Tanpa sebarang berita, pelakon Sharifah Amani selamat bergelar tunangan orang.
Berita gembira tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, sekeping gambar tertera cincin pertunangannya yang disarung pada jari manisnya.
“Tahu-tahu dah bertunang. Syukur Alhamdulillah. Selangkah semakin hampir. Sampai bila-bila,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Ads
Pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 37 melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut telah berjalan dengan lancar mengikut kehendaknya.
Bagaimanapun, anak kepada pelakon senior, Fatimah Abu Bakar ini masih lagi belum mendedahkan gerangan tunangnya itu.
Ads
Rata-rata peminat dan raksn selebriti menitipkan ucapan tahniah atas pertunangan tersebut.
Ads
Malah, penyanyi Naim Daniel turut menyatakan hasratnya untuk mengadakan persembahan istimewa di majlis perkahwinan Amani.
Musim cuti sekolah biasanya berkhatan antara aktiviti wajib yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anak lelaki. Lebih-lebih lagi yang sudah sesuai untuk melakukannya.
Bagi pelakon cantik manis, Datin Diana Danielle menerusi satu temu bual memberitahu amat bangga dengan keberanian anak lelakinya, Muhammad yang baharu berusia lima tahun untuk melalui proses berkhatan.
Diana, 28, berkata, keputusan untuk berkhatan itu dibuat sendiri oleh Muhammad selepas berasa tercabar dengan sepupunya yang sudah bersunat.
“Kalau ikutkan saya rasa memang macam masih terlalu awal… Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.
“Dia rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama.
Diana yang juga isteri kepada Datuk Farid Kamil menerusi laman instagramnya memuat naik cerita anak lelakinya itu telah selamat berkhatan dengan menggunakan kaedah laser di di sebuah klinik di Seremban.
Tambah Diana lagi, anak sulungnya itu memang seorang yang berani.
“Alhamdulillah dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusannya itu,” katanya.
“Muhammad hanya menangis ketika diberikan ubat bius namun selepas kesan ubat itu hilang, kanak-kanak itu mula menyesal dengan keputusannya.
“Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat… Tetapi itu pada hari pertama sahaja dan sekarang keadaannya semakin pulih,” katanya.
Selain mendapat perhatian ibu dan ayah, Muhamad juga turut ditemani adiknya. Lucunya, si adik siap membawa bersama mainannya untuk menemani si abang. Bertuah dapat adik yang prihatin macam Aurora ni kan.
Kerapkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.
Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acapkali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.
Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.
Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.
1. Ubah Posisi
Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.
2. Pandang Sudut Positif
Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.
Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.
3. Bezakan Remeh Dan Tidak
Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.
Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.
4. Mudahkan Fikiran
Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.
Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.
5. Tegur Cara Baik
Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.
6. Jangan Panjangkan
Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.
7. Ambil Masa
Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.
* Tahukah Anda
Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.