Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, adik Ziyad meraih perhatian netizen apabila berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran pada usianya yang cukup muda di sebuah Akademi Al-Quran Akmal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hafiz cilik yang dikenali sebagai Ziyad itu dikhabarkan mula menghafal Al-Quran sejak berusia tiga tahun lagi.
Kejayaan besarnya itu membuatkan rata-rata netizen kagum dan sebak dengan kejayaannya seawal usia 10 tahun.
Ads
“Adik Ziyad bukan nama asing dalam kalangan kami. Waktu usianya masih bayi, dia pernah viral dan digelar sebagai Hafiz Cilik.
“Sejak kecil lagi, dia dah mula menghafal surah-surah lazim.
“Umur baru 3 ke 4 tahun dia dah boleh baca dan hafal beberapa surah dengan lancar.
Ads
“Pada umur 9 tahun, Ziyad masuk akademi ini dengan satu niat besar iaitu untuk khatam 30 juzuk dalam masa setahun,” kongsinya menerusi video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui kejayaan Ziyad yang bergelar Hafiz Al-Quran seawal usianya 10 tahun.
Didikan ibu bapa adik Ziyad juga turut dipuji kerana berjaya mendidik insan hebat ini sejak kecil dengan disiplin hingga memperoleh kejayaan besar buat dirinya. Hebat!
Sumber: TikTok @danialhussin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Fedtri Yahya dinobat pengulas tv terbaik di hari lahir isteri, “Kebetulan yang indah. Fedtri Yahya atau nama penuhnya, Ahmad Fedtri Yahya telah dinobatkan sebagai Pengulas TV Terbaik – Aduan Jiwa : Hati Tertinggal Di Syria (TV9).
Kemenangan Fedtri sudah dijangka ramai atas kecemerlangannya memberikan ulasan dalan rancangan Aduan Jiwa: Hati Tertinggal di Syria.
Paling bermakna apabila kejayaan itu jatuh pada hari ulang tahun isteri tercinta, Nurul Anati Ismail.
Berikut perkongsian Fedtri di laman Instagram.
‘Kebetulan’ yang indah. Kemenangan dan anugerah tepat pada hari lahirmu.
Selamat ulang tahun bidadari. Moga solehah selalu & dirahmati.
Jika ada doaku yang tertolak, moga Allah memintas suratan takdir dengan tulus doamu yang dilimpahi kasih sejati. Allah Maha Baik. Semuanya akan indah. Amin.
Sebelum pulang ke rumah, kita raikan dulu. Selagi belum menutup usia, raikan semua yang membawa bahagia di jiwa.
Malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 edisi ke-36 berlangsung pada 26 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9 malam.
Bertemakan ‘Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan’, ASA2024 menggambarkan keunggulan, kemegahan dan nilai eksklusif dimiliki kepada penerimanya.
Bagi edisi tahun ini, ASA2024 bakal memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.
Solat tanpa telekung menjadi topik hangat apabila foto Biduanita Negara itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mempersoalkan kesahihan solat berkenaan, malah tidak kurang juga yang secara terbuka ‘menghukum’ tanpa mendapatkan penjelasan sebenar daripada sudut hukum.
Dalam suasana masyarakat hari ini yang pantas memberi pandangan, isu ini sebenarnya membuka ruang yang lebih besar tentang kefahaman kita terhadap syarat sah solat bagi wanita.
Secara asasnya, para ulama sepakat bahawa antara syarat sah solat bagi wanita ialah menutup aurat dengan sempurna. Namun begitu, telekung bukanlah rukun atau syarat wajib yang menentukan sah atau batalnya solat tanpa telekung.
Menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, telekung hanyalah pakaian tradisi masyarakat Melayu yang memudahkan wanita menutup aurat ketika solat.
Dari sudut hukum, wanita boleh menunaikan solat tanpa telekung dengan apa jua pakaian sekalipun, asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan syarak iaitu:
“Ramai tanya saya adakah solat DS Siti ini sah? Jawapannya sah. Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat,” jelas beliau.
Antara perkara yang turut menjadi tanda tanya dalam isu solat tanpa telekung ialah bahagian dagu adakah ia termasuk dalam kategori wajah yang boleh didedahkan ketika solat?
Menurut Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, sempadan wajah ialah daripada tempat tumbuh rambut di kepala hingga ke bahagian bawah dagu serta dari telinga ke telinga.
Ini bermaksud bahagian luar dagu termasuk dalam kategori wajah. Namun bahagian bawah dagu yang bersambung dengan leher tidak termasuk dan wajib ditutup ketika solat.
Walau bagaimanapun, para ulama turut membincangkan perkara ini secara terperinci dan terdapat khilaf (perbezaan pandangan). Justeru, ia bukan isu yang wajar diperbesarkan sehingga membawa kepada kecaman melampau terhadap isu solat tanpa telekung.
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menegur dengan hikmah dan berlapang dada dalam perkara yang mempunyai perbezaan pandangan. Tidak semua perkara yang tular perlu disambut dengan emosi.
Isu Siti Nurhaliza solat tanpa telekung ini sepatutnya menjadi ruang untuk masyarakat memahami hukum sebenar dan membezakan antara budaya dan syariat.
Kesimpulannya, solat tanpa telekung tetap sah selagi aurat ditutup dengan sempurna mengikut ketetapan syarak. Telekung hanyalah pakaian yang memudahkan, bukan penentu sah atau batalnya solat tanpa telekung.
Semoga setiap perbincangan yang berlaku membawa kita kepada ilmu, bukan sekadar sensasi.
Kegembiraan sebuah keluarga bercuti bertukar duka apabila anak lelaki mereka berusia 10 tahun lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini, petang Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’far berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 8.57 malam hari yang sama.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 47 tahun mengatakan anaknya telah meninggal dunia disebabkan lemas ketika mandi di kolam renang hotel tersebut.
“Keluarga dari Pahang itu tiba untuk mendaftar masuk hotel tersebut jam 3.30 petang pada Isnin, untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga.
“Selepas selesai mendaftar masuk, lelaki tersebut bersama mangsa serta ahli keluarga lain telah turun mandi di kolam renang sekitar jam 5.30 petang.
“Bagaimanapun, ketika mandi, dia menyedari mangsa telah hilang dari pandangan sebelum menemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.20 malam hari yang sama.
Jelas beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di kolam renang bagi mengelak kejadian sama berulang,” ujar beliau.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.