Kini Masanya Cukup Sempurna, Ibu Ayah Ambil Peluang Untuk Lebih Dekat Dengan Anak-anak!

Share

Melihat senario ketika ini, berlakunya perubahan persekitaran gaya kerja ‘Work From Home’ dan corak pembelajaran anak-anak dilakukan secara online. Ini menjadi suatu pengalaman baharu buat anak-anak kita dan hakikatnya inilah saat terpenting untuk ibu bapa mengambil peluang mengajar anak-anak bagi membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran sepanjang berada di rumah. Memandangkan sebelum ini mungkin ada ibu bapa yang sibuk rutin hariannya dan menyebabkan agak terbatas masa yang ada untuk melihat satu persatu tugasan sekolah anak-anak.

Merujuk kajian HP The New Asian Learning Experience 2019 (NALE) yang dibuat oleh HP Malaysia

, 56.5% ibu bapa hari ini percaya bahawa bahan bercetak mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga percaya bahawa gabungan bahan bercetak dan pembelajaran digital dapat meningkatkan pemahaman subjek matematik dengan lebih baik.

Apa yang pasti, adanya printer di rumah bukan lagi dilihat sebagai satu pilihan, tetapi ianya menjadi alatan terpenting untuk digunakan bukan sahaja boleh memenuhi keperluan anak-anak bersekolah malah untuk kegunaan seisi rumah.

Selain buku teks atau pembelajaran dari ‘zoom’, ada pelbagai pembelajaran interaktif yang boleh digunakan bersama HP Home printer anda.

Apa kata anda sekeluarga turut serta di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh HP Malaysia iaitu HP Little Makers Challenge.  Melalui cabaran yang diberikan secara tidak langsung memperkenalkan anak-anak berkenaan pembelajaran sejak usia kecil lagi dengan menggabungkan elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik menjadi aktiviti yang dapat dicetak dan cukup menyeronokkan untuk dilakukan bersama-sama.

Dengan menyertai HP Little Makers, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menerokai corak pembelajaran alaf baharu. Ini seiring dengan hashtag kempen ini #HPMY #HPLittleMakers #ReinventingLearning yang bertujuan mencipta semula kegembiraan ketika belajar melalui pembelajaran bahan bercetak.

Jadi tunggu apa lagi, ayuh sertainya untuk anda sekeluarga berpeluang menang hadiah dan baucer bernilai lebih dari RM30,000! Peraduan berakhir pada 7 Mei dan untuk keterangan lanjut sila layari https://www.hpmalaysia.com/littlemakers/

Manakala buat anda yang tercari-cari printer terbaik buat masa kini, HP DeskJet Advantage Ultra 4729 adalah pilihan yang tepat!

Terdapat beberapa keistimewaan printer ini antaranya mampu mencetak hingga 1500 helai bagi cetakan dakwat hitam dan boleh dihubungkan antara telefon pintar atau pun tablet melalui aplikasi HP Smart Apps. Selain itu, Ink cartridge tidak mahal harganya bahkan printer ini juga bersifat borderless printing, di mana fungsi ini membolehkan anda mencetak data dengan membesarkan ukuran  sehingga lebih luas sedikit daripada margin kertas.

Ternyata, HP DeskJet Advantage Ultra 4729  adalah pilihan printer paling ideal dan berbaloi untuk dimiliki bagi memenuhi keperluan anda sekeluarga. Bagi anda yang ingin mendapatkannya sila layari https://www8.hp.com/my/en/home.html



IKLAN