QSR Brands (M) Holdings Bhd yang merupakan pemegang francais KFC Malaysia mengakui mengambil langkah penutupan sebahagian cawangannya di seluruh Malaysia.

KFC Tutup Sementara Cawangan Terpilih

Menurut laporan Astro Awani, Dalam satu kenyataan pada Isnin, QSR Brands dan KFC Malaysia, yang bertindak balas terhadap situasi ekonomi mencabar, telah mengambil langkah proaktif untuk menutup sementara sejumlah cawangan sebagai cara menguruskan kos operasi yang meningkat di zon perdagangan tinggi.

IKLAN

Tidak dedah jumlah sebenar

KFC Tutup Sementara Cawangan Terpilih

IKLAN

Bagaimanapun, QSR Brands tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup dan bilangan pekerja yang terjejas.

“Sebagai syarikat yang telah menyantuni rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun, fokus syarikat tetap kepada memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan, selain menyumbang secara positif terhadap ekonomi negara menerusi peluang kerja untuk 18,000 orang di Malaysia, dengan 85 peratus daripada mereka merupakan pekerja Muslim,” kata kenyataan itu.

IKLAN

Sumber: Astro Awani

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI