Siapa sangka pada usia 63 tahun, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah sekali lagi mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata ke lima pada tahun hadapan.
Juga jarak usia 37 tahun bukan penghalang untuk dikurniakan zuriat lagi.
Kandungan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah berusia 12 minggu dijangka akan bersalin pada Februari 2020.
Melahirkan rasa syukur, penyanyi bersuara merdu ini berharap cahaya mata kelima merupakan anak perempuan.
Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak).
Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.
Ads
Hasil perkahwinan bersama isterinya diserikan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Dalam pada itu menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu. Kini, mereka mengikuti jejak langkahnya menceburi bidang nyanyian.
Sudah tentu, semua ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dalam hidup, kan? Untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, banyak usaha ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.
Namun, kadang kala, anak tetap juga tidak cemerlang dalam pelajaran hingga berada dalam kedudukan kelas belakang. Ibu bapa mana yang tidak kecewa. Akhirnya ibu ayah pasrah setelah segala usaha gagal.
Bagaimana pun perkongsian ini sungguh inspirasi apabila anak yang sering berada kedudukan kelas belakang, telah berjaya dengan cemerlang sehingga bergelar pelajar terbaik atas usaha seorang guru. Nyata, tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi berusaha untuk menjadikan anak muridnya seorang yang cemerlang.
Justeru, ibu bapa jangan bimbang, setiap perkembangan anak-anak berbeza. Sabar dan berdoa dan pastinya kilauan kejayaan anak anda pasti datang!
Ikuti perkongsian ini.
Rahsia murid kelas belakang jadi professor. “Dia berubah kerana seorang guru”. Terima Kasih kepada guru saya kerana berkongsi cerita ini. Sangat dalam kesannya.
1. Murid kelas belakang
Siapa yang pernah jadi murid kelas belakang je tahu bagaimana perasaannya. Perkataan pedas dan sindiran selalu hinggap dicuping telinga. Dah jadi makanan harian. Bila selalu hadap kata-kata yang sama, telingapun dah jadi tebal, hati dah jadi kering, adab dan akhlak tak usah cakap, memang jauh panggang dari api. Rasa diri tidak bermanfaat, malah risau kehadirannya hanya menyusahkan orang lain terutama ibu ayah.
Mak ayah susah, kerja membanting tulang empat kerat membesarkan anak-anak. Mata saya masuk habuk masa dengar kesusahan hidup yang dialaminya.. Susah sangat.
6 tahun iaitu dari tahun 1 hingga 6 lalui rutin yang sama, bayangkan ia bukan satu tempoh yang singkat. Keperitan dan kesusahan hidup, tambah lagi masalah dalam pelajaran, tiada sudut yang boleh buatkan dia rasa bahagia dan bangga dengan dirinya.
Tanpa sedar… Ujian besar inilah yang mematangkan dia, mengajar dia tentang kehidupan. Senang itu tidak mudah untuk dicapai tanpa usaha yang setimpal.
Dulu, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang hidup senang, bijak dalam pelajaran, keluarga berada dan miliki segalanya. Tapi hari ini dia bersyukur, kerana susah dia jadi kuat.
2. Sekolah menengah
Masa tingkatan 1 dan 2 masih lagi menyandang title murid kelas belakang.
Tingkatan tiga… Bermulanya episod baru dalam kehidupan. Percaya atau tidak, dia berubah kerana seorang guru.
Kerana semangat dan kesungguhan guru ini dia malu jika gagal dalam subjek berkenaan. Setiap hari gurunya masuk kelas, mengajar dengan bersungguh-sungguh. Guru yang ikhlas akan dapat dirasai oleh murid.
Kesungguhannya jelas, Lengan baju dipenuhi kapur papan hitam. Mengajar murid tanpa melihat keadaan dan kekurangan yang ada, tetap berazam menjadikan muridnya seseorang yang hebat pada masa hadapan.
Subhanallah.. Maha suci Allah.. Kurniakanlah kudrat dan keinginan yang sama kepada semua guru di Malaysia ini.
