Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara bermula hari ini hingga esok susulan penularan jangkitan Covid-19.
Sumber daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) memaklumkan senarai sekolah ditutup 2 hari iaitu pada 26 dan 27 april 2021) akibat pengesanan jangkitan covid19 di sekolah seperti dilaporkan pada 25 april 2021
Ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.
Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.
Ads
Dalam pada itu, rata-rata didapati ibu bapa melahirkan rasa kerisauan peningkatan penutupan sekolah di Selangor.
Ads
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Nor Diana Othman berkata, semua murid dan guru sekolah terbabit tidak dibenarkan hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.
“Terdapat seorang pelajar SMK Taman Seraya telah dijangkiti wabak tersebut… Pihak KKM akan membuat penilaian dan menentukan sama ada tempoh penutupan akan dilanjutkan atau sebaliknya,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Ads
Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 2,690 kes dengan Selangor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 751 kes.
Disebalik rasa gembira dan syukur melihat adik beradik berkahwin, tidak dinafikan kita sebagai abang atau kakak juga tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sehingga menitiskan air mata lebih-lebih lagi ketika majlis pernikahan; saat lafaz akad nikah diucapkan.
Kerana kita tahu selepas ini, pasti adik yang kita sayang akan berpindah keluar dari rumah keluarga untuk hidup bersama pasangannya. Apatah lagi jika hubungan adik beradik yang sangat akrab, tentu sedikit sebanyak perubahan tersebut terasa seakan satu kehilangan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Barangkali perasaan yang sama turut dirasai oleh seorang Tiktoker Shafiq Nizam saat melihat adik perempuannya yang duduk di pelamin untuk majlis pernikahan.
“Tak Percaya Dia Dah Menjadi Seorang Isteri…”
Jelas dilihat daripada perkongsian videonya, ketika sesi akad nikah dijalankan, Shafiq yang duduk di belakang wali sudah mula sebak dan menundukkan wajahnya menahan emosi.
Namun kesayuan yang dirasai tidak terhenti di situ sahaja. Saat ahli keluarga yang lain bergambar dengan kedua mempelai, Shafiq mula pergi membawa diri keluar daripada kawasan dewan.
Ketika itu dapat dilihat Shafiq sudah tidak mampu lagi menahan hiba dan terus menangis hiba. Namun telah cuba ditenagkan oleh seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya. Difahamkan keadaan ini terjadi disebabkan dia terlalu sayangkan adiknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan yang dilalui olehnya bahkan turut sebak melihat tangisan ikhlas daripada seorang abang kepada adiknya. Tidak kurang juga yang mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.
Tulis Amanyainaa, ” Faham sangat situasi mcm ni . Adik beradik laki aina pun mcm ni . Turut nangis”
Komen IG @ratu__tv pula, ” Seorang abg x sanggup melepaskan adiknya jadi milik org lain tapi Akn bersama dgn adik nya smpi selamanya 🥺 Abg yg baik”
“Tahniah ika and shafiq family semoga kekal hingga ke jannah aamin🥰, Tulis Qaseed Izz
Di Usia 56 Tahun, SRK Belanja ‘Six Pack’, Komen Isteri Pula Bikin Warganet Terhibur.
Tidak diperlu dikenalkan lagi, pelakon kacak ini yang terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai. Nama Shah Rukh Khan (SRK) tidak asing lagi buat peminat bollywood ini. Malah setiap kali hantarannya sering meraih perhatian peminatnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru, Shah Rukh Khan memuat naik sekeping gambar yang membuatkan peminatnya tidak keruan.
Gambar yang dipaparkan menunjukkan dia tidak mengenakan baju sehingga menampakkan susuk tubuh badan ‘six pack’ .
Di fahamkan, SRK berbuat demikian dengan menayangkan ototnya sempena mempromosikan filem Pathaan yang akan ditayangkan pada January tahun 2023.
Siapa sangka pada usia 56 tahun, pelakon hebat ini kelihatan bertenaga dengan lakonan watak utama untuk filem aksi.
Untuk rekod, berkahwin dengan Gauri Khan pada 1991, pasangan romantik India itu dikurniakan tiga cahaya mata yang semakin dewasa iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga pastinya ingin memberikan kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Malah sentiasa berusaha memastikan keluarga bahagia dengan sumber kewangan yang kukuh. Memang benar, rezeki tidak tidak bergolek tanpa usaha, tetapi rezeki datangnya daripada Yang Maha Pencipta tanpa kita duga. Selain solat dhuha dan zikir pembuka rezeki, memberi sedekah adalah amalan yang menjemput rezeki datang tanpa kita duga.
Telah terbukti melalui perkongsian yang dinyatakan oleh Encik Mohd Noor Azam Tuan yang menceritakan bahawa ‘kuasa’ sedekah itu begitu berkuasa. Walaupun perkongsian ini mengusik jiwa namun ia sungguh inspirasi ini. Moga kita semua muhasabah diri.
