“Know Know Got Fiance. Syukur Alhamdulilah.” Sharifah Amani Kini Tunangan ‘ Encik Laju’

Share

Tanpa sebarang berita,  pelakon Sharifah Amani selamat bergelar tunangan orang.

Berita gembira tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, sekeping gambar tertera cincin pertunangannya yang disarung pada jari manisnya.

Tahu-tahu dah bertunang. Syukur Alhamdulillah. Selangkah semakin hampir. Sampai bila-bila,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37 melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar mengikut kehendaknya.

Bagaimanapun, anak kepada pelakon senior, Fatimah Abu Bakar ini masih lagi belum mendedahkan gerangan tunangnya itu.

Rata-rata peminat dan raksn selebriti menitipkan ucapan tahniah atas pertunangan tersebut.

Malah, penyanyi Naim Daniel turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan persembahan istimewa di majlis perkahwinan Amani.

Nak nyanyi nanti untuk awak dan Encik Laju,” tulisnya.

Sumber: Sharifah_ Amani

IKLAN