Umum mengetahui Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu dan kini masih lagi di dalam pantang.
Jika sebelum ini pelakon ini menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini dilihat ligat pula meredah banjir bagi menghulurkan bantuan.
Melalui hantaran video di Instagram miliknya, dilihat Wawa Zainal begitu bersungguh-sungguh melaksanakan misi membantu mangsa banjir dengan membeli sendiri barang keperluan seperti lampin bayi, telekung, bantal, tilam dan sebagainya di sebuah pasaraya dengan ditemani oleh suaminya Aeril Zafrel dan beberapa orang daripada teamnya.
Tidak dengan itu, dilihat juga Wawa Zainal sendiri turun ke lokasi banjir untuk menyerahkan barangan bantuan yang dibelinya. Difahamkan Wawa berbuat demikian sebab mahu merasai pengalaman dan lihat sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir besar di Selangor.
Ads
Meskipun ramai yang memuji semangatnya, namun ada segelintir netizen meluahkan rasa risau dengan kesihatan Wawa yang masih dalam tempoh berpantang.
Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan apa yang pelakon itu cuba buktikan dengan berbuat demikian sedangkan dia mempunyai ramai kakitangan yang boleh turun padang.
dyannazamani
Ape2 pun wawa Moga dipermudahkan segala urusan.. Risau tgk redah banjir lasak2 dlm pantang.. Bukan apa risau bentan.. Skg xsakit.. Dh tua risau… Moga Allah permudahkan urusan wawa.. Rehatla bg team yg buat… Tegur tanda syg❤️
Ummi_zarazaidahzarif
Dalam pantang boleh redah air banjir..dahsyat sgt ni..mmg takde sape boleh ganti ke kerja wawa tu huhu
afizaradamalriana
Wawa… Jaga diri baik2 …Bru 24 hari pantang..dlaman belum Kuat lgi tu…T. Caredear…
sit.isham
Semoga murah rezeki dn diberikan kesihatan yg baik buat wawa sekeluarga.
ummuaiynul
Ya Allah. Aku pula yang risau dengan Wawa ni, pantang tak habis lagi. Semoga Allah permudahkan urusannya, diberi kesihatan yang baik untuk Wawa. Subhanallah.
Sumber : Ig [su_button url=”https://www.instagram.com/w4w4_zainal/” style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]@w4w4_zainal[/su_button]
Mendapatkan kulit wajah yang berseri dan terlihat muda sebenarnya boleh dimiliki bila seseorang itu rajin amalkan penjagaan wajah.
Dan di sini dikongsikan cara untuk anda hasilkan masker dengan menggunakan bahan natural.
Menurut Iryani, dengan menggunakan hanya 3 bahan sahaja, impaknya cukup berkesan. Wajah terlihat berseri dan awet muda!
PETUA KULIT AWET MUDA DAN CÊRAH BERSERI DENGAN 3 BAHAN
Makin meningkat umur, makin berkedut muka kan. Yani nak kongsi petua awet muda dan cerah berseri hanya gunakan 3 bahan sahaja.
Bahan
– 2 sudu makan mayonis
– 1 sudu makan oatmeal
– 1 sudu perahan air lemon.
Cara-cara
1. Perah air lemon dan campur bersama oatmeal dan mayonis
2. Gaul sebati
3. Bersihkan muka dengan air dan oles kan masker pada muka biar sekata.
4. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Dah siap. Boleh lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Mayonis kaya dengan telur membantu menganjalkan dan flawless pada kulit. Oatmeal bantu serap minyak dan menanggalkan sel mati. Lemon bantu cerahkan kulit wajah.
Senangkan nak awet mudah cerah berseri. Follow je step ni. Jom kongsi supaya wanita semua cantik berseri dengan beauty natural.
“Nampak Kesungguhan Dan Keikhlasan”-Datuk Syafinaz Ajar Qariah Teknik Pernafasan Raih Pujian Netizen!
Datuk Syafinaz Selamat, namanya begitu dikenali sebagai guru vokal dan juri program realiti TV, juga smerupakan seorang penyanyi yang berbakat.
Terbaharu, tular beberapa video berkenaan Datuk Syafinaz mengajar teknik pernafasan yang betul dalam satu kelas tarannum telah menarik perhatian umum.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menerusi video tersebut, selebriti dan juga pensyarah muzik ini begitu bersungguh-sungguh mengajar dan berkongsi ilmunya.
Melalui video tersebut, kita juga dapat dengar bacaan tarannum daripada Ustazah Aisyah Baain itu lebih baik selepas mengikut saranan teknik pernafasan daripada Datuk Syafinaz.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang tampil memuji serta meluahkan rasa kagum dengan Syafinaz.