3. Malu pada cikgu jika tidak berjaya
Bermula dari sinilah, murid kelas belakang ini mula berubah dan berusaha untuk membantu gurunya mencapai objektif pengajaran. Dia mula rajin bertanya, belajar tanpa mengira masa dan tempat.
4. Diberi tanggungjawab
Antara faktor lain yang menyebabkan dia makin positif dan bermotivasi ialah diberi kepercayaan oleh guru untuk memegang jawatan di sekolah.
Seperti tidak percaya.
Murid kelas belakang akhirnya menyandang Best student SPM. Mengejutkan semua orang.
Dan kini dia membuatkan gurunya bangga kerana miliki segalanya, jawatan, pendidikan, kekayaan.
Gurunya..
Tetap seperti dulu, yang penting usahanya membantu anak bangsa membuahkan hasil.
Terdapat banyak rahsia atau resepi untuk perkahwinan yang bahagia. Tentunya setiap pasangan inginkan kehidupan rumahtangga yang manis-manis belaka. Terdapat pelbagai tip untuk memastikan hubungan sentiasa intim.
Kepada suami, nak ambil hati isteri ini mudah saja. Mulakan dengan pegang tangannya. Ikuti panduan beriku
1: Apabila berjumpa. Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus. Okay…boleh imagine tak?
2: Apabila lintas jalan. Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau. 3: Apabila mahu lepaskan pegangan tangan. Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke. Macam itu lah. 4: Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda. Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power. 5: Apabila berada di tempat yang ramai orang. Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang. Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada. 6: Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba. Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. 7: Apabila anda mahu tidur. Sebelum anda melelapkan mata itu, walaupun isteri anda ada di sebelah anda sahaja, genggam sedikit tangan isteri anda dan cakap selamat malam. Seronokkan, sudah tidak perlu mesej malam-malam untuk ucapkan good night? Boleh beritahu terus. 8: Apabila isteri anda nampak sale. Waktu ini memang anda perlu pegang tangan isteri anda. Kalau boleh, pegang pursenya sekali agar tidak berbelanja lebih.
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mahukan zuriat sendiri, tetapi itu semua atas rezeki masing-masing. Ada yang baru kahwin terus dikurniakan dengan rezeki anak dengan cepat, malah ada juga yang menunggu bertahun-tahun baru ada rezeki anak.
Bagi yang belum dikurniakan rezeki anak, mungkin belum tiba masanya, jangan mengalah untuk berusaha dan mencari sumber kebahagiaan lain sementara menanti cahaya mata sendiri.
Sama seperti pelakon dan pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin masih belum dikurniakan rezeki zuriat meskipun sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Melodi, Izzue berkata dia didatangi seorang wanita bertudung yang berani mati menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua serta ingin melahirkan anak.
Kata Izzue, 32, dia dan Awin terkedu dengan tindakan wanita tidak dikenali itu yang disangka hanya bergurau semata-mata.
“Ini betul-betul terjadi ada seorang perempuan bertudung datang depan saya dan Awin di satu majlis pada pertengahan tahun.
“Tiba-tiba dia cakap dekat Awin yang dia okey nak jadi isteri kedua dan bagi zuriat. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau rupanya dia serius. Cara dia cakap memang beria sangat.
“Saya dan Awin tak tahu nak respon apa. Ini kali pertama berlaku depan mata sendiri. Sebenarnya saya memang marah bila dia cakap macam itu.” katanya.
Ditanya mengenai perasaan Awin, pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui hati isterinya terguris namun tidak berlanjutan sehingga timbul pergaduhan.
“Tidak dinafikan memang beri kesan kepada kami tetapi tidaklah sampai huru hara dan bergaduh. Ada juga orang macam itu? Jadi kami akan berjaga-jaga dan bersedia apabila berada di luar.” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe mengingatkan individu terbabit untuk menjaga perasaan isterinya sebelum berkata-kata.
“Saya minta tolong sangat-sangat untuk jaga hati isteri saya. Jangan buat perangai macam itu, tak elok! Awak perempuan.. bertudung pula itu. Tak manis buat macam itu dekat isteri orang.” tambahnya.
Terdahulu, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.