SUJUD SYUKUR SAMBIL BERTUALA.
Saya ada sebuah kisah peribadi yang boleh jadi inspirasi kepada Tuan dan Puan mengenai konsep bersyukur.Kisah ini panjang. Kejadian itu mendidik saya sehingga hari ini dalam berniaga.
Semasa saya berhenti kerja, hutang saya bernilai RM5,000. Lebih kuranglah. Yakin bisnes boleh maju dan berikan wang (sebenarnya tiada ilmu, hanya andaian saja), maka saya berhenti dan teruskan berniaga buat tapak niaga.
Hari pertama berhenti, dalam masa 24 jam kenderaan saya ditarik. Allah. Nasib baik ada kereta kedua. Walau kecil, saya redha apa yang berlaku.
Jika pada orang lain, mungkin itu tanda ‘suey’ (tidak baik) pada permulaan niaga. Mujur Allah berikan pasangan yang baik. Isteri ingatkan,
“Sabar..satu hari nanti kisah sedih ini akan jadi pengalaman manis bila kita berjaya”
Bulan ke 6, saya diuji dengan hutang yang tak mampu dibayar. Allah beri ujian lagi. Anak kehabisan susu dan isteri menangis kesedihan. Allah ujian ini sangat berat!
Saya masih ingat, sewaktu itu saya sedang menyapu rumah. Berpakaian seluar pendek saja. (dalam rumah). Kepala memikirkan tekanan hidup kerana bisnes tak menjadi.
Tiba-tiba, bunyi hon posmen. Saya minta isteri keluar dan ambil bungkusan poslaju itu.
Tak lama kemudian, tergopoh-gopoh dia naik tangga dan berikan ‘isi kandungan’ pos laju itu.
Sebuah buku!
“Saya cuba je letak.nama sebab penukis nak beri percuma kepada yang terawal. Dapat rupanya!”
Suruh itu, suruh ini. Tukar fikiran dan sebagainya. Bagi saya waktu itu sebarang buku yang ada hadis dan ayat-ayat Al Quran mungkin membosankan sebab bahasanya yang BERAT.
“Aku tengah pening duit tak ada, dia suruh baca pula”, bisik saya dalam hati.
Petang itu sedang berehat saya terrrrrnampak buku itu. Tangan terus menyelak ke satu laman mukasurat.
KISAH GRADUAN YANG PERGI KONVO HANYA ADA RM30 DAN BERSEDEKAH SEMUANYA. APA YANG TERJADI SELEPAS ITU?
Saya baca satu demi satu.
Air mata saya menitis. Saya ulang baca daripada mukasurat awal hinggalah tamat dalam masa 1 jam 45 minit.
Kata kunci bersyukur buat saya terpana.
‘Lihat apa yang kau ada bukan apa yang kau tiada.’
Saya ada anak-anak dan isteri, saya ada rumah untuk mereka, lantas kenapa saya mahu merungut?
Sedekah!
Perkara pertama saya lakukan, habiskan RM20 yang ada ditangan, beli jambu batu dan potong lalu letak di masjid (solat Jumaat). Habis!! Saya pulang.
Duit sudah tiada di tangan. Hanya ada bekalan makanan cukup 7 hari. Sememangnya saya buntu.
Tapi…jiwa saya tenang. Eh kenapa ni? Saya sudah tiada wang. Tapi lepas sedekah tadi, hati tenang sangat.
Hari berlalu seperti biasa sehinggalah hari Isnin, hon posmen berbunyi lagi. Saya yang baru lepas mandi dan bertuala terkejut apabila isteri menjerit.
“You, ada cek!!”
Saya lihat cek itu. Ya, nilainya ribuan ringgit. baru saya teringat komisen saya jual rumah dahulu masih ada berbaki.
Ya Allah. Oleh kerana terlalu gembira, dengan bertuala saya sujud syukur. Menangis kami suami isteri.
Sejak daripada itu, setiap kali tv mempamerkan no. akaun untuk derma, kami beri juga walau RM1.00.
Buat online. Zakat perniagaan kami jelaskan.Kami yakin, sedekah itu membersihkan hati dan menenangkan jiwa kami. Cabaran pasti ada sepanjang berbisnes dan sukar dikawal, tetapi kita boleh kawal jiwa kita untuk tenang dan keberkatan itu dapat diperolehi.
Walau tapak niaga kadangkala tak penuh, walau terpaksa menutup tapak niaga dan cakap-cakap orang, kami percaya kepada Maha Pemberi Rezeki.
Sampai sekarang, saya masih terfikir cantiknya aturan Allah menjadikan buku itu sampai TEPAT pada waktunya. Saya minta bantuan duit dan peluang tetapi buku itu adalah mediumnya.
Terima kasih Allah kerana selalu mengujiku.
Sungguh inspirasi perkongsian ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.