Jangan katakan orang, diri sendiri pun kadang makan tak habis ke, atau tak makan pun lagi tapi ada habit semua benda nak rasa tahan lama mesti letak dalam peti sejuk. Betul tak?
Tahu tak, sebenarnya tak semua makanan sesuatu diletakkan dalam peti sejuk! Biar betul???
Haa kalau nak tahu? cer meh semak penulisan dari Asyikin Md Isa makanan apa yang kita yakin letak dalam peti tapi sebenarnya tak perlu pun letak dalam peti ais!
Jenis makanan tidak boleh disimpan dalam peti ais
Tidak dinafikan, apabila ada makanan yang tidak habis atau berlebihan, sudah tentu anda akan berasa sayang untuk membuangnya. Apatah lagi jika ia dalam keadaan yang elok dan masih boleh dimakan. Maka penyelesaian yang mudah adalah dengan menyimpan di dalam peti ais atau peti sejuk (refrigerator / fridge). Sumbatlah segalanya dalam freezer tu.
Tetapi hakikatnya, tidak semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan ada makanan yang akan rosak jika dimasukkan di dalam peti sejuk. Jom kita ketahui jenis-jenis makanan tersebut:
Madu
Madu adalah antara makanan yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.
Ads
Roti
Jika anda mungkin akan menghabiskan roti anda dalam tempoh masa beberapa hari, sebaiknya jangan disimpan di dalam freezer. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya.
Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya jika anda akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan.
Tembikai
Ahhh…best-nya dapat makan buah tembikai yang sejuk. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk.
Ads
Pisang
Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini.
Kacang
Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam fridge.
Ads
Sebaiknya, simpanlah kacang anda di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika anda ada menyimpan kacang di dalam fridge anda, anda boleh toast kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya.
Pastri
Pasti ada yang menyangka, cara terbaik untuk menyimpan lebihan pastri adalah di dalam peti ais. Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan menyimpan ia di dalam beg kertas dan disimpan di tempat bersuhu bilik biasa. Jika disimpan di dalam freezer ia akan menjejaskan tekstur dan menjadikan ia lembap. Sudah tentu ia jadi tidak sedap dimakan.
Sapuan roti
Sapuan pada roti sama ada coklat atau peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkannya di dalam frigde akan membuatkan kedua sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.
Konklusi
Bukan semua makanan sesuai untuk disumbat ke dalam peti ais. Namun, jika anda ingin menyimpan sesuatu makanan, pastikan ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau sekurang-kurangnya, ia dibungkus dengan baik agar tidak menjejaskan makanan lain. Tetapi jangan pula dibiarkan sehingga berbulan-bulan dalam freezer tu ya!
Nak tambah gajet dapur yang super berbaloi? Meh tengok kat sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rawatan tradisional seperti bertungku sudah sebati dengan cara berpantang masyarakat Melayu. Pun begitu, andai diamalkan teknik bertungku banyak manfaatnya dapat dirasai oleh tubuh badan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Fatin Amani apabila sebelum ini badannya sering diserang angin. Siapa sangka cara rawatan yang dipraktikkan cukup istimewa dan berkesan meredakan masalah angin-angin dalam badannya.
Ini perkongsiannya.
Sekadar perkongsian. Mungkin suri boleh buat juga jadikan amalan harian.
Badan saya jenis berangin. Memang tak boleh buat apa. Bila sakit urat je mulala badan rasa lemau lesu. Lagi-lagi saya ni jenis gastrik. So selama saya mengurut 2 3 bulan sekali, tak pernah orang mengurut bagitau benda ni.
Tapi hari Sabtu haritu saya cuba mengurut dengan orang lain and dia bagi saya tips ni.
Katanya, bila kita selalu stress, urat memang mudah nak blocking (tersimpul), masuk angin.
Katanya tak de istilah pantang makanan sejuk ke apa. Yang jadi sakit badan bila salah makan tu sebab badan kita sendiri urat dah blocking, pastu makan benda sejuk-sejuk, berangin, tu yang jadi sakit-sakit urat sebab aliran darah tak lancar. Kalau urat ok tak de blocking, badan tak kan sakit walaupun makan macam-macam katanya.
Pastu dia kata amalkan bertungku. Selalu bertungku kat tempat-tempat yang kita rasa sakit. Biar urat yang blocking tu lembut. Sebab katanya tak guna kalau selalu mengurut tapi tak bertungku. Sebab tak kan nak mengurut hari-hari kan katanya.
Suruh suami urut pun suami tak pakar dalam buat urutan yang betul. Sekadar hilangkan rasa sakit kejap je tapi urat yang blocking tu tak hilang.
So dia kata amalkan bertungku, hari-hari buat senaman stretching especially tang bahu dengan kaki. 2 3 jam skli buat dia kata. Dia kata bila aliran darah kita lancar, kita tak akan stress tak kan lesu and mudah nak tido malam.
So saya dah 2 hari cuba bertungku, alhamdulillah badan rasa ringan. Suri-suri bolehla cuba tips yg bidan ni bagi saya. Mana tau InshaaAllah kita semua cergas sentiasa. Surirumah kenala cergas sentiasa kan.
Mendengar perkataan subur mungkin tidak menjadi perkara penting bagi yang belum berkahwin. Namun perkataan ini sekali sekala akan menjadi sesuatu yang serius bagi seorang wanita yang telah beberapa tahun berumah tangga namun masih belum dikurniakan anak sebagai penyeri.
Menjalankan pemeriksaan kesuburan adalah salah satu langkah bijak yang perlu anda lakukan. Pun begitu, anda juga harus cuba untuk memastikan semua aspek penjagaan kesihatan dan kesuburan tetap terjaga. Apakah ia? Jom semak.
1. Pilih Makanan Sihat
Makanan yang sihat pastinya adalah makanan yang baru dimasak. Selain itu pilihlah buah-buahan segar dan juga sayuran yang masih lagi segar. Lebih baik jika anda boleh elakkan dari memakan makanan yang dipanaskan semula kerana zat dan gizi dalam makanan tersebut telah berkurangan.
Ketiga-tiga makanan sihat ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan keseimbangan hormon progesteron kesuburan.
2. Kawal Berat Badan
Tubuh yang kurus tidak menjanjikan tahap kesuburan yang tinggi. Sebaiknya cuba capai BMI yang ideal. Jika anda terlebih berat, banyakkan senam dan kurangkan makanan karbohidrat. Jika anda tidak cukup berat, ambil supplimen dan makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan secara sihat.
3. Elak Kafein
Kafein baik untuk merangsang otak malah merangsang daya seksual namun ianya kurang sesuai untuk perkembangan hormon kesuburan. Tingkatkan kesuburan anda dengan amalan meminum dua gelas susu sehari. Itu lebih baik!
4. Elak Aktiviti Berat
Aktiviti yang terlalu lasak juga akan mengganggu kesuburan anda. Elakkanlah mengangkat barangan yang terlalu berat kerana ini akan memberi kesan kepada peranakan anda. Berat melebihi 20kg, sebaiklah elakkanlah diangkat. Banyak kesannya pada sistem peranakan.
5. Lakukan Pemeriksaan Rahim
Jika tempoh perkahwinan anda sudah agak lama, cuba ke hospital dan periksa kesihatan rahim anda. Periksa tahap kesuburan serta permasalahan lain yang boleh mengganggu anda untuk mengandung. Masalah pada rahim seperti endometriosis, fibroid atau masalah pada ovari boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil walaupun anda sebenarnya subur. Jadi kena periksa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kolesterol yang tinggi antara punca risiko kepada pelbagai penyakit. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan.
Dalam penyediaan masakan Melayu, kita tidak terlepas daripada mengambil jenis makanan kaya lemak ini dalam menu harian seperti makanan bertumis dan bersantan. Namun semua ibu harus lebih bijak menyediakan jenis makanan yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol tinggi untuk keluarga.
Pun begitu ada caranya untuk memastikan kolesterol yang tinggi dapat dikurangkan pada kadar yang lebih baik. Saudari Noor Azlina berkongsi caranya untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya mengamalkan dua bahan terpilih sahaja. Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini merupakan saranan daripada seorang doktor. Jom kita cuba!
Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.
Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi
1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.
2. Minum sekali sehari.
3. Amalkan minum jus ini setiap hari.
Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.
Turunkan Kolesterol Tinggi?
Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.
Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.
Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.