerja dan ada anak sorang: RM3,311 (Potongan PCB bulanan: RM1.10)
Tapi jangan lupa ya, banyak jugak tax rebate bila korang:
• Sambung belajar: max. RM 7,000 setahun
• Buat Medical Checkup: max. RM 500 setahun
• Perlaburan dalam SSPN: max. RM 8,000 setahun
• Life Insurance: max. RM 7,000 setahun (kalau keja gomen dan berpencen)
• Life Insurance: max. RM 3,000 setahun (kalau yg keja private)
• Medical or Education Insurance: max. RM 3,000 setahun
.
Beli Handphone Samsung / beli computer Huawei, beli bola sepak Adidas, even korang bayar unifi tiap2 bulan tu pun boleh ada tax rebate. Tapi max. RM 2,500 je lah setahun untuk semua tu.
Contohya, kalau korang beli:
Handphone: RM 1,000
Laptop: RM 1,600
Unifi: RM89 x 12 bulan = RM 1,068
Total: RM 3,668
Korang boleh claim maximum RM 2,500 je..BUKAN total RM 3,668 tau!
Last but not least. Kepada yg muslim, BAYARLAH ZAKAT PENDAPATAN. Zakat fitrah yg korang bayar RM7 untuk diri sendiri dan untuk ahli keluarga yang lain pun boleh claim as tax rebate.
So, plan lah perbelanjaan korang untuk tahun ni. Supaya korang akan dapat maximum kan tax rebate untuk e-filing tahun depan. Dalam masa yang sama jugak mendapat keberkatan Allah swt bila korang MEMBAYAR ZAKAT (Amin…🤲🏻🤲🏻)
.
Moga bermanfaat
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.