Koko Kraf Club: Bila Sarapan Pagi Jadi Pemangkin Kreativiti Anak

Share

Bayangkan suasana pagi yang ceriabila  anak-anak tersenyum sambil menikmati semangkuk Koko Krunch sebelum ke sekolah. Namun kali ini, bijirin sarapan kegemaran itu bukan sekadar peneman pagi tetapi telah menjadi pemangkin kepada imaginasi dan kreativiti anak-anak di seluruh Malaysia menerusi inisiatif terbaru, Koko Kraf Club.

Dari Sarapan Ke Seni: Permulaan Hari Yang Penuh Inspirasi

Koko Krunch percaya bahawa setiap pagi yang ceria mampu membentuk hari yang lebih positif. Melalui Koko Kraf Club di mana tercetusnya Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Tahun 2025, Nestlé menjadikan semangat itu satu realiti dengan membuka ruang kepada kanak-kanak sekolah rendah untuk meneroka dunia seni dan kraftangan.

Projek ini bukan sekadar pertandingan seni, tetapi sebuah platform kreatif yang membantu anak-anak membina kreativiti, imaginasi, mengekspresikan idea, dan belajar bekerjasama dalam kumpulan.

Platform Kreatif Disokong Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Menambah nilai kepada inisiatif ini ialah kerjasama strategik antara Koko Krunch dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai satu langkah yang mengukuhkan kredibiliti Koko Kraf Club dalam Pertandingan Seni Kraf Kolaj Sekolah Rendah Tahun 2025 ini sebagai platform pendidikan kreatif yang sah dan diiktiraf.

Ia terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah awam di seluruh negara dengan dua kategori penyertaan: Kategori A (7-9 tahun) dan Kategori B (10-12 tahun). Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid yang akan menyerahkan hasil kolaj mereka untuk dinilai di peringkat daerah, wilayah, dan seterusnya ke peringkat kebangsaan di Nu Sentral Kuala Lumpur pada 6 November.

Seni Kolaj Sebagai Medium Ekspresi Diri

Aktiviti berteraskan seni kolaj ini memberi peluang kepada anak-anak untuk meneroka imaginasi tanpa batas. Mereka bebas bereksperimen dengan warna, bentuk dan tekstur sambil memahami nilai kolaborasi dalam berkarya secara berkumpulan.

Pendekatan hands-on ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu mengasah kemahiran motor halus, daya tumpuan, dan keberanian untuk mencuba idea baharu.

Koko Krunch: Dari Sarapan Ke Kreativiti

Melalui Koko Kraf Club, Koko Krunch terus memperkukuh imejnya sebagai jenama yang menyemai kebahagiaan dan permulaan hari yang positif, lebih daripada sekadar sarapan pagi. Inisiatif ini meletakkan Koko Krunch sebagai jenama yang prihatin terhadap pembangunan potensi kanak-kanak, khususnya dalam aspek kreativiti dan ekspresi diri.

Program ini juga selari dengan matlamat pendidikan holistik, di mana pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah, tetapi melalui pengalaman menyeronokkan yang mencabar imaginasi dan daya cipta.

Ibu Bapa Sebagai Pendorong Kreativiti

Koko Kraf Club turut mengiktiraf peranan ibu bapa sebagai pendorong utama dalam membentuk kreativiti anak-anak. Dengan memberi sokongan dan galakan sejak di rumah, ibu bapa menjadi sebahagian penting dalam perjalanan pembelajaran anak-anak bermula daripada sarapan pagi bersama hingga ke hasil karya yang siap dipamerkan.

Koko Krunch percaya bahawa setiap pagi yang bermula dengan tenaga positif dan kasih sayang dapat membuka ruang untuk anak-anak berfikir lebih kreatif.

Dari Daerah Ke Peringkat Kebangsaan

Pertandingan ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dari peringkat daerah, kemudian ke peringkat wilayah, sebelum 15 pasukan terbaik mara ke peringkat kebangsaan.

Di sinilah Top 3 kumpulan terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang National Level Grand Finale yang berlangsung di Nu Sentral Kuala Lumpur pada 6 November yang lalu sekaligus mengangkat SK Kompleks Mengabang Telipot, Terengganu sebagai Juara keseluruhan. Ia bukan sekadar pertandingan seni tetapi satu perjalanan yang memberi pengalaman bermakna dan membina keyakinan diri anak-anak Malaysia.

Lebih Dari Sekadar Bijirin

Dengan Koko Kraf Club, Koko Krunch membuktikan bahawa ia bukan sekadar bijirin sarapan pagi. Ia simbol pagi yang ceria, minda yang segar dan hati yang kreatif. Setiap sudu kecil Koko Krunch kini membawa makna yang lebih besar dan menjadi inspirasi untuk anak-anak Malaysia berfikir, mencipta, dan berani bermimpi.

Di sinilah sarapan menjadi titik mula kepada imaginasi yang tiada penghujung. Tahniah buat semua peserta yang terlibat dengan Koko Kraf Club!