‘Key In’ Nama Ahli Keluarga Dalam Aplikasi MySejahtera. Tak Payah Ramai-Ramai Scan Untuk Masuk Premis

Share

Sekarang ni kalau pergi mana-mana, anda takkan terlepas dari mengisi maklumat anda atau menggunakan QR kod sebelum memasuki tempat itu. Ini sebagai langkah untuk dihubungi jika ada berlaku sebarang kes COVID-19 di tempat yang kita pergi.

Salah satunya aplikasi dari kerajaan sendiri iaitu MySejahtera.

Selalunya kalau kita nak masuk sesebuah premis, misalnya kedai makan, setiap dari kita kena scan dulu kan? Sekarang ni tidak lagi! Dengan menggunakan aplikasi MySejahtera, anda boleh masukkan beberapa nama orang lain terutamanya ahli keluarga dalam aplikasi kita sekiranya tidak mempunyai aplikasi tersebut.

Jom ikut langkah satu per satu seperti yang dikongsikan oleh Wan Aizat ini!

1. Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada ‘More’. Click kat situ.

2. Nanti akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Tekan kat Manage Dependents.

3. Then, akan keluar mcm dalam gambar ni. Add dependents kat bahagian bawah. Boleh letakkan sekali parents yang tak ada smartphone kalau kita selalu bawak parents kita keluar. Isi nama semua dengan relation.

4. Make sure nama semua betul.

Bila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar ‘i’m with…’. Click nama yang ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in kat bawah.

Jadi, selamat dah ‘check in’ nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?

Sekali lagi nak diingatkan ye, ‘Add Dependents’ ni untuk yang tak ada smartphones macam parents or anak-anak. Kalau yang dah ada MySejahtera tu, check in guna aplikasi sendiri.

Sumber: Wan Aizat

IKLAN