“Kids Sekarang Kena ‘Kenal’ Apa Itu Rotan. Setuju Cara Awak.” Netizen Sokong Cara Norkhiriah Tegas Didik Anak!

Share

Mendidik anak-anak bukan semudah ABC, lebih-lebih lagi yang bekerjaya. Mungkin nampak mudah tapi memerlukan perhatian lebih.

Baik ibu-ibu biasa mahupun selebriti kalau sebut bab anak, sayang macam mana pun bab kelakuan anak memang tak bagi muka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pelakon Norkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie baru-baru ini memuat naik satu video berkongsi caranya mendidik anak.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan Khiriah  kononnya sedang memarahi anak sambil memegang rotan panjang. rupa-rupanya ia sengaja dirakam oleh pelakon ini.

Menurut Khiriah, anaknya bernama Muhammad Yusoff dimarahi kerana bermain telefon bimbit walaupun sudah dilarang oleh ayahnya.

Menerusi kapsyennya, pelakon Drama Nur ini sengaja menyebut suaminya mahu ‘menghantar’ anak mereka ke sekolah pondok jika berkelakuan pelik supaya anaknya ini tahu cara hidup berdikari.

Rupa-rupanya rotan panjang itu sekadar acah-acah sahaja. Bukanlah Khiriah mahu betul-betul merotan anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas dari pengikutnya dan ramai yang menyokong tindakan pelakon tersebut.

Tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman dididik cara yang sama oleh ibu bapa mereka ketika kecil.

Sumber: IG khiriah17 Oh My Media

 

 

IKLAN