Kimchi Tahan Sehingga 2 Bulan. Begini Cara Buatnya & Tak Susah Mana Pun!

Share

Buat peminat cerita drama Korea tentu ada terdetik di hati seakan terasa teringin hendak mencuba rasa kimchi. Maklumlah jika kita lihat dalam drama, orang Korea kalau makan nasi bersama kimchi nampak begitu menyelerakan.

Jadi apa kata kita layankan selera dengan menyediakan sendiri hidangan tersebut. Memandangkan untuk membuat kimchi, bahan-bahan yang digunakan tidaklah sukar dan mudah sahaja proses penyediaannya. Syoknya juga kimchi ini boleh disimpan lama hingga 2 bulan!

 

 

Ini sebagaimana langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Abby Red Luna

Bahan Utama :

Kobis Cina – 3 biji (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
Lobak Putih – 3 batang
Lobak Merah – 3 batang

 

 

Cara penyediaan :

1.Potong Kobis kepada 4 bahagian dan kemudian cuci bersih-bersih di setiap helaian kobis. kemudian toskan airnya

2.Letak garam kasar di setiap helaian kobis.

3. Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Pastikan juga terbalikkan Kobis setiap 1 jam, ini nak bagi garam sekata.

4.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya

Manakala lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Bahan untuk di blend :

Bawang putih – 3 labu
Halia – Anggaran 1 sudu makan
Lada Merah Besar – 3 biji (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
Gula – 1/4 cawan

Blend semua di atas bersama air. Ketepikan.

Daun Bawang – 1 ikat dipotong anggaran 1 inci
Daun Kucai (optional) – 1 ikat  dipotong anggaran 1 inci

Cara Penyediaan :

1.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar

2.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.

3.Masukkan sekali daun bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi

4. Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.

5.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata

6.Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.

7.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.

**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)

Siap untuk di makan.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

IKLAN