Kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini tentu sahaja akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan harta benda dek kerana tidak sempat diselamatkan. Semua ini mengundang rasa simpati di hati, apatah lagi jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan bencana tersebut.

Selain rumah ditenggelami air, dapat dilihat juga banyak kenderaan ditenggelami air. Sana sini kereta ‘tersadai’ dan jika ingin dihitung, bukan sedikit jumlah kerugian yang bakal ditanggung oleh setiap mangsa banjir.

Sehubungan dengan itu, terpanggil Rif Syless untuk berkongsi pengalaman dan tips berguna yang boleh dijadikan panduan bila kereta ditenggelami banjir agar dapat meminimumkan kos membaiki kereta tersebut.

Ini perkongsiannya.

Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!

TIPS KERETA YANG DITENGGELAMI AIR/BANJIR

Sebelum tenggelam:
1. Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.

2. Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.

3. Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.

Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!

IKLAN

Ketika tenggelam:
1. Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.

Setelah banjir surut:
1. Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!

2. Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.

3. Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.

4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.

Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
5. Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti.

IKLAN

Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan. Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.

Itulah setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi. Ini pun tahu sebab dulu kereta pernah tenggelam banjir. Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat lain, silakanlah kongsi. Dan kalau maklumat di atas tidak tepat, silalah betulkan. In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.

Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.

Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan urusan semua saudara-saudara kita yang mengalami musibah banjir, dikuatkan kesabaran, dikurniakan kebaikan dari sisiNYA, diberikan keselamatan dan dikeluarkan dari musibah tersebut dengan segera, amin…

Sumber : Rif Syless

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI