Definisi wanita cantik masa kini hanya dua, kurus dan putih! Demi nak mencapai dua benda tu, mereka sanggup mengambil sesuatu yang tidak tahu kandungan dan keselamatannya terhadap diri dan berani menanggung risiko sendiri.

Misalnya seperti yang terjadi pada seorang wanita yang tular di laman sosial yang dikenali sebagai @ladyvin_official yang berkongsi kesan daripada ketaksubannya membuat ‘whitening drip’ untuk kelihatan lebih cerah.

Baginya, dia kesal kerana memilih jalan singkat untuk memutihkan kulitnya menggunakan produk pencerah kulit.

“Seorang Cantik.. Jadi Hodoh Sekelip Mata”- Punca Ikut Kawan Putihkan Kulit, Diri Derita Kanser

Semua ini bermula dari ajakan rakan untuk melakukan prosedur itu sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit kanser akibat daripada impak prosedur kecantikan yang dibuat.

Ditulis secara ringkas di ruangan komen, dia menasihati orang ramai supaya tidak melakukan whitening drip.

Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian

Perkongsian yang dibuat ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana pihak terutamanya golongan perempuan yang ingin terlihat putih dan cantik dengan jalan pintas.

Tambahnya, rambutnya gugur dengan teruk selepas 14 hari melakukan prosedur tersebut. Kini, dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan kehilangan semua rambutnya.

IKLAN

“Seorang Cantik.. Jadi Hodoh Sekelip Mata”- Punca Ikut Kawan Putihkan Kulit, Diri Derita Kanser

Malah, wanita tersebut juga enggan orang lain menerima nasib sama sepertinya dan menegaskan bahawa whitening drip ini sangat berbahaya untuk kesihatan.

@ladyvin_official Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian #cancersurvivor #cancerfighter #fyp ♬ Dear Diary – liriiklagu

Perkongsian tersebut meraih 2.9M tontonan dan di ruangan komen, rata-rata memberi semangat dan berterima kasih kerana berkongsi cerita ini. Malah, ada juga dikalangan orang ramai yang turut berkongsi kisah kesan akibat mengambil drip seperti yang dikongsikan.

“Seorang Cantik.. Jadi Hodoh Sekelip Mata”- Punca Ikut Kawan Putihkan Kulit, Diri Derita Kanser “Seorang Cantik.. Jadi Hodoh Sekelip Mata”- Punca Ikut Kawan Putihkan Kulit, Diri Derita Kanser “Seorang Cantik.. Jadi Hodoh Sekelip Mata”- Punca Ikut Kawan Putihkan Kulit, Diri Derita Kanser

IKLAN

Sumber : @ladyvin_official

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.

IKLAN

 

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI