Bila sebut tentang perihal adik-beradik, pasti ada saja kisah yang boleh dikongsi. Bergurau kasar tu dah jadi perkara biasa – lagi-lagi bila si abang kuat menyakat adik perempuannya.
Tapi, lain pula kisah seorang pengguna Twitter ini bila si abang yang disakat oleh adik perempuannya. Lucu sungguh. Ni kisahnya.
Apabila ditanya wartawan Keluarga, Abir Islami, 24, menjelaskan yang dia dan adiknya, Rabiatul, sering bergurau tapi ini kali pertama adiknya berbuat sedemikian.
“Bergurau selalu, lumrah hidup berkeluarga. Untuk yang begini tidak sama sekali. Itu yang saya kongsikan di Twitter.”
“Parents suka kalau kami bergurau senda. Itulah manisnya keluarga. Tapi macam yang saya kata, bukan gurau yang begini. Keluarga kami serba sederhana saja.”
Ads
Bukan setakat itu, Rabiatul, 19, juga sempat menyakat abangnya sekali lagi dengan membeli barang keperluannya sebelum memulangkan kad debit Abir.
Namun, Abir juga tidak berkira dan tidak kisah adiknya berbelanja menggunakan duitnya kerana baginya besar ganjarannya jika dia membelanjakan duit untuk keluarga.
Ads
“Kalau soal duit, saya In Sha Allah tidak berkira. Sebab setahu saya sedekah pada keluarga ni besar ganjarannya.”
Apabila disoal jika dia akan membalas gurauan adiknya, Abir sambil berseloroh menjelaskan yang dia tak akan membalas gurauan itu dengan menggunakan duit.
Ads
“Kalau duit memang tak lah. Dia pun bukannya ada duit.”
Malah, Abir menjelaskan yang dia selalu menjadi mangsa ketika mereka keluar makan.
“Oh biasanya adik ajak makan tapi bila part nak bayar tu dia senyum jela cakap tak bawak wallet.”
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati seorang isteri dan suami sememangnya tidak sama. Kalau suami lebih cool, berbeza pula dengan isteri. Hati seorang isteri sememangnya perlukan sokongan kuat dibelakangnya.
Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu. Cukup hanya mendengar luahan atau memberi isteri ruang untuk melepaskan kepenatannya. Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya.
Namun, tak ramai lelaki bergelar suami yang mengambil berat soal ini. Mereka anggap dengan menyediakan keperluan secukupnya sudah memadai, sedangkan isteri itu orang biasa. Punya naluri dan keinginan untuk bermanja dan dimanjai.
Tidak bermakna isteri yang sebegini sifatnya mahu berlebih-lebih atau mengada-ngada, tetapi kalau suami fahami kepenatan isteri pun sudah cukup memadai.
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Ada benarnya juga kata-kata yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini.
Hati isteri itu lembut…
Jahat mcm mana pun suaminya, dia tak pernah lupa dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri…
Biarpun suaminya tak reply mesej, call tak angkat, selalu balik lambat dan tak pernah dgr bila dia bercakap, dia tetap masak utk suaminya…dia tetap basuh baju suaminya…dia tetap melayani suaminya bila diminta…
Tak pernah dia lupa daripada melakukan tugas2 seorang isteri biarpun suaminya sering memarahinya, menghinanya, memaki hamun dirinya, memukulnya dan menzaliminya, namun dia tetap ada bila suami perlukannya…
Suami tak bagi duit, dia usaha cari duit…suami tak beli kelengkapan dapur, dia guna apa yg ada…suami tak sediakan mesin basuh, dia basuh menggunakan tangan…suami takde duit, dia hulurkan dgn menggadaikan apa yg ada pd dirinya…dia cari alternatif dgn menggunakan apa jua pilihan yg ada sahaja dan tidak menuntut lebih2 drpd suaminya…
Sebab hati seorang isteri itu lembut…sebab tu dia mampu bersabar…sebab tu dia mampu bertahan…sbb tu dia mampu utk terus menjadi isteri walaupun suaminya tak benar2 menjadi seorang suami seperti yg diharapkannya…
Tp ingat, lembutnya hati seorang isteri itu ada tarikh luputnya dan bila smpai waktu tersebut, dia akan tutup buku lama, buka buku baru dan nama kita mgkin tiada lagi di setiap helaian muka surat didlm buku tersebut…
Kita dah menjadi sejarah utk dirinya…sejarah yg terlalu pahit utk dikenang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri menantikan kehadiran si kecil dalam hidup mereka. Timbul rasa berdebar dan dalam masa yang sana teruja setiap kali melihat perkembangan si bayi termasuklah mengetahui jantina bayi ketika membuat imbasan.
Bagi pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil lapan bulan mengakui masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan itu.
Ain, 30, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce berkata, setiap kali membuat pemeriksaan dan imbasan, bayi dalam kandungan ‘menyorok’.
” Setiap kali buat pemeriksaan kesihatan, bayi saya sangat ‘pemalu’. Susah betul saya nak tengok muka. Buat pemeriksaan 3D pun, memang tak boleh tengok, dia asyik menyorok saja.
” Doktor selalu cakap anak saya pemalu, tapi doktor mungkin lupa saya tak pemalu. Mungkin ikut bapa dia,” jelas Ain berseloroh.
Meskipun suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dikenali dengan sifat pemalu, Ain bagaimanapun menganggap suaminya itu sebagai pembawa tuah dan rezeki dalam kehidupan mereka.
” Saya anggap banyak rezeki selepas kahwin ini disebabkan Mirul. Bagi saya, he is my lucky charm… dia bawa rezeki kepada keluarga kami.
” Memang susah sangat nak tengok. Itu yang saya tak sabar nak bersalin dan tengok wajah bayi. Jantina pun tak tahu, bukan tak nak beritahu, tapi memang tak nampak.
” Seronok juga tak tunjuk jantina, sebab orang sekeliling saling berteka-teki mengenai jantina bayi dalam kandungan saya” ujar Ain lagi.
Ain yang dijangka melahirkan bayi pada 25 mei ini berharap dapat melahirkan anak secara normal.
” Sekarang usia kandungan sudah lapan bulan dan saya sangat gementar, Insya-Allah bulan depan bersalin. Doktor kata dalam 22 Mei, tapi saya menjangkakan lebih awal dari itu.
” Perasaannya sangat takut. Saya jumpa ramai kawan yang baru bersalin dan tanya perasaan dan pendapat mereka secara pembedahan atau normal.
” Ini kerana ramai cakap akan sakit, tapi saya tidak tahu apa perasaan sebab tidak pernah ada pengalaman bersalin.
” Walaupun takut, tapi teruja juga sebab nak tengok bayi macam mana. Tak sabar nak tengok muka macam mana.
” Kalau boleh nak cuba bersalin normal. Sebab lepas saya bersalin nanti dan tamat tempoh berpantang, saya terus masuk penggambaran JKK musim terbaharu.
” Kalau dapat bersalin normal senanglah saya nak jaga. Orang kata normal lebih senang sembuh jika dibandingkan dengan pembedahan,” katanya.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Disember 2019 dan Ain telah mengumumkan kehamilannya pada 29 November tahun lalu.