Selain pujian, ada juga yang mendoakan agar Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah.
Kebiasaannya kita melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan, sememangnya ramai tidak menyangka Syafinaz yang juga pensyarah muzik itu turut mengajar qari dan qariah.
Meninjau di ruangan komen, ini antara yang menarik perhatian daripada ribuan komen yang ada.
“Macam-macam cara Allah kurniakn kita utk memanfaat diri utk orang di sekeliling kita. Datuk Syafinaz dikurniakn ilmu. Semoga usaha dirahmati Allah.”
“Ustazah ni dh terer taranum weh, tapi dia pun terbuka untuk belaja lagi dengan tokpinaz. Subhanallah. Tahniah kdua duanya. Moga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah.”
“Masing-masing ada kepakaran masing-masing .. banyak ilmu yang kita tak tau tapi orang lain tau.. dan ini bukti penting berguru”
“Cantik Datuk bertudung.. Teruskan Datuk.. Ameen…”
“Bagus gunakan teknik guru vokal..sebab mengaji ni pun sama macam kelas vokal. Teknik pernafasan tu. Ada orang tak cukup nafas boleh jadi semput dan pengsan.”
Program GENIUS Remaja ditubuh pada tahun 2010 untuk mempraktikkan amalan pendidikan berterusan bagi anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa (from cradle to career) khususnya untuk golongan remaja berisiko B40 dalam memastikan tidak ada anak-anak yang tertinggal dalam mengejar kecemerlangan hidup.
Sepanjang 10 tahun pelaksanaan inisiatif ini, strategi bersepadu antara Program GENIUS Remaja dengan PERKASA, UKM telah berjaya melibatkan seramai 6,798 orang remaja di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur.
Daripada jumlah tersebut, 20% telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, 75% telah bekerja atau membuka perniagaan sendiri dan selebihnya masih lagi bersekolah. Seramai 11 orang alumni telah dilantik sebagai tenaga pengajar program ini.
Sehubungan dengan itu, Pameran Foto GENIUS Remaja dan Projek Impian Remaja anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program GENIUS Remaja bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilaksanakan pada 8 Februari 2021 yang lalu.
Tujuan ini adalah bagi membantu golongan remaja B40 memenuhi keperluan mereka khususnya dalam aspek pendidikan dan pengasahan bakat serta kemahiran dalam pelbagai bidang.
Majlis Pelancaran yang diadakan secara maya telah disempurnakan oleh YB Cikgu Muslimin bin Yahaya, Timbalan Menteri Pendidikan 1.
Buat julung kalinya, Pameran Foto GENIUS Remaja telah diadakan secara maya bagi mempamerkan hasil kreatif dan bakat golongan remaja berisiko B40 dalam kalangan remaja Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah menyertai kelas fotografi anjuran GENIUS Remaja.
Manakala Pelancaran Projek Impian Remaja merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Bahagian GENIUS, KPM dan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM ke arah penambahbaikan kaedah bantuan dalam pembangunan golongan remaja berisiko B40.
Matlamat projek ini adalah untuk mewujudkan platform khas yang membentuk kerjasama antara pihak Kerajaan, korporat dan komuniti. Antara saluran baharu yang diperkenalkan menerusi projek Impian Remaja ialah Program Anak Angkat Impian Remaja, Program Sumbangan Am Impian Remaja dan penekanan kerjasama pihak korporat bersama GENIUS
Remaja.
Projek Impian Remaja telah berjaya membentuk jaringan bersama beberapa sektor korporat dengan KPM beserta sumbangan yang begitu memberangsangkan dalam menjayakan usaha murni ini.
Antara sektor korporat yang turut sama memberi sumbangan melalui kerjasama ini ialah Kajang Plaza Medical Centre, Atomy Malaysia Sdn. Bhd., Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Yayasan Food Bank Malaysia dan Malaysian Timber Council (MTC). Selain itu, Topaz Care juga turut menyumbang dalam projek ini dengan memberikan perkhidmatan komunikasi korporat iaitu menghubungkan Impian Remaja dengan rakan kolaborasi yang berpotensi serta memastikan urusan ini berjaya.
KPM sentiasa berperanan aktif dalam memastikan pembangunan golongan remaja B40 di negara ini tidak terabai dan yakin bahawa jalinan kerjasama yang dibentuk oleh semua pihak akan merancakkan lagi usaha gigih KPM melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti dari pelbagai sudut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.