Seronok rasanya bila sesekali membuat kejutan pada yang tersayang. Demikian juga yang ingin dilakukan oleh penyanyi Azmi Saat buat isteri tersayang sempena hari lahir isterinya baru-baru ini.

Penyanyi dari kumpulan Caliph Buskers ini meluahkan perasaan kecewa apabila kejutan yang dirancang buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan tidak berjaya. Hal tersebut berpunca daripada sebuah kedai bunga yang memberitahu perancangan asalnya kepada isteri.

“Konon Nak Suprise, Tapi Tak Menjadi?” Azmi Caliph Buskers Kecewa Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Gagal Gara-Gara…

IKLAN

Sakitnya hati kenangkan peristiwa yang jadi selasa itu hari. Nak cerita macam tak baik. Tak cerita pula macam tak boleh tahan. Sebagai #manusia yang lemah dan tidak berdaya saya ceritalah juga. Hehehe.
Selasa lepas adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya yang ke 9. Sebagai suami yang romantik, naklah bagi kejutan pada isteri.
Tiap-tiap tahun saya belikan bunga untuk isteri dan saya akan berikan sendiri padanya bila dia pulang dari kerja.
Tahun ini naklah buat kelainan sedikit. Saya mencari kedai bunga yang boleh hantarkan bunga di tempat kerja isteri. Dengan harapan dia akan betul-betul terkejut tiba-tiba bunga sampai di pejabatnya.
Cari punya cari, terjumpa satu kedai ni. Alamat kedainya di Petaling Jaya. Risau dia tak boleh hantar ke Putrajaya.

IKLAN

“Konon Nak Suprise, Tapi Tak Menjadi?” Azmi Caliph Buskers Kecewa Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Gagal Gara-Gara…
Saya hubungi mereka untuk bertanya. Mereka kata boleh sahaja mahu hantar ke Putrajaya. Tiada masalah. Alhamdulillah. Saya terus buat tempahan.
Selesai buat bayaran RM210 sekitar pukul 1 tengahari siap dengan ucapan dari hati lagi untuk mereka tuliskan dalam kad yang akan diletakkan pada bunga.
Kau tahu apa jadi lepas tu? lebih kurang 10 minit kemudian boleh pihak kedai bunga tu menelefon isteri saya.
“Assalamualaikum Puan Nazira. Kami dari BLOOMING FLORIST SDN BHD. Puan ada di pejabat sampai pukul berapa ya?”
“Waalaikumussalam. Insya Allah sampai pukul 5. Kenapa ya?”
“Kami nak hantar bunga. Rasanya ini dari suami puan sempena Ulang Tahun Perkahwinan.”
Kau rasa??? Sakitnya hati aku. Tak kan diaorang tak faham apa itu kejutan?
Itu okey lagilah. Tunggu punya tunggu, pukul 4 setengah bunga masih belum sampai. Tak lama lepas tu isteri dapat lagi panggilan.
“Puan. Kami terlupa untuk letakkan kad ucapan. Boleh tak kalau kami hantar melalui whatsapp sahaja?”

IKLAN

“Konon Nak Suprise, Tapi Tak Menjadi?” Azmi Caliph Buskers Kecewa Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Gagal Gara-Gara…
Ya Allah. Macam nak meletop rasa. Kalau setakat kau punya whatsapp, dari pukul 12 malam tadi aku dah bagi ucapan depan-depan siap dengan extra service sekali.
Ini kedai baru beroperasikah apa? Tak tahu langsung erti kejutan dan erti ekslusiviti. Atau memang perkhidmatan dia sebenarnya menggagalkan kejutan?
Tak pernah saya mengamuk bila yang saya mahu lain tapi dapatnya lain. Kali ni tak tertahan. Saya hubungi mereka dan luahkan kegeraman saya.
Sebenarnya kad itu bukanlah masalah sangat. Isteri saya pun tak nampak. Tapi paling sakit hati tu, kenapa dia pergi hubungi isteri saya semata-mata mahu tahu isteri saya ada di pejabat sampai pukul berapa? Siap maklumkan dia dari kedai bunga lagi. Patutnya hubungilah saya untuk bertanya apa-apa. Hish. Geramnya.

“Konon Nak Suprise, Tapi Tak Menjadi?” Azmi Caliph Buskers Kecewa Kejutan Ulang Tahun Perkahwinan Gagal Gara-Gara…
Kalau ikut hati aku mahu sahaja aku tulis nama kedai itu. Biar semua orang yang baca ni tahu betapa buruknya perkhidmatan kau.
Nasib baik di atas tu kau sendiri dah sebut nama kedai kau. Tak perlulah aku yang sebut.
Sekian, luahan dari suami yang gagal kejutannya.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI