Khabar Gembira Usia 63 Tahun, Jamal Abdillah Bakal Timang Zuriat Ke Lima Tahun Hadapan.

Share

Siapa sangka pada usia 63 tahun, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah sekali lagi mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata ke lima pada tahun hadapan.

Juga jarak usia 37 tahun bukan penghalang untuk dikurniakan zuriat lagi.

Kandungan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah berusia 12 minggu dijangka akan bersalin pada Februari 2020.

Melahirkan rasa syukur, penyanyi bersuara merdu ini berharap cahaya mata kelima merupakan anak perempuan.

Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak).

Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

 

Hasil perkahwinan bersama isterinya diserikan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan dan El Issac Yamani, 9 bulan.

Dalam pada itu menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu. Kini, mereka mengikuti jejak langkahnya menceburi bidang nyanyian.

Sumber: Harian metro

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN