Mencuci periuk dan kuali jadi aktiviti paling malas kita nak bersihkan. Maklumlah kerja-kerja menyentalnya kena gunakan usaha lebih sedikit berbanding biasa.
Apa lagi kalau waktu kenduri kendara. Kadang-kadang nak sudahkan proses menyental ini boleh ambil masa yang lama dan kena gunakan tenaga yang lebih. Maklumlah sebab nak menyental hingga periuk jadi putih dan berkilat.
Sebenarnya ada banyak cara untuk kilatkan periuk ini paling pantas. Paling penting ianya mujarab dan berkesan mengilatkan periuk yang kita gunakan.
Tip yang dikongsikan oleh Kalaivani Krishnasamy ini memang tip top. Bagaimana? Ikuti langkahnya.
Kepada sis yang nak petua, periuk belanga, perkakas dapur steel, silver, besi bagai dan berkilat, boleh cuba petua ni ye..
Bahan-bahan:
Asam Keping
Periuk atau bekas besar
Ads
Langkahnya:
1. Sediakan periuk atau kuali yang besar. Ikut perkakas rumah yang nak dibersihkan. Kena besar daripada kuali yang kita nak bersihkan.
2. Masukkan air paip dan masukkan asam keping, 6 hingga 7 keping. Tunggu sampai air mendidih.
Ads
3. Nmpak tak ada kesan warna coklat sikit. Jadi nak hilangkan benda ni, masukkan bowl ni dalam air yang sedang mendidih.
4. Biarkan sampai tenggelam dan tunggu dua minit.
Ads
5. Nampak tak warna cawan ni dah bertukar warna.
6. Ambik bowl tadi dan masukkan yang ni pulak. Tunggu 2 minit dan terbalikkan. Angkat dan sental guna sabun basuh pinggan.
7. Inilah hasilnya. Berkilatkan?
Selamat mencuba!
Sumber: Kalaivani Krishnasamy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masa terluang ketika berada di rumah sepanjang PKP ini mungkin ada antara kita mula berjinak-jinak dengan bercucuk tanam pokok bunga untuk memperindahkan lagi laman rumah.
Dan di sini, dikongsikan satu cara bagaimana menyediakan pasu bunga daripada paip pvc. Idea unik dan nampak menarik untuk dipraktikkan sebagaimana perkongsian Siti Samsiah.
Meh tengok nenek buat apa pagi ni.
Tanam pokok guna PVC. Laman nnek memang sana sini pvc untuk tanam pokok.
Panduan ringkas ada di setiap gambar.
Step 1
Permulaan gali sikit lubang
Step 2 :
Pacak PVC ikut suka ukuran. Dah pacak ketuk keliling pvc biar kukuh. Ratakan tanah dipangkal pvc tu.
Step 3 :
Lapisan bawah isi pecahan pasu atau batu bata. Untuk jimat tanah.
Step 4
Ketuk bagi tanah turun.
Step 5 :
Akhir sekali tanam pokok yang kita suka dan siram.
Kalau yang suka boleh cuba.Yang tak suka leceh kerja beli pasu jer….
Neelofa yang kaya pun belek harga sebelum beli, normal bagi wanita. Ternyata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor juga seperti ibu-ibu yang lain. Sebelum beli sesuatu barang, akan belek-belek harga terlebih dahulu.
Neelofa Yang Kaya Pun Belek Harga Sebelum Beli, Normal Bagi Wanita
Melalui Insta Storynya, Neelofa berkongsi kehadirannya di majlis meraikan ulang tahun pertama jenama Kita&Co yang pertama. Kelihatan Neelofa membelek-belek harga sehelai seluar. Perlakuannya itu sama seperti ibu-ibu di luar sana yang turut mempunyai ‘kelakuan’ yang sama sebelum membeli apa-apa jua jenis barang.
Golongan ibu, sering kali dilihat sebagai pengguna yang bijak berbelanja. Salah satu ciri utama yang sering diperhatikan ialah kecenderungan mereka untuk membandingkan harga sebelum membuat sebarang pembelian.
Sama ada di pasar raya, kedai runcit, atau platform membeli-belah dalam talian, ibu-ibu selalunya memastikan mereka memperoleh nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Namun, adakah tabiat ini hanya sekadar kebiasaan atau sebenarnya suatu amalan yang bijak? Mengapa Ibu-Ibu Suka Membandingkan Harga?
Kewangan Keluarga yang Terkawal
Ibu-ibu biasanya memainkan peranan penting dalam mengurus kewangan keluarga. Dengan memastikan harga yang terbaik, mereka dapat mengelakkan perbelanjaan berlebihan dan memastikan bajet bulanan dapat diurus dengan baik. Lebih-lebih lagi, dengan kenaikan harga barang keperluan yang sering berlaku, perbandingan harga ini membantu mereka berjimat.
Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran
Melalui membandingkan harga, ibu-ibu menjadi lebih peka terhadap perubahan harga di pasaran. Mereka dapat mengesan bila harga barangan keperluan naik atau turun, dan ini memberi mereka peluang untuk membeli barangan tersebut pada waktu yang paling sesuai, misalnya ketika ada promosi atau diskaun.
Kepuasan Membeli-Belah
Ada juga unsur kepuasan psikologi dalam membandingkan harga. Bagi sesetengah ibu, mereka merasa lebih berpuas hati apabila mengetahui bahawa mereka telah berusaha untuk mendapatkan tawaran terbaik. Ini memberikan rasa kepuasan apabila barang yang dibeli bukan sahaja berkualiti tetapi juga pada harga yang lebih rendah berbanding biasa.
TEKNIK MEMBANDINGKAN HARGA YANG DIGUNAKAN
Ibu-ibu menggunakan pelbagai kaedah untuk membandingkan harga, termasuk:
*Melawat beberapa kedai sebelum membuat keputusan akhir. Ini terutamanya berlaku apabila membeli barangan besar seperti perabot atau peralatan elektrik.
*Menggunakan aplikasi perbandingan harga dalam talian. Banyak ibu kini memanfaatkan teknologi untuk membuat perbandingan harga dari pelbagai platform.
*Memantau iklan promosi dalam risalah, katalog, dan platform media sosial. Kadangkala, promosi yang baik hanya berlangsung dalam tempoh yang terhad, jadi ibu-ibu yang peka akan cepat bertindak.
Adakah Ini Suatu Amalan Bijak?
Pada dasarnya, membandingkan harga sebelum membeli merupakan satu amalan bijak yang membantu pengguna, terutamanya ibu-ibu, untuk berbelanja dengan lebih berhemah. Dengan ini, mereka dapat memastikan setiap perbelanjaan adalah berbaloi dan mengurangkan risiko pembaziran.
Selain itu, tabiat ini juga mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik, kerana anak-anak akan melihat bagaimana ibu mereka berhati-hati dalam berbelanja dan menghargai nilai wang.
Amalan membandingkan harga sebelum membeli bukanlah sekadar kebiasaan semata-mata, tetapi satu strategi yang membantu ibu-ibu untuk berbelanja secara bijak.
Dalam dunia yang semakin mencabar dengan kenaikan kos sara hidup, ibu-ibu memainkan peranan penting dalam memastikan keluarga mereka dapat terus hidup selesa dengan kewangan yang terkawal. Jadi, bagi ibu-ibu yang suka ‘belek harga’ sebelum beli, teruskan usaha ini kerana ia sememangnya satu langkah yang bijak!
Menariknya perkongsian ini untuk mendidik anak-anak supaya suka ke sekolah.
Ikuti perkongsian seorang guru tentang bagaimana menjadikan sekolah sebuah tempat yang disukai oleh anak-anak.
Rahsia anak semangat nak ke sekolah
1. Sebelum tidur
Petua paling mujarab untuk anak-anak yang takut, malas dan tidak suka ke sekolah. Bisikkan kata-kata semangat yang mampu menolak segala pemikiran dan sikap negatif.
Biasanya anak ponteng dengan beberapa faktor, takut cikgu sebab tak siap homework, tidak suka atau minat dengan sesetengah subjek, takut dengan kawan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Wujudkan persepsi positif pada diri anak, pada cikgu dan persekitaran
” Ammar bijak,
tulisan cantik,
peramah,
berani,
Allah sayang,
ibu ayah sayang,
cikgu sayang
kawan-kawan sayang,
Semua orang sayang Ammar”
In sha Allah.. Cuba perhatikan perubahan pada anak-anak
2. Kenapa perlu ke sekolah?
Saya pernah tanya beberapa orang murid soalan kat atas, jawapan mereka membuatkan saya terfikir…
Antara jawapan yang saya terima,
” Mak Ayah suruh”
” Kalau tak datang ayah marah”
” Best datang sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan”
Hampir semua murid tidak tahu tujuan datang ke sekolah.
Perkara yang paling penting dalam membentuk semangat dan motivasi anak-anak adalah cita-cita.
Bina satu cita-cita dan khabarkan kepada mereka tujuan ke sekolah ialah untuk mencapai cita-cita tersebut.
3. Ceritakan yang baik-baik tentang cikgu
Jernihkan hubungan dan tanggapan anak terhadap cikgu. Rasionalkan kenapa mesti siapkan kerja rumah, positifkan anak-anak bila cikgu tegur tentang sikap dan perangai mereka.
Menelan aduan anak bulat-bulat membuktikan bahawa kita ibu bapa yang gagal menyelesaikan masalah, terlalu emosional dan melulu.
Anak-anak tersepit, rasa takut, benci dan negatif terhadap guru makin membarah. Akhirnya ke manapun anak bersekolah persepsinya terhadap cikgu tidak akan berubah.
Anak yang sihat mentalnya akan membesar menjadi manusia yang seimbang.
Anak yang menyimpan dendam dan prasangka akan membesar sebagai manusia yang sakit, murung, pendendam dan bertindak mengikut perasaan.
Setiap ibu bapa di Malaysia pasti mengimpikan masa depan anak yang cemerlang penuh pencapaian dan kejayaan. Namun impian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa...