Kobis & Sayuran Lain, Penyeri Laman Rumah! Ibu Ni Kongsi Tip Menanamnya Dengan Mudah.

Share

Setiap orang ada hobinya yang tersendiri, begitu juga buat Puan Nur Allia Zahra ini yang mempunyai minat dan kecintaan pada aktiviti bercucuk tanam di laman rumah. Usahanya itu, turut dikongsikan di lama fb hingga pernah mencetuskan viral dek kerana lamannya yang dihijaukan dengan sayur-sayuran khususnya kobis. Jadi apa kata kita kenali wanita ini dan cungkil rahsia menanam kobis daripadanya. Jom semak.


Minat berkebun

Timbul minat sejak sekolah,  saya ambil aliran sains pertanian masa tingkatan 1 lagi dan keluarga saya memang dari dulu bercucuk tanam.

Saya pilih kobis sebagai hiasan laman sebab ia pokok lasak dan tahan panas. Bertepatan juga di tempat saya, iaitu di Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor ni  ada masuk pertandingan keceriaan antara felda-felda 1malaysia bertahun dulu. Jadi saya cuba hias laman dengan pokok kobis.

Jadi tidak sangka pula rumah saya pernah viral dalam group-group kecil di Johor. Ramai yang datang buat lawatan dan selfie di laman kediaman saya.

Bahagikan masa

Rutin harian saya sedikit berbeza, umumnya semua kerja rumah diurus pada waktu malam. Bab basuh kain, lipat kain, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya dilakukan pada waktu malam. Manakala waktu siang kerja saya hanya sibuk di luar rumah. Mengurus semua tanaman sambil-sambil uruskan anak-anak dan memasak.

Sebenarnya saya tidak ada niat pun untuk jual apa-apa hasil tanaman saya. Ianya saya anggap bonus saja, sedekah dan kalau ada permintaan dari kedai saya hantar dan duitnya saya sedekah dekat anak-anak.

Urus Sendiri 

Mula-mula saya urus sendiri laman sebab saya dengan suami ‘pjj’, anak-anak ada juga membantu. Pun begitu sejak-sejak kebelakangan ni suami ada bantu juga bila dia bercuti. 

Berkebun dilaman ini menjadi detik yang menyeronokkan dan mencipta momen manis dalam hidup saya. Saya suka setiap bangun pagi dapat melihat semua pokok-pokok menghijau di depan mata. Oleh itu, selain kobis banyak lagi jenis-jenis sayuran lain juga saya tanam di sekeliling rumah ini.

Terdahulu di dalam posting Fb, puan Nur Allia Zahra ada berkongsi cara untuk menanam pokok kobis, jom semak perkongsian bermanfaat daripadanya.

Dan hari ni saya nak share cara saya semai kobis sampai saya berjaya tuai kesemuanya.

Pertama sekali proses semai saya guna tanah biasa campur tanah hitam sawit campur sabut kelapa, gaul sebati. Basahkan sebasah basahnya media tu, gembur, tabur biji kobis. Biarkan media ditempat teduh 100%.

Biji benih akan cambah seawal 1 hari atau 2..3 hari..tahap ni perhatikan setiap masa kerana siput halus dan belalang mudah serang anak pokok.

Bila anak pokok naik, dia akan naik secara melentok. Jangan melatah, biarkan saja naiknya begitu. Tunggu batangnya keras sikit dan punya daun 4 helai atau 5 helai dah boleh pindahkan ke dalam polibag besar saiz 18 (berat media mungkin dlm 7kg+ 1polibag)

Dalam polibag media tidak sama macam media semai…dalam polibag cuma guna tanah biasa gaul rata dengan tanah hitam sawit..Tak ada tanah sawit pun tak apa, guna tanah hitam biasa..pindahkan anak pokok kobis yang naik melentok tu tanam dalam-dalam sikit, jangan tanam bahagian akar saja, tanam sekali bahagian batang yang naik melentok tu…biar dia membesar tegak dan kukuh.

Lepas pindahkan ke dalam polibag tunggu pokok nampak hidup dan kuat baru bubuh baja gemuk. Bila pokok dah besar tapak tangan, susun semua derect panas tak nak selindung-selindung redup, tak nak teduh-teduh pokok atau apa pun yang reduplah. Tindak balas media, baja, matahari adalah kesempurnaan yang bagus. Pokok akan naik sama saiz seperti dalam gambar saya…keseluruhan gambar adalah laman saya sendiri…dah masuk 5 musim saya semai dan tuai..baja gemuk seminggu sekali ye, saya guna yaramila 16…racun saya guna brogard untuk elak belalang, siput dan ulat ratus…tapi biasanya pokok kobis saya rosak dicubit-cubit daunnya sama anak kecik saya saja…hahaha…

Di harap ada sedikit info yang boleh membantu anda dalam post saya kali ni…
sumber : Nur Allia Zahra

IKLAN